Selasa, 24 April 2012

EKSKLUSIF!! Kes KUIN Bakal Bunuh Azizan dan Pas Kedah!! #saveKedah


Apa yang kita semua tahu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang di pengerusi Azizan, Menteri Besar Kedah, sememangnya mempunyai masalah hutang yang begitu banyak, sehinggakan berhadapan dengan saman dari pelbagai pihak yang bersangkutan dengan Kolej Universiti Insaniah milik Kerajaan Negeri.

Sebelum ini Mc pernah menceritakan mengenai seorang bekas kontraktor KUIN yang mahu menyaman pihak KUIN sebanyak RM 3juta kerana gagal membayar hutang seperti di dalam syarat perjanjian seperti berikut :-


kontraktor "Shake Cuisine Sdn Bhd" telah menyaman KUIN kerana gagal melunaskan bayaran penyediaan perkhidmatan kepada 300 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dicawangan Kolej Insaniah Sungai Petani bagi tempoh 3 tahun bermula dari januari 2009 sehingga Disember 2011 dengan kadar bayaran di tetapkan dalam perjanjian sebanyak RM 200.00 sebulan untuk setiap pelajar.


Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan Asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk 
seramai 300 pelajar. Dalam permasalahan ini menunjukan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang di pengurusi MB Kedah gagal di dalam pentadbiran urusan kewangan,malahan turut gagal dalam menyediakan 300 pelajar untuk di tempatkan di asrama seperti di dalam perjanjian,

Maklumat lebih lanjut klik sini dan sini

Perkara ini telah di bangkitkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini. Jawapan maklum balas dari pihak Kerajaan Negeri sungguh menyedihkan dengan memberitahu, kontraktor terbabit melanggar syarat perjanjian, namun syarat perjanjian yang di langgar kontraktor terbabit tidak di nyatakan dengan jelas ini menunjukan Kerajaan Negeri cuba menyembunyikan perkara yang sebenar.

Untuk mendapat kepastian kami berhubung dengan kontraktor yang mengfailkan saman terhadap pihak KUIN sebanyak RM3 juta . Kontraktor terbabit menerangkan kepada kami, tiada syarat yang di langgarnya, dan menceritakan peguam pihak KUIN yang meminta kepada peguam pihak Kontraktor terbabit supaya tangguh seketika kes saman ini.

Untuk pengetahuan semua, kalau saman melibatkan KUIN, selalunya pihak KUIN akan kalah..dan pihak KUIN yang di pengerusikan Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang melanggar kontrak. Sebenarnya pihak pengurusan KUIN telah merosakkan nama baik Censelor KUIN, dan cuba anda cari siapa Censelor KUIN????




McTheory:
Macam mana Azizan nak jaga negeri? Jaga IPT pun GAGAL!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ahhh..nanti dia jawab tak tau tak tau tak tau tak tau tak tau.. tu ja la

Tanpa Nama berkata...

ahhh..nanti dia jawab tak tau tak tau tak tau tak tau tak tau.. tu ja la