Khamis, 1 Mac 2012
TUDIAA!! Apabila UMNO Kedah dok LENA lagi ka? #SaveKedah
Pagi semalam Mc membaca tulisan dari sahabat blogger dari jiran sebelah negeri, nak baca boleh klik kat SINI. Beliau menceritakan perihal bagaimana Datuk Ahmad Bashah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dapat menjadi Ketua UMNO di Kedah.
Sehinggalah beliau mempertikaikan bagaimana gerak kerja UMNO Kedah dan kepimpinan yang dibawa oleh Datuk Ahmad Bashah.
Datuk Paduka Ahmad Bashah dilantik sebagai PBPUNK kerana beliau ni diantara pemimpin UMNO lama yang berjuang demi survival UMNO di Kedah. Tok Det tidak di pilih, atas kerana Tok Det sendiri menolak untuk menjadi MB Kedah jika Kedah berjaya di tawan semula.
Siapa boleh lupa bagaimana detik-detik Kedah ditawan oleh Pas. Rasanya, gugur air mata pemimpin UMNO Kedah, paling teruk sekali ialah Bekas Menteri Besar Kedah pada waktu itu, Mahadir Khalid atau yang lebih mesra di panggil Tok Det. Beliau terduduk dan tersandar, bagaikan tidak percaya, negeri Kedah yang selama ini kepunyaan UMNO hilang ditangan beliau. Walaupun jika di kaji, punca utamanya adalah atas kesalahan percaturan calon dari pihak UMNO pusat yang diketuai oleh Tun Dol, namun sebagai Pengerusi Perhubungan beliau berasa bertanggung jawab pada ketika itu.
Mc juga tidak lupa bagaimana lemahnya jentera UMNO Kedah sewaktu di tangan Shafei Apdal. Sehinggalah DS Najib merombak dan melantik Tok Bashah sebagai Pengerusi. Di awal sewaktu di lantik, UMNO memang teruk. Boleh dikatakan semua bahagian tidak berfungsi dan semangat untuk merampas balik Kedah bagaikan tiada.
Namun setelah disuntik semangat dan bantuan daripada pusat, UMNO Kedah kembali kelandasan yang betul untuk merampas semula Kedah dari tangan Pas. Gandingan Tok Bashah dan Mukhriz merupakan gandingan orang lama dan orang baru untuk menjana jentera pilihanraya. Semakin hari, semakin tersusun gerak jentera pilihanraya UMNO Kedah, sehinggakan Mc dan blogger Kedah lain terkejar-kejar untuk mengikuti ceramah dan aktiviti yang mereka jalankan
Sebenarnya, untuk pengetahuan MKP dan pembaca yang lain. UMNO Kedah sekarang tak macam dulu lagi, sudah ada gerak kerja untuk pilihanraya, ceramah pun tiap-tiap minggu dah ada. Setiap bahagian pun dah susun program untuk bertemu rakyat. Skuad sayang di bawah wanita UMNO pun dah mula masuk kampung. Bagi Mc, kerja-kerja atas tanah ni, UMNO Kedah takdak masalah langsung.
Cuma gerak kerja psywar dan alam maya saja yang menjadi masalah UMNO Kedah sekarang. Mc ada dengar UMNO Kedah melantik seorang blogger luar untuk menjadi pengantaraan diantara blogger Kedah dan UMNO. Namun hingga sekarang, Mc pun tak tahu status sebenar.
Mc nak ingatkan UMNO Kedah, bahawa kekalahan UMNO Kedah pada tahun 2008, sebenarnya lebih terdorong pengundi muda untuk mengundi pembangkang. Pas Kedah mengunakan saluran alam maya untuk memukul setiap isu, sebelum membawa isu tersebut ke tapak ceramah. Blog Pas Kedah paling hebat ketika itu ialah 'KEDAH LANIE'.
'KEDAH LANIE' diantara punca kekalahan UMNO Kedah pada 2008. Boleh dikatakan setiap isu yang 'KEDAH LANIE' bawa di alam maya, langsung tidak berjawab malah tiada 'counter' dari pihak UMNO untuk mengagakan isu tersebut, sememangnya kerana kita tiada blogger untuk menjawab isu dari pihak pembangkang.
Jadi penguna alam maya hanya di dedahkan dengan maklumat yang buruk semata mengenai pentadbiran UMNO pada ketika itu. Boleh dikatakan, artikel dari blog 'KEDAH LANIE' di print'out' dan disebarkan di surau dan masjid untuk bacaan rakyat.
Malah yang paling ngeri, kebanyakkan Cybercafe di Kedah telah 'set' kan blog 'KEDAH LANIE' sebagai paparan utama apabila masuk ke alam maya. Disebabkan itu, ramai remaja Kedah terpengaruh dengan tulisan dan pendedahan walaupun isunya lebih banyak fitnah dari betul. Jadi orang Kedah yang merantau di luar juga mengikuti perkembangan negeri Kedah hanya dari blog sebelah pihak sahaja.
