Kita boleh terima pandangan dan pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidul Rasul yang kita adakan setiap tahun adalah bersifat bida'ah. Maksud bida'ah dalam pengertian bahasa adalah "mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya". Dari segi maksud dalam istilah yang lebih jelas adalah "setiap perkara yang tidak pernah wujud di dalam zaman Rasulullah SAW dan para sahabat Alaihiwassalam".
Apabila Menteri Besar Kelantan Yang juga Mursyidul Am PAS mengatakan bahawa perayaan Maulidul Rasul yang dilakukan saban tahun adalah meniru Agama Kristian, ini kita tidak dapat terima. Adakah selama ini Umat Islam yang menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah SAW semata-mata mahu bertanding untuk meniru golongan Kristian, seperti apa yang diucapkan di dalam ucapan Dato Nik Aziz? Salahkah Umat Islam bergembira dan bersyukur dengan mengadakan majlis-majlis keagaaman seperti berselawat, berzanji dan memuji Baginda SAW di hari kelahiran Baginda?
Banyak benda-benda bida'ah yang kita lakukan setiap hari yang umumnya kita terima sebagai perubahan zaman dan bersesuaian dengan teknologi semasa seperti menaiki kenderaan seperti kereta, motor, kapalterbang dan sebagainya. Bagi pihak yang suka sangat mempertikaikan itu bidaáh ini bida'ah, Kita sarankan supaya menaiki unta untuk ke tempat kerja kerana di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat AS, tiada kereta dan motor untuk digunakan. Kenapa hendak mempertikaikan sesuatu yang tidak melanggar syariah?
Artikel ni Mc petik dari blog CTS
Nik Aziz makin lama makin pelik dan merapu. Apakah beliau sedar dengan apa yang beliau katakan? Kalau nak menafikan pun agak-agak la. Dulu kata Maulidur Rasul ni orang tak payah sambut, sebab kelahiran Nabi Muhammad SAW sama macam mamat budak kampung biasa saja. Kali ni dia kata pulak sambutan Maulidur Rasul sama dengan Kristian pulak.
Apa masalah Nik Aziz dengan sambutan Maulidur Rasul? Kalau pun nak menegakkan pendirian masing-masing, namun janganlah sampai menghina sedemikian. Masing-masing ada pandangannya tersendiri, namun janganlah sampai menghina teruk macam tu..
McTheory:
apa orang tua ni dah nyanyuk ka apa?
12 ulasan:
Cuba tanya dia sat, ada dak nas2 yang menyokong pendapatnya itu, ataupun sekurang pendapat2 dp imam2 yang muktabar yang boleh myokong pendapatnya itu.
pi tanya ustat fatul bari...dengaq pendapat dia plak..
Baju atau jubah yang dipakainya itu pun kita panggil leher chongsam. Tiru cinalah tu. Tak tiru tao ka ?? Tak serupa ka ?? ....
yg aku pelik...sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan cutinya dua hari...melampau2 betul....ini ikut gaya sape plak..????bukan kristian jugak ker...????
Banyak sangat kata2 yg mengelirukan masyarakat. Apa kerja Majlis Fatwa? Mana pergi penguasa2 agama? Apakah orang politik immune untuk berkata apa saja tentang agama dan orangramai dibiar pandai2 mencari kebenaran. Orang yg tinggi ilmu agamanya pun ada yg bangkrap minda inikan pula orangramai.
TAKPER... nanti kita potong kek besar-besar ikut sunnah tok nik ajis iyer... yang tu boleh ker?
Sebenarnya menyambut Maulidur Rasul bukanlah seperti Kristian yang dimana mereka pergi kegereja untuk sembahyang gospel dll.
Pada hari kelahirah Nabi Muhammad SAW masyarakat Islam mengunakan keberkatan hari tersebut untuk membuat perkara-perkara yang berfaedah seperti ceramah agama, bersalawat, eratkan silaturahim, memperingati perjuang Nabi Muhammad SAW dan perkara-perkara yang berfaedah. Untuk memudahkan program tersebut berjalan lancar maka diberikan cuti kepada rakyat terutama yang beragama Islam.
Tidak salah berarak menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi bagaimana sayangnya umat Islam terhadap Nabi Muhamad SAW. Bukan seperti agama Kristian yang bersembahayang kepada Nabi Isa dimana mereka menganggap Isa sebagai Anak tuhan.
Kalau begitu istiharkan Kelantan hari berkerja dan tidak usahlah dianjurkan program Maulidur.
Dari sye bdk hingga sekarang dh umo 5kupang ni br dgr fatwa yg mengatakan sambutan maulidur rasul tu tiru kristian.pok nik pn knp br skrg ckp mcm tu?
Agak2nya le Pok Nik ni dah dpt sakit sawan gila merapu kot.Cubalah bagi alasan yg lebih logik utk minda kita terima. Apa lak alasan mcm tu rupa dibaginya.Letak jawatan jelah baik ajar budak ngaji je
Kt perlu paham pengertaian bidaah.... Kenderaan yg kt gunakan seperti erti kereta.. Motosikal atau semua yg merupakan duniawi.. Itu merupakan bidaah hasanah... Kerana ini pada zaman rasullullah t idak ada... Tp yg berlaku perubahan yg berkaitan dgn agama Islam.. Kita kena berbalik pada Al-quran dan Sunnah Nabi. Harap maklum... senang saja xpayah nk pening kepala... Org Melayu kebanyakkan confuse dgn bidaah.. So untuk lebih jelas... Rujuk pada ustaz yg bertauliah.
Poknik ni skg dh takabbur..dh rasa diri dia tu bagus sgt..salah pengikut2 jumud dia jugak yg gelar dia "tok guru"..pd aku dia ni tok guru merapu...kalo tak takkan tok guru Hj Abdullah Samahah pun turut tegur dia..agama dia ni agama +politik,,,dia dh jdkan agama tu mcm rojak, bole dicampur aduk dgn politik..
Semua komen yang saya lihat tidak setuju dengan Tuan Guru Nik Aziz tapi saya setuju. Kenapa kita tidak selidik dulu baru kita komen?
Catat Ulasan