Khamis, 23 Februari 2012
PANASS!! Imam Pas baling kasut kat Hakim dalam Mahkamah!!
Kisah ini boleh kita jadikan tauladan pada semua pembaca. Kat sini pun kita dah nampak, setakat mana moral seorang pengikut Pas. malahan orang Pas tegar ni seorang Imam, namun moral yang ditunjukkan sangatlah teruk, apabila kelakuan yang beliau buat bagaikan seorang budak tadika.
Sumber asal Mc ambil dari SINI..
Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.
Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.
Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.
Imam berkenaan, Hoslan Hussain (kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.
Difahamkan Roslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.
Hakim Zulkefli cuba menenangkan Roslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.
Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.
Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan mahkamah memegang Roslan dan cuba menenangkan beliau.
Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.
Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu dalam setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.
Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lepas, katanya, khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut. Sebaik mendengar khutbah tersebut, Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya.
McTheory:
Maknanya otak si Imam ni dah rosak teruk, kritikal dah tu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Astagfirullah....
Macammana orang sebegini boleh diangkat jadi Imam?
Kalaupun dia dipihak yang benar perbuatannya itu amat memalukan.
imam hampas! frankly speaking, sbg seorang Muslim, aku malu dgn gelagat dia. Budak tadika pun tak baling kasut. Hodoh akhlak org tua hampas ni!
Ini mesti kes tiru kejadian BUsh dibaling kasut di sidang akbar hari tu, aneh orang pas ni
Catat Ulasan