Rabu, 14 Mac 2012

PANASS!! Tuanku Sultan Kedah Tidak Perkenan Phahrolrazi dan Dr Ismail? #saveKedah


Salam semua,

Disebabkan keegoan mereka menolak perlantikkan Exco dari Ustaz Azizan pada surat jemputan yang pertama. Menyebabkan kerajaan Kedah menanggung malu dan menimbulkan kekecohan yang bukan kepalang. Malah dua ekor exco Pas ini memalukan sejarah pentadbiran Kerajaan Kedah kerana berani menolak surat lantikkan Exco yang direstui oleh Tuanku Sultan.


Akibat daripada itu, kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Azizan hampir rebah. Malah kerajaan Pas Kedah mencipta rekod pentadbiran pertama dengan menolak lantikan exco dari Menteri Besar. Sedangkan Pas baru satu penggal menjadi kerajaan, tapi kecohnya melampau-lampau dari UMNO yang dah berpenggal-penggal. Apakah ini cara pentadbiran Islam yang dijanjikan oleh Azizan?

Namun selepas perbincangan diantara kedua belah pihak yang bertelagah. Barulah Phahrolrazi dan Dr Ismail mahu menerima semula jawatan exco, itu pun bersyarat. Namun perlantikan exco mereka yang terbaru, tidak diperkenankan Tuanku Sultan yang murka atas kelakuan buruk kedua-dua bekas exco kanan kerajaan Kedah.

Inilah sebabnya perlantikkan kedua-dua exco ini masih lagi tergendala hinggalah sekarang. Jikalau Tuanku Sultan pun boleh murka dengan kedua-dua bekas exco ni. Bagaimana kita rakyat Kedah nak menerima mereka kembali?

Layakkah mereka ini untuk kembali memegang organisasi negeri, sedangkan peribadi mereka amat teruk dan buruk sekali?



McTheory:
Nanti kita sambung cerita mengenai 'pendamaian Pas Alor Setar!!'

1 ulasan:

Pang Lima berkata...

Kenyataan ini perlu ditarik segera.memfintah tuanku sultan kedah adalah salah dari segi undang2 saya dah maklum kepada dato bintara istana negara untk tindakan. Tuanku sultan kedah telah perkenan pada 8 march lalu pada jam 5 ptg semasa mb azizan mengadap di istana anak bukit.