Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Hina Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hina Islam. Papar semua catatan

Isnin, 24 November 2014

Kenyataan Media MB #Kedah Mengenai Isu Bakar Quran di Tokong Cina! #KedahSerataRata

Kenyataan rasmi YAB MB Kedah mengenai Isu berkaitan Al-Quran dibakar di Tokong Cina.



Minta pembaca sebarkan untuk jelaskan pada umum keadaan sebenar.

sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/

Khamis, 20 November 2014

HOT! Keji!! Al-Quran dibakar berdekatan Tokong Cina?? #HinaIslam

Bukti Al-Quran di bakar..

Berkenaan Isu Bakar Al-Quran. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, seorang lelaki bersama seorang Anak kecil pergi memberitahu kepada Pengurus SupermarketBillion bahawa terdapat individu sedang membakar Al-Quran di tempat ibadat mereka. Atas makluman itu,pengurus Supermarket pergi dan melihat sama ada laporan itu betul atau tidak.

Sambung baca SINI

Selasa, 13 Ogos 2013

PANASS!! Akhirnya si Pengurus Bodoh ni kena tangkap juga!


Disebabkan kecuaian dan sikap tidak prihatin seorang pengurus resort yang beragama Islam, akhirnya penguatkuasa mengambil tindakan dengan menahannya.

Polis menahan pengurus sebuah resort di Sedili Besar, dekat Kota Tinggi, semalam susulan kejadian penganut Buddha dibenarkan menjalankan upacara keagamaan di surau resort tersebut. Lelaki berusia 34 tahun ditahan jam 1.30 petang di resort itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan membinasakan, merosakkan atau mencemar tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana kaum.

Untuk detail cerita pasal kes ni boleh klik SINI

Isnin, 12 Ogos 2013

HOT! Kontroversi Sebenar di Sebalik Surau dijadikan Tempat Sembah Tokong!

Semalam beberapa Sahabat blog, telah menyiarkan penjelasan Pemilik Tanjung Sutera Beach Resort, Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, berkenaan kejadian sebuah surau digunakan sebagai tokong "sementara" oleh beberapa pelancong Singapura.

Penjelasan diberikan pihak pengurusan resort berkenaan cumalah sekadar alasan untuk meloloskan diri setelah dikritik hebat umat Islam berkenaan kejadian tersebut. Dan penjelasan itu juga bukanlah jawapan konkrit untuk 'menghalalkan' penghinaan terhadap rumah ibadat umat Islam itu.

Malah penjelasan Pengurus resort tersebut juga membuktikan bahawa dia langsung tidak mempunyai sifat sensitif berkaitan hal kesucian Islam dan lebih mementingkan keuntungan perniagaan sehingga membenarkan surau digunakan sebagai tokong untuk warga Singapura.

Persoalannya, sampai bilakah umat Islam harus tunduk terhadap desakan masyarakat bukan Islam sehingga kali ini kita sanggup 'menyedekahkan' pula surau kita untuk dijadikan kuil, tokong ataupun gereja?

Namun pagi ini, saya berkesempatan sekali lagi untuk ke lokasi dan menemubual beberapa penduduk dan pihak berkuasa tempatan berkenaan hal tersebut.


Hasil temubual bersama-sama penduduk mendakwa bahawa kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku di resort berkenaan, sebaliknya penduduk setempat menyedari bahawa beberapa aktiviti tertutup dan bertentangan dengan undang-undang telah mendapat kebenaran pengurusan resort untuk dianjurkan di sini.

Lebih menyedihkan lagi, menurut penduduk setempat, pernah berlaku upacara membakar kemenyan dan pemujaan turut dianjurkan di surau berkenaan.

Wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Penduduk (JKKP) Sedili Besar pernah menemui pengurusan resort beberapa kali, mendesak pihak resort agar tidak membenarkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan mencabuli kesucian agama Islam, namun desakan tersebut tidak diendahkan, sebaliknya penduduk kampung pula diherdik pihak pengurusan.
Pemilik Resort Warga Singapura

Menurut penduduk lagi, difahamkan bahawa resort tersebut dimiliki individu warga Singapura, menyebabkan kejadian seperti ini dipandang enteng oleh pemilik resort berkenaan. 

Namun menerusi dokumen yang diperolehi melalui Majlis Daerah Kota Tinggi, menunjukkan bahawa pemilik resort itu, Syed Ahmed mempunyai kad pengenalan Malaysia seperti dipaparkan di bawah;


Malah menerusi semakan di Pejabat Tanah dan Galian daerah Kota Tinggi turut membuktikan bahawa tanah tersebut telah diisytiharkan sebagai Tanah Rezab Melayu. Seandainya benar bahawa tanah tersebut merupaan Tanah Rezab Melayu, maka bagaimana tanah ini boleh pula dimiliki oleh warga Singapura?



Namun penduduk tetap bertegas bahawa tanah tersebut dimiliki seorang individu dari Singapura dan telah mendaftarkan tanah berkenaan menggunakan nama sebuah syarikat, Tanjung Sutera Sdn Bhd sebagai pemilik tanah berkenaan berdasarkan Sijil Kebenaran Menduduki Bangunan dari Majlis Daerah Kota Tinggi.


Dan disebabkan kejadian sebegini, pelbagai persoalan baru pula terungkai, bagaimanakah tanah tersebut boleh diserahkan kepada warga Singapura untuk dimajukan dan dijadikan pula rumah peranginan di kawasan ini? Adakah wujud campur tangan pihak tertentu sehingga membolehkan tanah terbabit dibeli dan diusahakan oleh bukan warganegara Republik tersebut?

Saya cuba untuk mendapat maklum balas dari pemilik resort berkenaan, namun ternyata pemilik resort melarikan diri melalui pintu pagar lain dan meninggalkan orang ramai, media dan pihak berkuasa yang hadir ke resort berkenaan pagi ini.

Nak sambung baca boleh klik SINI. Nak tengok video kontroversi ritual buddha dalam surau ni pulak boleh klik kat SINI.

Mc baru dapat info dengar kata, DYMM Sultan Johor nak roboh surau tu sebab ianya tidak di iktiraf sebagai surau oleh kerajaan negeri. Maybe untuk elakan ada perkara macam ni berlaku lagi kot. Kalau info ni tak betul, ada info yang lebih tepat boleh maklumkan Mc di komen ok.

McTheory:
Kalau boleh, selesaikan baik-baik..

Isnin, 5 Ogos 2013

PANASS!! PKR Sokong Penuh 'Wanita Beraya Bersama Anjing'!!



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir kerajaan sebagai ‘terlebih tindakan’ terhadap wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anjing-anjingnya, Maznah Mohd Yusof, 38, juga dikenali sebagai Chetz.

” (Sepatutnya) hanya beri teguran dan beri dia peluang untuk membela diri,” kata Anwar dilaporkan FMT ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Anwar membuat kenyataan itu selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan status klip video ’1 Hari Di Hari Raya’ yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Sebelum ini, Chetz telah direman dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor untuk membantu siasatan setelah diambil keterangan di Bukit Aman pada Khamis.

“Kita berdiam diri mengenai perkara-perkara yang lain. Kita ada Muslim yang memperoleh saham dalam San Miguel Corp dan tiada siapa yang mengapa-apakannya.

“Ini mencerminkan keburukan pada apa yang sepatutnya menjadi keutamaan kita,” kata Anwar.

Anwar turut menuduh kempen membendung Syiah yang dilakukan kerajaan sebagai muslihat untuk menyerang Pas.

“Walau bagaimanapun, saya fikir (Presiden Pas) Hadi Awang telah membuat penjelasan yang baik mengenai perkara itu.

“Walaupun di Malaysia kita adalah orang Islam Sunni, (tetapi) kita tidak harus sama sekali mengajar kebencian terhadap kumpulan Syiah” katanya.

Sementara itu, Latheefa Koya yang menjadi peguam kepada Chetz mengkritik Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang didakwanya bersifat prejudis terhadap hak-hak undang-undang wanita itu.

Jailani dipetik sebagai berkata bahawa Chetz memerlukan pemulihan oleh JAKIM kerana lemah akhlaknya.

“Kami terkejut bahawa Kementerian telah membuat serangan ke atas kelakuan dan moral orang awam secara peribadi.

“Ini semangat yang tiada toleransi dan ketaksuban tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan bersama dengan seorang lagi peguam, N Surendran.

Latheefa dan N Surendran adalah aktivis PKR yang juga peguam dari Lawyers For Liberty (LFL).

Sabtu, 3 Ogos 2013

PANASS! Ibu Alvin blogger Porno Akui anaknya BODOH!



Ibu kepada blogger seks Alvin Tan (gambar) dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin ini jam 10.00 pagi.



Peguam kepada Tan Chong Joo Tian mengesahkan SKMM menghubunginya untuk bercakap dengan ibu kepada Tan.

"SKMM menghubungi pejabat saya dan beritahu mereka mahu ambil kenyataan dari ibu Alvin. Untuk mengelakkan terjadi sesuatu dan menghentikan mereka ke rumah untuk menahannya, saya akan bawa dia ke SKMM pada pagi Isnin," kata Chong kepada The Malaysian Insider.

"Saya tanya mereka mengapa mahu panggil ibu Alvin tetapi mereka tidak menyatakan sebabnya."

Menurut Chong, beliau sudah meminta SKMM mengeluarkan surat secara formal.

Dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Puan Tan juga mengakui perbuatan pasangan itu yang gemar digelar Alvivi, sebagai bertentangan dengan budaya kehidupan di Malaysia.

"Saya terkejut apabila tersebar isu video seks sebelum ini. Saya beri amaran kerana Malaysia sebuah negara konservatif, bukan seperti negara Barat," katanya yang menyedari kecenderungan Alvin berbeza dengan rakan seusianya.

Selain itu, beliau berkata, keluarganya juga diganggu orang tidak dikenali hingga mereka berasa trauma dan hidup dalam serba kebimbangan.

"Selain tekanan fizikal dan emosi, kami juga berdepan masalah beban kewangan yang besar seperti kebanyakan keluarga sederhana lain. Kami tidak kaya.

"Dan, kejadian ini menambahkan masalah kewangan kami," katanya.

Menceritakan detik perbuatan anaknya berkaitan paparan video seks dan Bak Kut Teh 'halal' diketahuinya, beliau mengakui berasa kecewa dengan Alvin.

"Sangat payah untuk ditelan. Secara mudah, saya tidak memahami dunia Alvin. Tapi mereka hanya dua anak muda. Masih mentah dan mudah melakukan kesilapan bodoh," katanya - MI

 Gila glamor dan bodoh hingga menyusahkan keluarga. Sebenarnya ramai orang macam Alvivi ni, cuma mereka ini terlalu berani hingga memaparkan perlakuan sumbang di blog mereka sendiri. Sekarang siapa yang susah?

McTheory:
Belajar pun Kerajaan bayar, lagi nak berlagak?

Jumaat, 2 Ogos 2013

HOT! Punca Sebenar Chetz Yusof Beraya Bersama Anjing!!



Bapa saudara kepada Chetz Yusof atau Maznah Yusof, 38, jurulatih anjing yang terlibat dalam rakaman video sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anjing di laman sosial YouTube sedia memohon maaf walaupun untuk seribu kali demi menghormati saudara se-Islam yang lain di bulan Ramadan ini.

Wahid Togom, 57, berkata, permohonan maaf itu dibuatnya bagi mewakili seluruh keluarga dan Maznah.
Menurutnya, Maznah atau mesra dipanggil Mai oleh keluarga telah dibesarkan oleh bapanya iaitu Togom Yanang sejak berusia setahun sehingga tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim (TIGS) di sini.

"Semasa kecil Mai tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan ajaran agama sebaliknya dia juga cemerlang dalam pelajaran termasuk mata pelajaran agama Islam.

"Tetapi segalanya berubah selepas dia pulang daripada menyambung pelajaran di Amerika Syarikat (AS). Mungkin dia telah terpengaruh dengan gejala sosial sehingga mengamalkan gaya hidup yang pelik di negara ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Perserai di sini hari in.

Sementara itu, Maznah telah direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd. Kamil Sukaimi ketika dihubungi mengesahkan wanita berusia 38 tahun itu direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

 
Tambah Wahid, tindakan Maznah juga turut menjejaskan nama baik bapanya (Togom) yang juga seorang penangkap dan penjinak buaya terkenal di negara ini sekitar 1970-an.

Menurut Wahid, keluarganya turut akur dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan Maznah ketika ini dan berharap anak saudaranya itu diberikan hukuman yang mampu memberikan keinsafan.
"Saya dan isteri telah puas berdoa supaya Mai insaf, mungkin inilah jalannya (hukuman) yang dapat menginsafkan dia daripada hidup dengan cara yang bertentangan dengan suruhan agama.
"Walaupun ibu dan bapanya tidak menjaganya sejak kecil namun saya yakin mereka antara orang yang kecewa dengan tindakan Maznah yang memalukan itu," katanya.

Dalam pada itu, adik Maznah, Zuraimi, 35, yang kini menetap di Taman Kota Masai, Pasir Gudang dan keluarga mereka di Taman Sungai Abong di sini kecewa tetapi tidak terkejut dengan kewujudan video itu kerana sudah pun mengetahuinya sejak 2010.

"Ayah saya, Mohd. Yusof sudah menasihatkannya supaya tidak melakukan perbuatan itu. Kami sudah puas menegurnya sejak awal lagi. Ini mungkin ada kena-mengena dengan gaya hidupnya yang bebas dan sebagai seorang tomboi," ujarnya - UM

 Pada yang nak tengok video hari raya bersama anjing dan cerita pasal si Maznah ni, boleh SINI

Khamis, 1 Ogos 2013

PANASS! Suspek Video Raya Pegang Anjing Di Bela Oleh PKR!!



Wanita yang membuat video kontroversi menyambut hari raya bersama tiga ekor anjing ditangkap polis dan ditahan di cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini semalam.

Peguamnya Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd. Yusof, 38, sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menimbulkan isu-isu sensitif membabitkan agama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

“Dia ditahan sejak pukul 4.30 petang tadi (semalam) untuk diambil keterangan,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.


Tomboi ni pernah kata pegang anjing tu tak haram, nak tau apa dia kata lagi, klik SINI

Rabu, 31 Julai 2013

PANASS!! Rupanya Mangkuk Beraya Bersama Anjing Tu Orang Islam?


Kita tertanya-tanya siapa mangkuk yang buat video sambut raya dengan anjing ni. Tak sangka pulak Mc dia ni Islam, ingat kapir mana yang sanggup hina Islam sampai macam tu sekali.

Mai kita dengar alasan si mangkuk ni bagi.

“Saya tiada niat hina Islam”. Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.

Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.

“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.

Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.

Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.

Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.

Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.-Mynewshub

Ada niat atau tidak, pembaca boleh nilai sendiri video dibawah,



McTheory:
Boleh dimaafkan ka kalau macam tu?

PANASS!! Video Beraya Bersama Anjing? @PDRMsia Tolong Bertindak!



Mc taktau nak kata apa. Memang kita marah tengok video ni, tapi sama ada video ini betul atau edit, itu bergantung kepada penguatkuasa undang-undang. Apa yang pasti, individu dalam video tu patut ditahan terlebih dahulu untuk siasatan.

Makin lama makin menjadi penghinaan terhadap Islam di Malaysia. Kalaulah ada lagi ISA dan OD..hmm.. tentu tak jadi macam ni.

McTheory:
Puas la hati puak Pas bila Islam dihina macam ni ya?

Jumaat, 26 Julai 2013

PANASS! Isu Makan Dalam Tandas, Guru Besar Kecewa Tanpa Pembelaan!



Kenapa ramai ahli UMNO yang benar-benar terasa dengan pemimpin UMNO yang sombong dan melupakan jasa orang yang pernah membantu mereka.

Bila lepas PRU atau sesuatu kempen, jangan harap pemimpin yang kita angkat tu mahu membela orang bawahanya. Kalau ada pun, seribu dalam satu. Itulah yang terjadi pada Guru Besar SK Sri Pristina.

"Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.

Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.

Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.

Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.

Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.

Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

Isnin, 22 Julai 2013

PANASS!! Umat Islam Penang Di Larang Solat Jumaat? #HinaIslam



Sejak DAP diberi muka untuk bebas memperlekehkan agama Islam, bangsa melayu dan raja raja melayu, belang rasis ultrakiasu chauvanis cina semakin menebal apatah lagi golongan ini dibela oleh kaum puak melayu khawarij.

Kita dapat lihat bagaimana Alvin dan Vivian dibela oleh PAS dan tidak begitu asing bagi umat Islam dinegara ini melihat bagaimana ultrakiasu chauvanis rasis DAP persoal hak dan kepentingan umat Islam.Kesemua ini dibantu hasil usaha kebobrokan khawarij PAS dalam usah untuk menunjukkan keterbukaan hingga mengadai apa saja asalkan beroleh sokongan.Kesemua pengaruh buruk ini hasil didikan ,hasutan dalam menyemai politik kebencian kaum yang menjadi sifat hakiki DAP hingga menjadi ikutan para penyokong mereka.

Kes terbaru di Pulau Pinang negeri yang diperintah DAP kesayangan PAS apabila umat Islam dihalang untuk menunaikan solat Jumaat. Baru baru ini pada 19hb puluhan pekerja di Kargo NNR Lapangan Antarabangsa Bayan Lepas dihalang daripada menunaikan solat Jumaat oleh pengurus berbangsa cina bernama Tay Ling Teik.

Seperti kebiasaan setiap Jumaat, para pekerja beragama Islam diberi masa dari 12.30 hingga 2.30. Larangan ini telah menimbulkan kemarahan para pekerja di Kargo NNR, apabila dipersoalkan mengenai tindakan pengurus ini beliau terus membangkitkan sentimen perkauman. Menurut sumber, pengurus ini cukup terkenal dengan sikap rasis dan beranggapan memberi kelonggaran umat Islam bersolat Jumaat adalah satu tindakan membuang masa. [pisau.net]

Bila mereka dah rasa kuat, mereka tidak lagi menghormati hak agama lain. Ini baru negeri yang dikuasai, kalau Malaysia mereka pegang. Silap-silap masjid pun mereka tak bagi bina lagi. Cina macam ni yang kita nak kawan? Sorry laa.. wahai melayu, jangan bodoh gadaikan tanah air sendiri!

McTheory:
Jangan menyesal kemudian.. susah..

Jumaat, 19 Julai 2013

PANASS!! Blogger Prono Alvin dan Vivian di Penjara Sebenarnya Penyokong BN?


Pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 semalam telah pun didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan.

Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.

Semalam semasa dibawa keluar dari mahkamah, Alvin dan Vivian pandai pula menutup muka, malu kononnya.

Hek elehh.. kena tangkap pandai la pulak malu, masa buat adegan bogel, seks tak rasa malu. Pelik punya manusia.

Lepas dua ekor mangkuk ni kena tangkap, timbul ura-ura mereka ni penyokong BN. Sebab Vivian dikatakan pernah ambil gambar dengan bendera BN dalam keadaan berbogel. Tapi betui ka depa ni sokong BN? Tengok betul-betul gambar kat bawah ni!







McTheory:
Agak-agak depa ni penyokong belah mana?

Khamis, 18 Julai 2013

PANASS!! Demi Dap, Muslimat Pas Maafkan Alvin dan Vivian! #HinaIslam


Lepas membaca kenyataan dari Ketua Penerangan Muslimat Pas, Mc hanya tersenyum, jika sekarang ni umat Islam sedang 'bara' dengan tindakan Alvin dan Vivian kerana menghina Islam dan bulan Ramadhan. Ada insan yang beragama Islam, tak sensitif dan terus menyatakan sokongan kepada blogger prono ini. Memaafkan tu, umpama menyokonglah.

Mc taktau nak kata apa, muslimat Pas lebih memilih politik dari martabatkan Islam. Patutnya, agama kita tak boleh di 'cuit' pun di Malaysia ni, sebab Islam adalah agama rasmi, tapi puak Pas lebih sayangkan 'persahabatan' mereka dengan Dap dan demi selamatkan undi cina, mereka sanggup abaikan Islam.

Baca apa Penerangan muslimat Pas tulis,


1. Ia adalah satu jenaka yg agak biadab terhadap ummat Islam dan Islam itu sendiri. Tidak wajar dilakukan dan pasangan ini wajib meminta maaf secara terbuka kepada seluruh ummat Islam. Mereka perlu disedarkan bahawa ianya melanggar sensitiviti agama dan mereka wajar dibimbing agar faham dan tidak berterusan melakukan kesilapan ini.

