Khamis, 8 Mac 2012

PANASS!! Dalang disebalik keruntuhan Pas Kedah!!



Nama Adnan Saad sebelum ini tidak begitu dikenali. Di kalangan orang PAS Kedah pun, nama Adnan Saad agak terasing. Ketiadaan jawatan kecuali sebagai Penyelaras DUN Bakar Bata (PAS) selain kurangnya promosi, menjadikan Adnan Saad bagaikan orang asing dalam kepimpinan PAS Kedah.

Bagaimanapun, kemelut kepimpinan PAS Kedah menyaksikan nama Adnan Saad tiba-tiba terpacul. Adnan Saad yang menjadi dalang grup Anwarinas, kini mengetuai gerakan menjatuhkan Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah.


Adnan Saad mengetuai kumpulan yang diberi nama JAWATANKUASA BERTINDAK SELAMATKAN PAS KEDAH. Kumpulan tersebut bermatlamat merealisasikan penyingkiran Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Daripada maklumat yang diterima, Adnan Saad menyatakan kumpulan yang baru ditubuhkan itu, hanyalah satu permulaan dan mereka tidak akan sesekali berundur atau mengurangkan tekanan sehinggalah matlamat mereka tercapai. Seandainya agenda mereka gagal dalam tempoh terdekat ini, beberapa kaedah lain akan digunapakai.

Jawatankuasa ini akan membuat usul UNDI TIDAK PERCAYA kepada Menteri Besar Kedah pada Persidangan DUN Kedah akan datang. Jika masih gagal juga, mereka akan jatuhkan atau sabotaj Azizan di gelangganya sendiri di DUN Sungai Limau pada PRU akan datang.

Sementara itu, pada masa yang sama, jawatankuasa itu akan terus membuat desakan kepada PAS Pusat sehingga misi untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak tercapai.

Sehingga ke hari ini, status dua orang Exco Kedah masih tidak selesai lagi. Menteri Besar sebenarnya mahukan kedua-dua Exco iaitu Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Saleh digugurkan terus tetapi PAS Pusat telah mendesak dan memberikan tekanan kepada Menteri Besar agar kedua-dua Exco ini dikekalkan sehingga PRU13.

Daripada maklumat yang diterima, Dr. Ismail Saleh sudah membuat keputusan muktamad untuk tidak menerima perlantikan semula ke jawatan Exco manakala Phahrolrazi Zawawi pula dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan, sebaliknya bermain tarik tali dengan PAS Pusat dan Azizan.
Dalam reaksinya berhubung permintaan PAS Pusat untuk kekalkan kedua-dua Exco itu, Azizan Abdul RAzak berkata, kalau dia menerima mereka sekalipun, mereka adalah Exco pilihan Pusat, bukannya Exconya.

Sama ada PAS Kedah akan terus membela Adnan Saad dan kumpulannya, ianya bergantung sepenuhnya kepada keputusan Azizan Abdul Razak sendiri. Walaupun para pemimpin PAS berusaha untuk melindungi isu sebenar di Kedah, rata-rata rakyat Kedah terutama sekali ahli-ahli PAS dapat melihat sendiri kesan yang dilakukan oleh kumpulan Anwarinas di Kedah. Perebutan yang ditunjukkan oleh pelbagai kumpulan dalam PAS Kedah, hanya akan merugikan PAS Kedah, terutama dalam kebangkitan semula UMNO Kedah yang dilihat begitu ketara kebelakangan ini.

Dari blog Pelantaq Hujah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

layarilah laman portal web berita terkini freemalaysiakini2