Akibatnya ramai pengundi Kedah yang bekerja di luar balik untuk mengundi Pakatan kerana mempercayai dakyah dan fitnah dari blogger Pas tentang keburukkan UMNO. Hinggakan ada yang menghasut ahli keluarga dengan cerita-cerita dari alam maya. Ini juga merupakan salah satu sebab utama UMNO kehilangan undi. Malah ada cerita yang Mc dengar, seorang anak mengugut ibunya supaya mengundi Pas, jikalau tidak mahu elaun bulanan yang diterimanya dipotong.
Namun selepas tewasnya UMNO di Kedah, muncul kesedaran dari anak muda dikalangan UMNO untuk menjadi blogger untuk menepis balik segala isu di alam maya. Namun hasrat mereka untuk membantu UMNO Kedah digagalkan apabila ada pihak dari UMNO Kedah yang masih lagi 'sombong' dan menganggap peperangan alam maya ini sebagai perkara remeh.
Kini setelah hari berganti hari, tahun pun sudah banyak kali berganti. Mc lihat UMNO Kedah masih lagi tidak mempunyai jentera alam maya yang tersusun seperti mana Pas Kedah yang lebih menjaga bloggernya. Blogger Pas dibekalkan dengan peralatan, gadget canggih dan juga sumber untuk berperang di alam maya, sedangkan blogger UMNO naif dan daif . Malah masih ada blogger UMNO yang masih lagi mengunakan 'Pentium 4' untuk membuat blog, sedangkan namanya sudah terkenal 1 Malaysia.
Sebab tu Mc kata, jentera pilihanraya konvensional Mc yakin UMNO Kedah sudah bersedia. Namun jentera alam maya, Mc tak nampak UMNO Kedah memilikinya. Paling menyedihkan, Mc dengar UMNO Kedah dibawah penerangan negeri sudah ada peruntukkan untuk blogger, bagi menjalankan kerja. Namun sehingga ke hari ini, Mc pun tak nampak mana-mana blogger yang dibantu oleh UMNO Kedah.
Mungkin ianya satu cerita dongeng, atau peruntukkan itu habis di tengah jalan, hilang entah ke mana.
Nasihat Mc pada UMNO Kedah, jangan pinggirkan blogger. Anggap kami jentera parti. Kami bukan orang politik, malah kami menolong saudara semua untuk mendapat kuasa politik.
UMNO Kedah dah ok.. cuma blogger Kedah yang dok K.O lagi..ni..
McTheory:
Anggap ini teguran, mungkin ada yang terlepas pandang!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Bro....
Pakteh kadang-kadang terfikir apa perlunya menjadi hidung mancung pipi tersorong-sorong.
Tetapi sebab gerakkerja Pakteh adalah untuk UMNO dan bukan untuk individu...hehe...lantak pi la hangpa nak buat apa pun.
Cuma apabila dah saling berkenalan, saling bertegur sapa....sekurang-kurangnya....tunjukkanlah blogger ni jugak manusia dan bukannya ayam atau lembu yang anda boleh blah tanpa senyum, tanpa salam, tanpa menoleh sedikit pun muka.
fakir miskin tepi jalan pun kita anggukkan kepala ada hadiahkan senyuman atau wang, inikan pula sesama rakan seperjuangan.
Hebat la tu ada jugak pentium 4, Pakteh ni tumpang cybercafe ja...tu pun bila selesai tebang buluh....haha....
Xpa bro....sejak 12 tahun dulu....inilah senarionya......apa yang penting....kita tau apa kita buat.....
kita serupa bro. gua pun blogger tp gua guna pentium 3 jer. hehehe.
http://www.adikwak.blogspot.com/
TERIMA KASIH ATAS PENJELASAN YANG DIBERI,KITA SAYANGKAN UMNO KEDAH DAN BERTEKAD UNTUK MERAMPAS KEMBALI KEDAH.TEGURAN MEMBINA SEPATUTNYA DITERIMA OLEH PUCUK PIMPINAN.MKP BERASAL DARI KEDAH DAN MENGIKUTI PERKEMBANGAN POLITIK KEDAH.KEDAH MENANG RAKYAT SENANG.
Cantik MC,
saya tak salahkan Mc dan blogger UMNO Kedah.
saya dah bawa Mc dan geng berjumpa dgn individu yg bertanggungjawab satu ketika dulu.
usaha telh diambil oleh pucuk pimpinan bagi memperbaiki keadaan ini tapi sangat SLOW, macam tak ikhlas.
Gini la Mc,munkin kepimpinan UMNO rasa mereka tak perlukan blogger Umno, BIARLAH SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.
Kita lihatlah nanti.. kita bukan ada kepentingan dalam politik... atas kesedaran kita nak membantu.
kalau lepas baca artikel ni masih takdak +ve development dr pihak umno kedah....maknanya mmg depa tak ambik tau langsung pasal psywar.
harap bloggers kedah tak frust. setiap hari saya ikuti blog anda semua.
dalam proses ka era baru alam maya bloger kedah.
dalam proses ka era baru alam maya bloger kedah.
Catat Ulasan