2. Walau bagamanapun...dlm bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang sinonim sebagai bulan kasih sayang,bulan kemaafan dan keampunan, adalah wajar kita menangani dan mendepani isu-isu seumpama ini dengan jujur, hikmah dalam berdakwah hatta bersifat pemaaf. Jgn bakar kemarahan kita dan menidakkan kemaafan walaupun yg mlakukn kesalahan adalah daripada mereka yang bukan beragama Islam. Seerah perjuangn Nabi SAW banyak menunjukkan suri teladan tika berhadapan situasi seperti ini. Ia perlu dihadapi secara dakwah, bukannya hukuman kejian kutukan dan celaan. Biasalah mereka tidak atau kurang faham. Maka tugas kita dakwahlah sehingga mereka faham dan berubah.

3. Adalah tidak wajar bila ada pihak yg dilihat sengaja menghangatkan isu ini dan menaikkan kemarahan ummat Islam secara tidak bertanggungjawab. Terus mengapi-apikan semangat permusuhan dan ketegangan agama dan kaum hanya kerana tindakan seorg dua orang bukan Islam yg tidak sensitif dan kurang bijak adalah satu tindakn tidak bertanggungjawab dan merendahkan diri kita sendiri sebagai orang mukmin yang bijak dan pemaaf. Hatta merendahkan kemuliaan bulan kemaafan dan keampunan ini.

4. Jangan lepaskn peluang kita berdakwah terhadap orang bukan Islam hanya kerana kesombongan kita atas keIslaman kita lantas semudahnya memandang orang lain sebagai rendah. Islam bukan agama yg sombong. Islam itu rahmat kpd sekalian alam.

5. Justeru, semua pihak harus menghentikan polemik kebencian ini. Pasangan yang bersalah juga wajib segera sedar insaf dan memohon maaf.

6. Saya juga secara jelas melihat betapa isu ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk menang dlm PRK N01 Kuala Besut. Menakut-nakutkan ummat Islam dengan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat. Seterusnya menjadikan sbg faktor utama melegitimasikn pindaan terhadap Akta Multimedia yang hakikatnya bertujuan menyekat kebebasan rakyat daripada mendapat maklumat daripada sumber lain selain daripada media milik proksi umno bn.

7. Ia adalah suatu tindakan yang sangat berniat jahat dan dilakukan secara terancang fasa demi fasa. Rakyat mesti menolak propaganda n modus operandi yang jahat ini dgn berhenti daripada menjadi mangsa adu domba dan fitnah jahat regim diktator BN. Enough is enough to BN!

Aiman Athirah Al Jundi
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Pusat

Mc ambil dari FB Ketua Penerangan Muslimat Pas, kalau tak percaya boleh tengok kat SINI.

Dalam kenyataan muslimat Pas, anda rasa siapa yang berpolitik sekarang ni? UMNO/BN ka Pas?


McTheory:
Agama kena caci, pun boleh politik lagi?

Rabu, 17 Julai 2013

PANASS!! Kes Pukul Cina Hina Islam, Geng Melayu Alphard Di Tangkap!! #HinaIslam


Kalau geng melayu pukul cina, kenapa polis cepat saja ambil tindakan? Kalau cina hentam melayu, kadang-kadang kita dengar kes sampai bertahun pun tak settle lagi.

Polis yakin kes culik dan membogelkan seorang penjaga kaunter kafe siber di sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam, adalah tindak balas pihak tertentu terhadap pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, yang mempersendakan Ramadan dan umat Islam di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal percaya motif perbuatan itu adalah membalas dendam terhadap pasangan terbabit yang telah menyinggung umat Islam baru-baru ini.

"Apabila timbulnya isu sensitif begini maka ada pihak yang tidak berpuas hati dan mengambil tindakan sendiri."Mungkin mangsa ada bercakap sesuatu yang boleh menyinggung bangsa serta agama pihak lain dan dalam situasi sekarang ini (rentetan kes Alvin dan Vivian), mangsa telah menerima akibatnya," katanya selepas menerima kunjungan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) ke Bukit Aman di sini hari ini.

Khalid seterusnya berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan tangkapan terhadap empat orang lelaki yang dipercayai terlibat telah dibuat pagi ini.

"Saya nasihatkan supaya masyarakat tidak lagi menimbulkan suatu isu yang boleh menyinggung perasaan kaum lain. Saya telah mengeluarkan arahan supaya memantau rapi kes sebegini dengan tindakan cepat terus diambil," katanya.

