Rabu, 29 Februari 2012

PANASS!! Satu Lagi Penghinaan Terhadap Islam dan Melayu di Malaysia!!


Gambar di atas keluar di The Star semalam. Ia mengandungi nama Allah tertulis kepada tubuh bogel Erykah Badu.

Dipercayai gambar ini digunakan untuk mempromosi concert Erykah Badu di Kuala Lumpur. Bezanya, poster Erykah Badu tidak menunjukkan kalimah Allah pada badannya berikut:




Baru pada bulan Ogos Lepas The Star diberi amaran keras oleh Menteri KDN kerana menyelitkan review makanan spare rib babi dalam penerbitan Ramadhan Delight yang diselit dalam akhbar The Star. Lihat berikut:



Ini kali kedua dalam enam bulan The Star menunjukan ketidak sensitivity terhadap Islam dan orang islam.



Baca kenyataan Akhbar dari Ketua Pemuda UMNO Seputeh,

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.


Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.


Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?


Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.


Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.


Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".


Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.


Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.


Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.


Kerajaan mesti menganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekiranya ia terjadi kepada Agama-agama lain.


Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Seputeh


McTheory:
Rasanya memang perlu KDN berbuat sesuatu, parah dah nih..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BUKANKAH KESILAPAN ASAL BERPUNCA DARI KITA: KITA YANG BENARKAN MEREKA MENGGUNAKAN PERKATAAN "ALLAH". MAKA MEREKA GUNAKANLAH DIMANA2 DAN BILA2 MENGIKUT KEHENDAK MEREKA. MAKA INILAH JADINYA APABILA DIPERINGKAT AWAL KITA TIDAK BERTINDAK MENGAWAL. BETUL TAK PENDAPAT AKU INI?????

Tanpa Nama berkata...

Ini lah akibatnya bila nama Allah dibenarkan oleh orang bukan Islam menggunakannya.

Marilah kita sama-sama tolak parti politik dan orang persaorangan yang telah membenarkan nama Allah diguna pakai oleh orang bukan Islam.

Warga Sebelum Merdeka

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN BODOH AGAMA DI HINA DIA MAAFKAN KOT KERAJAAN PUN RAMAI ISLAM DALAM SURAT SAJA TAPI KAFIR.