Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik
penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. Kampus sedia ada terletak
di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Difahamkan
projek pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180 juta. Difahamkan juga BDB
(Bina Darulaman Berhad – GLC milik Kerajaan Negeri Kedah) membuat pinjaman dari
BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340 juta dan Kerajaan Negeri
Kedah diwartakan sebagai penjamin pinjaman ke atas cagaran tanah kampus KUIN seluas 1,500
ekar milik BDB.
TINGGAL KENANGAN SAHAJA TAKLAMA LAGI |
Perkara
|
RM
|
Bayaran balik loan setiap tahun selama 15 tahun.
|
40,000,000.00
|
Perbelanjaan penyelenggaraan dan pengurusan.
|
22,000,000.00
|
Jumlah perbelanjaan setiap tahun sehingga projek siap
yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah
|
62,000,000.00
|
Nilai defisit
budget Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar
RM20 juta. Persoalannya, dari manakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS nak cari RM62 juta untuk menyiapkan KUIN?
Dengan defisit
RM20,000,000.00 ditambah pula kos penyelenggaraan KUIN RM62 juta,
Kerajaan Negeri Kedah terpaksa
menanggung hutang sebanyak RM82 juta hanya untuk pembangunan ini sahaja.
Kalau macam ni la gayanya,
boleh muflis Kerajaan Kedah. Dikhuatiri satu hari kelak negeri Kedah
adalah negeri yang pertama di dalam dunia akan dilelong untuk membayar kembali
hutang bank tersebut.
Patut la jawapan
dari Ustat Jijan lebih kurang bunyinya “pinjam dulu pikiaq kemudian…….
Esok nu sapa jadi MB pulak pikiaq la macam mana nak bayaq…….pakat-pakat pikiaq”.
TIDAK ADAKAH SECEBIS SIMPATI PADA MASA DEPAN MEREKA? |
Sebelum
ini hanya 4 kursus yang ditawarkan untuk pengajian di KUIN iaitu Usulluddin,
Bahasa Arab, Syariah dan Fekah dan ianya ditadbir oleh golongan ulama’. Tetapi
setelah bertukar kerajaan sebanyak 44 kursus telah ditambah sedangkan penuntut
tiada. Bukankah ini satu pembaziran? Golongan petadbir pula ditukar dari
golongan ulama’ ke golongan professional. Dimanakah Islamnya itu?
Pembelian
mayat sebanyak 5 mayat untuk fakulti perubatan telah menjadi satu pembaziran
kerana tiada penuntut. Difahamkan 1 mayat dianggarkan sebanyak RM175,000 X 5 =
RM875,000 sudah dibazirkan wang rakyat.
Bagaimanakah
hendak membayar hutang bank jika tiada penuntut dan tiada pendapatan yang
mengalir masuk ke akaun KUIN? Alamatnya KUIN bakal dilelong tatlama
lagi….Apakah nasib anak bangsa kita yang belajar di situ?
Melayu Kedah Terakhir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan