Ahad, 19 Februari 2012

KASI PANAS!! Skandal Rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah!!

Boleh belajar ilmu seleweng banyak sikit..

Nampaknya Pas Kedah dah belajar ilmu seleweng sikit demi sikit kat Dap. Lepas Guan Eng dengan skandal tanah, Azizan pula ada potongan rebat. Fuyoo.. dahsyat..

Exco kerajaan Negeri Kedah yang didakwa mempunyai kaitan dengan isu rebat 30 peratus duit sumbangan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi memudahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah berkata langkah berkenaan juga adalah memelihara integriti kerajaan negeri Kedah.


"Saya difahamkan pembantu kepada seorang Exco Kerajaan Negeri telah bercuti sejak isu itu diperkatakan, saya rasa adalah perlu Exco juga bercuti untuk sementara waktu sehingga siasatan SPRM selesai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kebudayaan Islam sempena Maulidur Rasul di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Simpang Kuala, hari ini.

Program berkenaan dianjurkan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar.

Ahmad Bashah berkata apabila mendapat maklum mengenai kes berkenaan, beliau terkejut dan merasa ia satu tindakan yang tidak betul serta tidak bermoral.

"Ia adalah satu yang sangat tidak bermoral, tidak pernah berlaku dalam mana-mana wakil rakyat sebelum ini mereka mengenakan rebat terhadap sumbangan kepada pertubuhan bukan kerajaan," katanya.

"Wakil rakyat sudah ada gaji dan elaun, mengapa mahu mengenakan caj lagi terhadap pertubuhan bukan kerajaan berkenaan," katanya sambil menegaskan bahawa pertubuhan bukan kerajaan banyak bergantung kepada sumbangan pelbagai pihak.

Ahmad Bashah berkata sekiranya terbukti perkara berkenaan berlaku maka SPRM perlu mendakwa yang terlibat. - Portal UMNO Kedah



McTheory:
Tu pun dak.. dok kata tak main duit!!

Tiada ulasan: