1.Tembelang dan masalah tidak boleh dibendung lagi. Himpitan dan masalah yang melanda PAS dan kerajaan Kedah pimpinannya tidak akan berkesudahan.Tanpa noktah, tanpa sempadan, kian menjengkelkan.. Lebih bobrok dan busuk dari najis babi dan 'anjing' dua hidupan yang menjadi najis berat kepada umat Islam.
2. Lupakanlah sahaja tentang niat atau hasrat mahukan negeri berkebajikan. Daulah islamiyah, kemakmuran, kesejahteraan.. Elok kita semua simpan slogan manis tersebut dalam lipatan kenangan.. Maka terbuktilah, agama dilacurkan, kian teranglah betapa mudahnya Melayu digula-gulakan dengan sentimen agama, walhal mereka sendiri kurang arif apa itu deen ISLAM.
3. Dek kerana kurang faham inilah PAS melalui bantuan sekutu PKR pluralisme dan komunis DAP berjaya menitip racun kecelaruan. Umat Melayu percaya, umat Melayu jadi taksub dan kaum Cina bermarajalela.
4. Lihatlah kesan DAP bermaharajalela, rumah urut, pub, bar, pusat urut refleksologi di Alor Setar, Jitra, SP, Kulim tumbuh mencanak. Lebih hebat masa operasinya dipanjangkan, sampai ke dinihari, Tak PERCAYA?? Malam jumaat dan sabtu lalulah di Jalan Putera, melepaklah di Restoran Salam, anda dapat lihat tatkala azan subuh, berapa ramai anak Melayu muntah dek mabuk berlebihan, terhoyong hayang, anak gadis Melayu berpelukan dan bercumbuan kesan dari seronok berhibur di The VOGUE. Dan operasi pusat hiburan juga kini 7 hari seminggu dulunya hanya 6 hari, hari khamis malam jumaat wajib ditutup, kini semua dibolehkan.
Tanyalah PBT, 70% dari premis berkenaan beroperasi secara haram. Siapa dalang dibelakangnya, tentulah Ah Long yang dinaungi taiko DAP. Tanya LAI TEK, LOH, FRANKIE, AH MAN, AH FATT, mereka ini tertawa besar melihat PAS dan kerajaannya boleh dibeli.
Tegur, banteras? Beranikah Azizan? Nak jaga agama, laksana amal maaruf nahi mungkar atau nak puaskan hati tauke kedai urut Cina? Nak jaga agama atau pentingkan undi Cina? Nak jaga agama atau utamakan komisen masyuk demi menambah harta???
5. Duit, takhta, wanita dan kuasa sudah menjadi raja.. Ah pedulikan agama. Nanti tatkala menjelang pilihanraya, PAS akan kembali dendang lagu lama, AL-QURAN IKUTAN KAMI, JIHAD MATLAMAT KAMI, NEGARA ISLAM TUJUAN KAMI, ditambah satu lagi (disebut dalam hati ahlu bahlul PAS... DAP IMAM KAMI).
6. Wahai Rakyat Kedah!!!! Tahukah anda, Sonny Ho DAP Kristian diberi anugerah tanah bukan sahaja Plaza Tunku Yaakob, tanah wakaf khas Madrasah Salihiah, tapi juga tanah milik PKB, BDB, dan hampir semua tanah yang menganjur dari PUMPONG ke Alor Madi Anak Bukit. Apa tujuannya, tanyalah Amiruddin, proksi Sony Ho, yang sudah melahap RM50 juta.
7. Rakyat KEDAH, tahukah anda bahawa PAHROLROZI sudahpun mengutip komisen RM33 juta kesan lulusnya projek pembinaan KUIN di Kuala Ketil. Komisen bagi kerja rundingan projek untuk syarikat miliknya PAZA runding. Dan adik serta anak-anaknya juga sudah kaya raya kesan samunan harta Yayasan Islam dan YIKED KUARI.. Islamkah cara kerja begini?? Tanyalah dengan hati yang ikhlas? Benarkah perjuangan mereka ini untuk rakyat??? Mereka ini membanggakan Islam atau memalukan Islam????
8. Tahukah anda, duhai rakan-rakanku rakyat KEDAH, Ustaz Azizan melalui balak anugerah dan balak konsesi TELAHPUN mengumpul imbuhan sejumlah RM60 juta buat pencen hari tuanya.
9. Inilah harga yang dibayar oleh rakyat Kedah yang dulunya marahkan BN dan mahu mengajar BN lantas mengundi PAS dan Pakatan. Dan impaknya mereka sendiri dihimpit melarat. Benarlah Melayu tidak pernah mahu memikirkan untung nasibnya sendiri. SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA!!!
10. Melayu terlalu emosi, marahkan nyamuk kelambu dibakar, yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Politik Melayu adalah politik bengap yang merosakkan diri sendiri. Politik gila kuasa yang bukan mahu menguntungkan bangsa tetapi menjadi alat dan barua kepada Cina. Inilah politik MELAYU DUNGU yang dibawa PAS.
11. Kini dengan segala bebanan, kemelut dalaman, kebosanan rakyat dengan telatah MB, barisan EXCO PAS dan PKR yang terusan honeymoon, jalanraya yang tidak diselenggara, peluang ekonomi dan kerjaya untuk anak muda yang kian kurang, duit peruntukkan Pusat yang dibalun buat tabung MB dan pilihanraya, siri ceramah PAS yang tak kunjung padam, meskipun mereka sudah menjadi kerajaan. Hambatan yang menimpa penjaja Melayu dihalau bagaikan YAHUDI mengejar PALESTINE, rumah kos rendah yang sebuah pun gagal PAS bangunkan buat keperluan rakyat di Kota Setar dan Kubang Pasu yang puluhan ribu sedang dalam senarai menunggu untuk memiliki rumah sendiri. Komplot dalaman sesama PAS yang tidak habis-habis mahu merebut kerusi MB.
12. Ditambah dengan kelaku MBnya yang gila dan 'babi', alam sekitar yang rakus dirembat demi kroni dan sahabat. Sungai yang menjadi mangsa kesan pasir dikorek sepanjang masa tanpa had tanpa, tindakan demi tindakan PAS yang mengguris sensitivi umat Islam seperti dalam kes penjualan tanah waqaf khas MADRASAH SALIHIAH dan kelulusan yang diberikan bagi projek jerat dan kubur Cina terbesar di Asia Tenggara di Sg Kob, projek keli yang rugi, pelaburan di Papua New Guinea yang hilang tanpa berita sehingga kini.
13. Projek SULIHH yang dah pun menjadi projek dolak dalih, rakyat yang kian terabai, gejala sosial yang melampau dan kian terlampau, prestasi pasukan bola sepak hijau kuning yang merudum. KHTP yang kian suram, suasana perniagaan yang tidak lagi meriah dan memberangsangkan, projek pembangunan yang kian perlahan, kesunyian yang melanda WISMA DARUL AMAN, kesan alasan EXCO yang jarang ada di pejabat dan malas berjumpa rakyat, maka kesemua himpunan masalah, kegagalan ini tidak lagi boleh ditutup dengan suratkhabar HARAKAH..
14. Semuanya sudah menjadi buah mulut, bahawa Kedah selama 4 tahun ini terus tertinggal jauh kebelakang. Entahlah, tatkala PAS jatuh nanti berapa banyak daki, dosa, baju kotor, hutang piutang, kelam kabut dan masalah yang mereka tinggalkan terpaksa dicuci oleh kerajaan Baru..
15. Namun disebalik kesemua kegagalan itu, PAS dan rakannya di Kedah boleh buat dono dan bodoh sombong. Harta rakyat terus mereka rembat, hidung tak mancung pipi tersorong sorong, mereka dengan megah terus meluncur dijalanraya dengan Camry, KCK 8 dan FORTUNA ke sini dan sana. Lebai mereka hanyalah alat untuk menutupi kesundalan, kegagalan dan kecurangan mereka terhadap rakyat..
16. Kini, 8 Mac 2012 bakal menjelang maka genaplah 4 tahun penggal DUN. Maka demi meleraikan kekusutan, kebusukan, masalah, kebengapan dan kejahilan golongan kaki kelentong ini mentadbir negeri yang menjadi bahan tawa KCS dibelakang mereka, dan demi memberi keadilan kepada rakyat untuk baiki kesilapan pilihan mereka agar rakyat tidak lagi menderita dan meluat dengan karenah penyamun PAS, PKR dan DAP, hanya satu pilihan yang AZIZAN ada..
BUBARKAN SEGERA DUN KEDAH agar PRU ke-13 untuk 36 DUN di Kedah dapat diadakan. Pulangkanlah kembali mandat kepada rakyat Kedah. Biar mereka sekali lagi menentukan nasib mereka. Itupun kalau PAS benar-benar anak jantan!!!!
Sumber artikel Mc ambil dari sini
4 ulasan:
Biasa la tu dah berpuluh tahun Kerja membangkang bila di berikuasa memerintah macam ni lajadi nyer
inikesan dari doa dan sembahyang hajat isu surau tu kot...hanya ALLAH yang tahu
Tu baru perangai PAS Kedah, tak cerita lagi sahabat depa DAP Penang dan PKR Selangor. Apapun rakyat Kedah fikirlah satu persatu yang diutarakan oleh penulis. Jangan borong semua tak betul. Kalau ada yang fitnah SAMAN tu pun kalau berani la.......
Kalau apa yg dicakap ni betul..bagusss sgt..tapi kalau hanya fitnah..cepatlah bertaubat dan mita maaf pd org yg dimaksudkan...sama je menteri2 pn ada gak skandal; nfc,pkfz,kes perwaja dsb...anak2 dorg yg mewah2 dan kaya raya...ada kita yg biasa ni dapat??? jgn haraplah...kita mau suasana yg adil dan telus..jgn ada sifat bermewah keterlaluan..sbg pemimpin xleh bg rakyat cemburu dgn kekayaan dimiliki..lebih baik zuhud...ust azizan pn ada share gak ke???susah mau percaya..ayh sy mmg rapat ngan dia..xdelah nk pikir bab2 duit ni..silap org kot..ok.wassalam
Catat Ulasan