Rabu, 21 Mac 2012

PANASS!! Bekas Menteri Angkat sumpah Junjung Yellow Pages, Bukan Al-Quran?

Kisah ini berlaku ketika UMNO sedang hangat menghadapi pemilihan Presiden tahun 1987. Team A yang diketuai oleh Tun Mahathir menentang Team B yang diterajui Ku Li. Hadiah utamanya sudah tentu jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Kerana pemilihan hangat itu jugalah UMNO diharamkan kerana kes mahkamah yang dibawa oleh kumpulan Enam Jahanam yang diketuai oleh Rahim Rahman. 

Tetapi sejarah membuktikan Tun Mahathir merupakan negarawan yang tiada tandingannya. Kemenangannya dalam pemilihan menjadi titik tolak kegemilangan pentadbiran negara di bawah kebijaksanaan beliau selama 22 tahun.


Dan akibat kemenangan itu jugalah, hampir separuh Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet yang dikenal pasti sebagai Team B disingkirkan oleh Tun M. Ini mengakibatkan mereka ini semua hilang arah dan pedoman, termasuklah seorang bekas menteri yang suka mengenakan BOW TIE.



Namun, ketika itu beliau cukup bijak. Mungkin beliau berpendapat yang beliau masih belum cukup kaya untuk disingkirkan. Walaupun pada awalnya disingkirkan daripada kabinet Tun M, tetapi beliau pandai menggunakan kesempatan dan kelemahan Tun M, iaitu Tun Siti Hasmah. Beliau telah datang merayu secara senyap-senyap kepada Tun Siti Hasmah agar beliau diterima semula sebagai ahli Kabinet.

Dan sebagai menguatkan lagi rayuannya, beliau telah membawa senaskhah 'Al-Quran' yang dibalut kain kuning untuk dijunjung ketika bersumpah di hadapan isteri kesayangan Tun M yang beliau tidak pernah mencerca dan memburuk-burukkan negarawan tersebut ketika kehangatan pemilihan 87 tersebut.

Maka timbullah perasaan simpati di hati Tun Siti Hasmah kerana melihat "keikhlasan" seorang pemimpin UMNO yang sanggup merayu-rayu sambil menjunjung Al-Quran untuk mendapat tempat semula dalam barisan kabinet Tun M. Maka dipujuklah Tun M agar menerima bekas menteri BN itu semula.

Oleh kerana Tun M ini sememangnya seorang manusia yang pemaaf dan tidak suka berdendam, maka kecurangan bekas menteri tersebut yang duduk dalam Team B sebelum ini dilupakan dan akhirnya diberikan jawatan sebagai Timbalan Menteri ketika itu. Dan beliau juga akhirnya menjadi Menteri penuh dalam Kabinet Pak Lah dan merupakan antara individu yang paling kaya dalam Malaysia kerana kedudukan dan jawatannya dalam UMNO dan Kerajaan banyak membantu syarikat-syarikatnya hidup dan berkembang.


Siapa tahu apa jadi dengan "Al-Quran yang dijunjung oleh bekas menteri tersebut?!! Ketika kain kuning tersebut dibuka, rupa-rupanya bukan Al-Quran, tetapi buku panduan Yellow Pages !!!

Itulah dia bekas menteri hitam manis yang sekian lama menikmati "kemanisan" dalam UMNO, tetapi akhinya dicercanya pula parti keramat itu apabila sudah tidak mendapat tempat lagi. Beliau merasakan tindakannya itu membolehkan peluang untuk bersama fuckatan terbuka, namun pada hakikatnya ramai yang menyampah dan kenal benar dengan sikap sebenar beliau.


Menurut cerita, punca beliau memburuk-burukkan UMNO dan menjadi friendly kepada fuckatan adalah kerana salah satu projek lebuhrayanya di Selangor kini tersangkut berikutan kerenah Kerajaan Negeri. Beliau beranggapan sekiranya beliau tegar memburuk-burukkan UMNO, Kerajaan Fuckatan Selangor akan membantu melancarkan perjalanan projeknya itu.




Dan, akhirnya semalam beliau keluar juga meninggalkan parti yang membantu beliau menjadi manusia yang kaya-raya. Alhamdulillah. Jom kita tengok selepas ini sama ada fuckatan mahu menerima pengkhianat ini atau tidak.

Sebab biasanya, fuckatan ini memang tempat orang mencuci dosa!

MyMassa

1 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Sebelum ini diceritakan juga Shahrir Samad datang ikut pintu belakang jumpa Mahathir untuk masuk semula UMNO dan selepas itu 'menderhaka' semula dengan lagak sombongnya.

Dan kali ini diceritakan juga, Kadiaq dapat tempat dan jawatan ikut pintu belakang (Kalau tak salah bekas TPM dulu yang suka ikut pintu belakang sampai la ni??!!)

Persaolannya kalau Dr Siti Hasmah yang selalunya 'cool dan tidak masuk campur dalam urusan Mahathir' dilihat berperanan dalam kes di atas, bagaimana pula Rosmah, logiknya tentu lebih lagi - ada komen?