Dalam perkembangan kes Alvin dan Vivian, Khalid memberitahu, polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298 (A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan dan benci-membenci hingga memudaratkan perpaduan

"SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah menyiasat kes itu namun polis akan meminta kedua-dua mereka turut hadir ke balai polis untuk dirakam percakapan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dua daripada suspek yang menculik penjaga kaunter kafe siber tersebut ditahan di Bukit Jalil dan bakinya masing-masing di Kampung Medan, Petaling Jaya dan Ampang awal pagi ini.

Beliau berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

"Kesemua suspek yang antaranya merupakan penganggur ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan polis kini sedang mencari empat lagi lelaki untuk membantu siasatan kes yang sama," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Menurut Zahedi lagi, pihaknya membuat tangkapan tersebut selepas menerima laporan mengenai penculikan mangsa daripada keluarganya semalam.

"Selepas mangsa ditemui, polis membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan dia dibenarkan pulang tanpa diambil keterangan kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

"Kita akan cuba mendapatkan keterangannya sama ada pada lewat petang ini atau esok pagi bersama teman wanitanya sekali," tambah beliau.

Dalam kejadian pukul 3 pagi semalam, mangsa dan teman wanitanya diculik sekumpulan lapan lelaki menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard ketika berada di sebuah restoran.

Mangsa kemudian dibawa kumpulan suspek terbabit ke sebuah kawasan hutan sebelum dibogelkan seterusnya ditinggalkan di tepi jalan di Kilometer 4.5, Lebuh Raya Duke berhampiran susur masuk ke Setiawangsa.

Sumber memberitahu, kumpulan lelaki tersebut hanya menculik mangsa dan meninggalkan teman wanitanya di restoran tersebut bersama semua barang peribadi mangsa seperti telefon bimbit, rantai emas dan dompet.

"Selain dibogelkan dengan seluar, baju dan pakaian dalamnya dilarikan, badan mangsa turut diconteng.

"Mangsa bernasib baik apabila seorang penunggang motosikal yang juga seorang anggota polis melalui kawasan terbabit pada pukul 12.30 tengah hari semalam, sebelum menyelamatkan lelaki tersebut dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju," katanya.

Isnin, 15 Julai 2013

PANASS!! Kerajaan Malaysia Bacul aka Penakut? - @RazlanRafii @NajibRazak




Istimewanya orang Cina! Kerajaan Malaysia bacul pada orang Cina!

Orang cina tidak menghormati kerajaan Malaysia kerna tahu segala tindakan mereka akan dilindungi oleh Kerajaan malaysia.

Mereka bebas untuk menghina Agung, menghina Islam malah mereka boleh bermaharajalela dengan segala kegiatan haram mereka.

Kerajaan Malaysia sememangnya berat sebelah dan senantiasa mengagungkan orang cina.

Lihatlah sekeliling dalam malaysia ni, semua hak orang cina, boleh buat apa sahaja, sebab kerajaan malaysia bacul dan tidak bertaring.

Mereka boleh buka judi walau haram, mereka boleh buka bengkel walau haram, mereka boleh tutup jalan kalau berniaga walau haram.

Semua ni sebab kerajaan malaysia bacul untuk ambil tindakan kepada mereka!

Hari ini, bila cina hina agung, kerajaan malaysia yang sembunyi identiti cina derhaka ni, sebab mereka bacul dan lindungi cina.

Saya jamin, kerajaan malaysia akan bacul sekali lagi terharap 2 cina yang menghina islam dengan hidangan babi.


Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh

TUDIAA!! Video Pasangan Seks Hina Minta Maaf Pada Umat Islam!! #TolakPR


Akibat daripada kecaman dan tekanan daripada masyarakat Malaysia. Alvin dan Vivian, membuat video untuk memohon maaf kepada seluruh umat Islam.

Tu pun sebab SKMM dah nak ambil tindakan pada mereka, baru sibuk nak minta maaf, cerita pasal mangkuk dua ekor ni, boleh baca kat SINI

Video minta maaf tu, boleh tengok kat bawah..

video

Apa macam? Nak terima ka maaf dua ekor ni? Kalau Mc, suruh dia minta maaf dalam lokap la kot. Kalau semua benda boleh minta maaf, baik tak payah ada polis dalam dunia ni. he he..
 

McTheory:
Berani buat, berani tanggung laa..

Ahad, 14 Julai 2013

GEMPAR!! Alvin dan Vivian Tutup Akaun FB dan Melarikan Diri Takut Dikenakan Tindakan!


