Khamis, 1 Mac 2012

PANASS!! UMNO Kedah 'terhibur' tengok masalah dalaman Pas??



UMNO Kedah sama sekali tidak bersikap leka dengan pergolakan yang berlaku dalam kerajaan Kedah berikutan tindakan dua Exco yang dilihat tidak lagi seiringan dengan pucuk pimpinan PAS Kedah.

“Kita sama sekali tidak berasa mudah untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Walaupun berlaku pergeseran dalam PAS kita tidak memandang mudah pilihan raya akan datang malahan kita tidak memandang ringan cabaran PAS,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.


Beliau berkata UMNO juga tidak berhasrat menangguk di air keruh berikutan pergolakan berkenaan.

“Itu masalah rumah tangga mereka, pada UMNO kita mengawasi apa yang berlaku dan gerak kerja pilihan raya berjalan seperti dirancangkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jimat Belanja di Pasar Tani Taman Wira Mergong di sini, hari ini.

Beliau berkata UMNO bergantung kepada kekuatan sendiri untuk menang pada pilihan raya umum akan datang, dan tidak berharap kelemahan lawan sebagai modal untuk meraih sokongan.

“Kita yakin tetap menang walaupun tidak berlaku perpecahan di dalam PAS Kedah,” katanya. “Sekiranya Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri sekarang ini kita juga sudah bersiap sedia”.

“Tetapi saya melihat Azizan tidak mungkin akan bubar DUN sekarang,” katanya.

Mengenai kemungkinan ada Exco yang akan mengikut jejak langkah Datuk Hasan Ali yang meninggalkan PAS di Selangor, Ahmad Bashah berkata perkara itu terpulang kepada individu berkenaan.

Mengulas pula dakwaan pihak tertentu bahawa seorang daripada Exco berkenaan ada berjumpa dengan beliau, Ahmad Bashah berkata pertemuan itu secara tidak sengaja semasa mereka bermain golf di Kuala Lumpur Ahad lepas bersama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

“Masa itu saya bersama dengan beberapa ADUN BN dari Kedah dan pegawai kerajaan negeri bermain golf dengan Seri Paduka Baginda, dan Exco berkenaan juga bermain, kami berbual semasa rehat,,perbualan biasa seorang kawan,” katanya. - UMNO Kedah

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang kalut nak mengundi adalah pas, boleh kata tiap2 malam ceramah. seolah-olah 2 minggu nak PRU. Umno perlu buat roadshow lebih drp hassan ali, jangan dok syok sendiri, penyokong pas payah nak percaya klu berita macam tu aje, ubahla sikit trend umno ceramah, guna pembesar suara yg pawer sikit, ni tidak sound kotak buat ape, bunyi katak ong pun kuat lagi.. penceramah biarlah bekas aktivis pas yg jadi umno mcm loghat kelantan sikit, guna skreen dan gambar bukti baru sedap sikit. Azizan dia tak akan kalut, biar penyokong pas kelam kabut

hangkedee berkata...

Apa nak kalut dapat jadi YB.projek datang berlambak.Sebab itu sekarang sibuk dengan projek tak ada masa nak ceramah buang masa.

BeribesaQ berkata...

UMNO mana ada bakat ceramah..hanya sorang tu pun guna isu lapok...UMNO tak kreatif dalam apa juga aktiviti...sebab tulah aktiviti UMNO hambar....orang umno sendiri yang sabotaj, tak ada semangat juang...orang UMNO pula tak suka dengar ceramah UMNO, tapi suka dengar yang puak pas punya, UMNO tak ada jaguh temberang, tak ada pemidato unggul macam PAS ataupun PKR, yang ada semuanya lurus bendul...habeh camna....apakah UMNO tak berusaha melahirkan pemidato terbaik dalam UMNO yang mampu di ketengahkan......

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Transformasi Palsu - Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO
Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman
(Lihat bukti kukuh!!) Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2. ( Kejam Dan Teraniaya..) Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa