Khamis, 8 Mac 2012

TUDIAA!! Phahrolrazi Mengamuk disebabkan Projek Jalan?



pelbagai versi dan pelbagai cerita mengenal pergolakkan Pas Kedah ni. Ada yang kata berebut projelk, ada yang kata kes RM600juta, ada pulak yang kata kes tanah. Terbaru Mc baca blog Khazanah Minda, beliau kata depa ni bergaduh bab projek Jalan. Macam-macam ada, tapi semuanya berkaitan dengan projek dan harta dunia.



Rupanya serangan terhadap MB Azizan Razak oleh Phahrolrazi dan kawan-kawan berunsur tender projek jalan jutaan ringgit yang tidak lagi diberikan oleh Azizan kepada kroni Phahrolrazi. Dengar cerita projek jalan oleh kerajaan pusat tidak disalur kepada kroninya atas cadangan MB Azizan. Betol ke?

Memang berdebah puak totok Pas Kedah,berjuang demi mengaut harta kerajaan negeri dan membiarkan rakyat negeri Kedah hidup dalam kesempitan. Sungguh zalim kerajaan yang berserban ini selagi boleh mengaut kekayaan negeri sehingga alpa kepada falsafah perjuangan asal.

Kesian MB Azizan Razak yang dinafikan kuasa mentadbir negeri secara mutlak. Mana ada negeri dalam Malaysia baik dibawah tadbir kerajaan pusat atau kerajaan pakatan yang kuasanya dikawal oleh jawatankuasa pemandu  Pusat.

Sah Pas Pusat mencampuri urusan dalam kerajaan negeri Kedah dan mereka berjaya mengurangkan kuasa MB Azizan dan terus untuk memberi tekanan sehingga mereka berjaya membuat Azizan mengundurkan diri.


Kesian pulak tengok Azizan. Beliau cuba dijadikan kuda oleh orang-orang bawahannya. Tapi beliau melawan, sebab tu depa marah sangat!!

Dalam dok marah pun, puak-puak bawah ni dok sapu habis balak sekeliling. Projek Keli sapu balak, bersih sungai pun hentam balak, bukak tanah pun hentam balak, sampaikan hutan simpan kat Kedah ni botak la. Kalau dibiarkan puak ni naik lagi jadi kerajaan nanti rasa-rasanya lingkup Kedah.


McTheory:
Depa dok kutuk UMNO, rupanya depa lagi teruk!!