Selasa, 20 Mac 2012

TUDIAA!! Cerita AMOI HOT Seksi!! mai baca mai..

sekadar hiasan..

Ini artikel dari penulis jemputan tetap Mc, Tan Anak Laha. Penulis kreatif yang berpengalaman. Beliau selalu memandang sesuatu perkara dari sudut yang jarang kita lihat. Mari kita tengok apa pulak kali ni beliau nak kita baca.


Dalam keghairahan nak menonton perlawanan bolasepak secara langsung melalui saluran 812 Astro, terlebih dulu kita disogokkan dengan iklan "myeg" dimana seorang lelaki Melayu ke perniagaan seorang Ah Moi untuk memperbaharui Cukai Jalan kenderaan beliau yang telah tamat tempoh melalui internet. Terserlah wajah dan lagak miang lelaki Melayu berkenaan nak mengurat Ah Moi.

Seterusnya Ah Moi meminta anak/adik beliau menguruskan urusan cukai jalan. Si anak Cina ini kurang senang dengan perangai lelaki Melayu ini dan menguruskan urusan tersebut dengan memperlihatkan langkah kung fu beliau kepada lelaki Melayu itu.

Selanjutnya lelaki Melayu tadi datang lagi dengan harapan yang sama mahu mengurat Ah Moi, kali ini beliau mahu mendapatkan khidmat Pembantu rumah.

Hajat masih belum tercapai, lelaki Melayu ini datang lagi tetapi belum pasti mahukan urusan apa. Pada ketika itu isteri lelaki Melayu ini sampai sambil "menarik telinga si suami " amboi macamlah di rumah tak ada internet.. balik...balik"

Satu lakonan pengiklanan yang hebat....persoalannya!

1. Apakah perangai "kurang ajar" si anak Cina tadi terhadap seorang dewasa Melayu merupakan satu tindakan bijak dan perlu dipertontonkan kepada umum?

2. Apakah begitu hinanya Bangsa Melayu sehingga boleh dipersendakan oleh seorang budak kaum Cina?

3. Elokkah seorang isteri bertindak "menarik telinga " suaminya di khalayak ramai?

4. Inikah budi pekerti wanita Melayu sebenarnya seperti yang dituntut dalam Islam?

5. Adakah sudah hilang kesopanan antara suami isteri hanya dengan sedikit kesilapan?

Kalaupun "myeg" mahu mewar-warkan penggunaan internet, tidak adakah cara yang lebih sopan dan bertamaddun untuk diketengahkan kepada masyarakat umum? Tidak terfikirkah orang-orang di "myeg" akan sensitiviti kaum dan bangsa yang ada di Malaysia? atau Apakah ini strategi halus yang sengaja dimainkan? Adakah iklan seperti ini boleh membantu mengharmonikan hubungan kaum-kaum dan bangsa Melayu di Malaysia?

Kalau mahu dihalusi, kita mampu menyusurgalurkan peranan mereka-mereka yang terlibat sehingga ke peringkat paling atas dalam menghasilkan iklan ini.

Siapa myeg?

Idea siapa mereka iklan ini?

Jabatan mana yang menaungi myeg?

Siapa mengawal myeg?

Kementerian mana membiayai dan membayar gaji pegawai myeg?

Mungkin lebih banyak lagi persoalan yang timbul dibenak saudara......fikir-fikirkanlah




"BEING A MALAY IS JUST NOT ENOUGH'


Hasil Nukilan dari 

Tan Anak Laha


McTheory:
Apa pendapat anda.. boleh komen?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ingat cerita apa? rupanya cerita iklan. cehh.

Tanpa Nama berkata...

Myeg tu bukan kerajaan punya ke?

jawablues berkata...

Klu mengikut apa yg aku nampak dari iklan myeg itu, budak lelaki cina tu bukan menyampah dekat lelaki melayu yg berurusan di kaunter, tapi menyampah kepada ah moi itu sebab menyuruhnya buat urusan myeg, sedangkan budak lelaki itu sibuk buat kerja sekolah.

pada aku tidak timbul soal perkauman dalam iklan myeg ini.