Ahad, 8 Januari 2012

TUDIAA!! Pas Kedah Berbohong Lagi.. Jenis Munafik Memang Susah Nak Ajar!!

Pendedahan yang menarik ini Mc dapat daripada blog Kedah Times..memang kagum dengan pendedahan depa ni.


Bukan main hebat lagi PAS mencanangkan bahawa Jawatankuasa Surau telah menderhaka kepada Tuanku Sultan apabila bersolat hajat memohon agar Madrasah Salihiah tidak dirobohkan. Kata mereka itu adalah keputusan Sultan, dan bukan keputusan PKNK dan Kerajaan Negeri.
Mudahnya mereka cuci tangan, tapi cuba kita baca petikan dibawah: 

Sinar Harian: Adakah isu ini sudah dipersembah kepada pengetahuan Tuanku Sultan?

Sheikh Muhamad BaderudinKelmarin,
Tuanku Sultan ada bertanya mengenai isu ini kepada saya. Saya sedang
berusaha aturkan perjumpaan dengan Baginda dalam masa terdekat, untuk
memperjelas isu madrasah ini, terutama berkaitan fatwa yang dibuat.
 


Ini membuktikan bahawa, sehingga Tuanku Sultan bertanya, Fatwa ini masih tetap belum dipersembahkan kepada Tuanku. Malah Tuanku belum diperjelaskan lagi tentang isu Madrasah Salihiah ini.

Cuba baca sebahagian daripada laporan polis Ketua Pemuda Parti yang nak merobohkan Madrasah Salihiah: 

2) Majlis Fatwa Negeri Kedah adalah dinaungi oleh KDYMM Tuanku Sultan
Kedah yang kini baginda adalah Yang DiPertuan Agong.
Setiap keputusan
majlis fatwa telah dipersembahkan
kepada baginda untuk makluman atau
perkenan. Dengan itu tindakan BBSMS menentang keputusan Majlis Fatwa
Negeri Kedah bererti menderhaka kepada KDYMM Tuanku Sultan yang kini
merupakan Yang DiPertuan Agong.

Tanpa pengetahuan, beliau membuat laporan palsu bahawa "Fatwa TELAH dipersembahkan...". Kalau perkara sebesar ini boleh diperbohongkan, cuba bayangkan apa lagi yang dibohong beliau.

Malah, pendedahan demi pendedahan membongkarkan bahawa perkara tersembunyi disebalik Tindakan Kerajaan Negeri menjual tanah wakaf ini..

Malah surat dibawah memperjelaskan lagi beberapa isu yang menjadi persoalan hebat iaitu:

1. Bahawa penjualan Madrasah Salihiah adalah dipohon oleh PKNK, dan tidak ada kena mengena dengan cadangan menambahbaik wakaf. Ia dipohon oleh Dato' Abdul Rahman Ibrahim dan sudah tentu dengan perkenan pengerusi PKNK, Ustaz Azizan.

2. Ia juga menjelaskan bahawa kebenaran perobohan surau itu adalah kebenaran bersyarat iaitu, Surau itu mesti lebih besar, lebih luas, seboleh-bolehnya berasingan dari bangunan lain dan ditadbir bersama oleh JK Madrasah Salihiah yang ada.

3. Jadi, adakah terdapat bukti bahawa syarat-syarat tersebut telah dipenuhi? Kerana sibuk memaki hamun, Kerajaan PAS tidak sedar bahawa Fatwa bersyarat tersebut tidak langsung dipenuhi, malah tidak berani dibentangkan kepada rakyat mahupun pihak jawatankuasa Madrasah. Walhal penglibatan JK asal Madrasah adalah sebahagian dari syarat Fatwa tersebut. Bukan setakat tidak bekerjasama dengan JK Madrasah yang ada, JK tersebut diserang kiri kanan. Apa bentuk kerjasama kah ini?

Dan jika syarat tidak dipenuhi oleh kerajaan PAS dan PKNK, mengikut fatwa ini bermakna perobohan tidak boleh dilaksanakan. MAIK dan Majlis Fatwa tidak boleh dipersalahkan perobohan diteruskan.



Malah, bagi memelihara amanah pihak yang mewakafkan, Kerajaan PAS dan MAIK juga wajib membentangkan apa perancangan terperinci untuk digunakan wang RM1.48 juta ringgit itu? Sudah adakah? Setahu kami, tidak ada yang berani merancang apa-apa berkenaan duit tersebut kerana bahang panas tidak memelihara amanah akan memburu sesiapa sahaja yang bersubahat.

Tidak ada satu pun bukti bahawa kerja-kerja dan perancangan penting bagi memelihara amanah wakaf tersebut diwujudkan samada oleh PKNK atau kerajaan negeri. Tapi bukti kegelojohan aktiviti Meroboh dan Menjual tanah tersebut telah berlaku.
 
Kesimpulannya, terbukti bahawa perobohan dan penjualan harta wakaf Madrasah Salihiah ini tidak ada kena mengena dengan menambahbaik amanah wakaf, sebaliknya memberi laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah yang bakal dihuni dengan pelbagai aktivi komersial yang mustahil dapat dikawal halal haramnya.

Dan tanah wakaf itu akan menjadi saksi melangkaui hayat sesiapa pun diantara kita disini, aktiviti-aktiviti yang tidak selari dengan apa yang diajar Rasulullah SAW berlaku diatas tanah wakaf.

Yang manakah lebih utama? Kompleks komersial atau Amanah Wakaf?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedarlah kerajaan PAS Kedah. Masih belum terlambat. Kami rakyat Kedah tak rela PAS Kedah jadi macam PAS Selangor..derhaka pada perjuangan.