Isnin, 27 Februari 2012

PANASS!! Ustaz Azizan confirm letak jawatan??


Mungkinkah Azizan akan letakkan jawatan sebagai MB? Mc tak rasa beliau mahu meletakkan jawatan. Mc kenal dengan peribadi ustaz Azizan ni, perangai cengei dan tak mudah mengalahnya tu, tak mungkin beliau akan letakkan jawatan.

Baik beliau bubarkan dun atau buat kerajaan pepaduan diantara UMNO dan Pas dari beliau letakkan jawatan.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka melepaskan jawatannya kerana pucuk pimpinan Pas dilihat akur terhadap tekanan golongan pro-Anwar di dalam parti itu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, perkara itu boleh berlaku jika melihat kepada semangat puak Anwarinas dan barisan Exco kerajaan negeri yang berusaha keras untuk menjatuhkan Azizan.


''Keadaan itu ditambah dengan strategi tangan ghaib dalam gerakan menjatuhkan Azizan dan diyakini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat menyelamatkan lagi rakan ulamanya itu, sama seperti beliau akur dengan kemasukan kumpulan pro Anwar dalam barisan kepimpinan parti.

''Selagi Azizan tidak melepaskan jawatan kepada puak penyokong Anwarinas, krisis di Kedah akan berlarutan malah lebih buruk. Dalam hal ini, Abdul Hadi lebih kusut dalam mempertahankan puak ulama,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas kenyataan Azizan semalam yang yakin tekanan politik dialaminya tidak menggugat kedudukan dan peranannya sebagai Menteri Besar selain terus mendapat sokongan hebat daripada rakyat.

Mohd. Azizuddin melihat situasi itu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan 30 hingga 40 peratus pengundi di negeri itu yang terkenal sebagai pengundi atas pagar selain 50 peratus yang merupakan pengundi setia UMNO.

Kata beliau, para pengundi atas pagar dari awal telah kecewa dengan pentadbiran Azizan termasuk aspek kesihatan Menteri Besar itu yang tidak meyakinkan.

Sementara itu, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, pilihan raya umum akan datang bukan lagi peluang untuk Pas mempertahankan Kedah walaupun hasrat Abdul Hadi dan ulama Pas mahu Azizan terus kekal mentadbir negeri berkenaan.

Jelasnya, isu dalaman Pas Kedah yang melibatkan Menteri Besar itu juga sebenarnya lebih banyak berpunca daripada sikap Azizan sendiri yang gagal dalam banyak perkara dan seharusnya beliau menerima dengan terbuka kejatuhan yang bakal dialaminya.

''Azizan begitu lemah, bukan hari ini sahaja tetapi sejak dari awal pemerintahannya. Kelemahan itu bukan sahaja ditonjolkan oleh puak penyokong Ketua Pembangkang yang berada di dalam Pas bahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas turut memperakui perkara itu.

''Justeru, Azizan bukan lagi pilihan utama rakyat yang mengimpikan pembangunan,'' katanya.

Azmi berkata, krisis yang melanda di Kedah bukan sahaja menyebabkan Presiden Pas berasa serba-salah terhadap puak ulama tetapi bakal membawa kehancuran parti itu di negeri tersebut.


McTheory:
Bubar saja la DUN Kedah, selesai segala masalah!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini la kerja umngok, menipu saja kerjanya.

Tanpa Nama berkata...

azizan sedang kepenatan isu menghalau pensyarah tahfiz dari kuin. beliau merosakkan kuin. MB yang teruk

Tanpa Nama berkata...

anon 11.32 hang tu yg 100 kali ngok hang kait dgn UMNO apa pasai?

kapai dh nak pecah jgn salahkan org lain la..bodo..PAS mmg bodo..sbbtu Cina tonggeng pun depa tak kisah janji jd bodo!

tang UMNO bkn main kerja nk cari gaduh..hangpa lupa ka PAS bodo oii lama mana hangpa duk kapiaqkan UMNO, kutuk UMNO..sabar ja laa..sakan hangpa dulu2 no!! igt org UMNO tk Solat ka? tk kenai Tuhan ka?

hangpa tu PAS yg bodo dan tk kenai Tuhan..belagak bodo.. hangpa bkn reti tadbir2 ni..buat ceramah kutip duit hangpa pandai la.. jenis bangsa PAS ni bodo2 belaka..

PAS laknatullah! pi lingkuplah cpt2!