Jumaat, 26 Julai 2013
PANASS! Isu Makan Dalam Tandas, Guru Besar Kecewa Tanpa Pembelaan!
Kenapa ramai ahli UMNO yang benar-benar terasa dengan pemimpin UMNO yang sombong dan melupakan jasa orang yang pernah membantu mereka.
Bila lepas PRU atau sesuatu kempen, jangan harap pemimpin yang kita angkat tu mahu membela orang bawahanya. Kalau ada pun, seribu dalam satu. Itulah yang terjadi pada Guru Besar SK Sri Pristina.
"Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.
Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.
Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.
Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.
Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.
Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.
Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.
Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.
Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.
"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.
Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.
Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.
"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.
Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.
Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.
Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Tengok sikap Najib pd org2 Melayu/Islam lepas PRU13 pun dah cukup. Maka jgn mimpilah nk tengok yg lain2 menolong GB ini. Kepala ikan kalau busuk, maka busuklah badannya.
KEPADA UMNO/BN INGAT JANGAN SAMPAI ORANG MELAYU YANG SELAMA INI SUNGGUH SETIA KEPADA UMNO/BN AKAN MEMBERI KEJUTAN PADA PRU 14.......
NAMPAKNYA SELEPAS PRU13 UMNO PERANGAI UMNO MACAM DAH DAPAT MADU SEPAH DIBUANG.....MACAM TIADA LANGSUNG KEBAJIKAN ORANG MELAYU LAKUKAN PADA PRU13.......
pemimpin.bila diangkat kepersada...akan mencipta berbagai alasan utk menutup kelemahan diri sndri...
pemimpin.bila diangkat kepersada...akan mencipta berbagai alasan utk menutup kelemahan diri sndri...
Ya sama lah mcm sesetengah pemimpin umno di kedah tu yg bangga dgn kemenangan TIPIS bn d kedah. Tggu lepaih pru14..
Catat Ulasan