Kontoversi bodoh yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian yang mengajak umat Islam berbuka dengan sup babi mendapat bantahan pelbagai pihak. Pihak MCA juga tidak bersetuju dan membuat report polis, serta meminta mereka berdua dikenakan tindakan.

Mc diberitahu, SKMM akan meneliti gambar tersebut yang menyentuh sensitiviti umat Islam, serta akan mengambil tindakan, jika terbabit ada salah laku.

Seorang pegawai SKMM berkata akan menyiasat perkara itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Pasangan tersebut mendapat kecaman hebat kerana gambar tersebut yang turut sama disertakan logo halal.

Selepas pada gambar kontroversi tersebut, mereka dikatakan telah memadamkan posting tersebut dan menggantikannya dengan gambar mereka yang sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.

“Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang,” menurut kapsyen gambar tersebut.

Kononnya nak cover balik perbuatan songsang mereka tu. Akhirnya mereka terus dikecam!

Terkini akaun FB mereka telah dipadam.Nampaknya mereka dah cabut lari…

McTheory:
Padam pun tak guna, screen shot bukti berlambak.. salah tetap salah..

Sabtu, 13 Julai 2013

PANASS!! Lagi Penghinaan Terhadap Islam, kali ni Al-Quran pula!!


Makin lama makin melampau pulak perangai cina Dap ni. Mc tak rasa cina yang menyokong BN akan buat perkara keji sebegini. Dah la mereka menjual Al-Quran, kemudian menyimpan ditempat yang tak sepatutnya. Apakah mereka tak sedar, perkara itu sebenarnya menghina umat Islam?

Dimana sifat sensitiviti mereka terhadap agama Islam? Apakah mereka anggap umat Islam Malaysia lemah, hingga mereka boleh mempersendakan agama Islam?

Semua ini berpunca dari Pas dan Pkr yang terlalu banyak membiarkan Dap berbuat apa saja. Hingga mereka berani menganggap agama Islam tu sebagai perkara kecil.

Perkara macam ni, perlu dipantau pihak berkuasa. Tolong jangan pandang remeh. Dah berapa kali Islam di hina. Baru umat Islam di kejutkan dengan penghinaan dua pelakon cina prono, buka puasa dengan makan babi. Kali ni, Al-Quran pulak!

Posting ni bukan untuk menghasut, tapi mahu pihak berkuasa bertindak tegas. Sebab apa, jika pihak berkuasa tak buat sesuatu, Mc takut ada pihak pula yang akan tolong pihak berkuasa menyelesaikan masalah ini.

McTheory:
Mereka sudah melampau.. amat melampau!!

Rabu, 16 Januari 2013

CELAKA LA Patrick Teoh Lu Hina Islam, Mau Mampus Ka Apa?


Pelawak, pelakon Patrick Teoh mengeluarkan kenyataan menghina Islam dengan menggelar Quran sebagai 'Tumpting Mother Fuckers'

Kenyataan tersebut dibuat melalui laman facebooknya semalam mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan Umat Islam apabila beliau secara terang-terangan menghina Agama Islam dan Al Quran.

Petikan di ambil dari MyMahasiswa.

Kenyataan tersebut dipercayai akibat rasa tidak puas hati beliau terhadap kerajaan PAS Kedah dalam isu mengeluarkan garis panduan Chinese New Year Celebration 2013.

Antara respon pengguna laman sosial ialah "Dia boleh kutuk kerajaan PAS Kedah tapi jangan hina Islam"

"Untuk itu, Patrick Teoh harus sanggup berdepan dengan akibat atas perbuatan biadapnya. Sama ada secara verbal, atau fizikal"

Difahamkan beliau sudah mengeluarkan kenyataan maaf dan memadam kenyataan berkenaan namun masih menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.

Umat Islam tak dapat menerima perbuatan Patrick, kalau pun marah dengan Pas. Just maki Pas sahaja, jangan kaitkan dengan Islam dan Al-Quran.

Bullshit la Patrick, pergi mampus sama lu. Tolong pihak berkuasa ambil tindakan, jangan sampai perkara macam berulang lagi. Dulu si Namewee Babi, ni Patrick pula, sampai bila umat Islam nak dok diam tengok saja Agama kami dihina?


McTheory:
Memang celaka si babi ni..