Khamis, 26 April 2012

EKSKLUSIF!! KUIN Bakal Bankrap Akibat Kelemahan Azizan dan Pas Kedah!! #saveKedah



Semalam Mc mendapat panggilan telefon dari seorang pekerja Kolej Universiti Insaniah, beliau mendedahkan masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh Kolej Universiti yang dibanggakan sangat oleh Pas Kedah ketika ini. Untuk keselamatan diri dan keluarganya, Mc merahsiakan identiti beliau.

Mc pun tak sangka, bahawa KUIN yang pada luarannya nampak seolah-olah sempurna dan berjaya, tapi didalamnya penuh dengan duri dan masalah. Kalau berterusan begini, KUIN boleh menjadi PROJEK SAKIT untuk sebuah pembangunan ilmu di negeri Kedah. Antara masalah yang sempat Mc catatkan,


Anak syarikat Insaniah, Insaniah Holdings tak bawa keuntungan

Insaniah yang dalam keadaan kekurangan wang, terpaksa menyalurkan wang ke syarikat ini yang     tidak menunjukkan untung.

Ini menyebabkan pentadbiran Insaniah kekurangan peruntukan kewangan untuk :-
  • Membayar gaji staf dengan tepat waktu, sentiasa lewat dan tidak menentu
  • Staf tidak dapat menguruskan kewangan mereka dengan baik dan sentiasa tertekan
  • Melewatkan pembayaran potongan gaji staf ke Biro Angkasa dan Bank-bank (antaranya bank Rakyat)
  • Menyebabkan staf dalam keadaan tertekan dari menerima telefon dari pihak Angkasa dan Bank. Ada yang mendapat dari bank untuk kereta mereka di tarik.
  • Melewatkan pembayaran tuntutan perjalanan 
  • Memakan masa berbulan baru selesai
  • Insaniah telah beberapa kali didenda oleh KWSP kerana lewat menyumbang
  • Membayaran insentif perumahan kepada staf ditangguh

Malah pada 23 April, 2012, Mesyuarat Lembaga Pengarah menunda keputusan kenaikan dan penyelarasan
gaji staf menyebabkan moral staf kini ditahap yang sangat rendah.

Sedangkan pada masa yang sama Insaniah gemar mengambil pensyarah dari luar dibawah Insaniah Holdings dengan kontrak yang lumayan, yang tidak mungkin diperolehi oleh staff full-time.

  • Ambilan staf ini tidak mengikut skim, dan gaji mereka sangat tinggi
  • Sumbangan KWSP Insaniah kepada staf kontrak ini adalah 17%.
  • Staf Insaniah pernah memohon supaya kadar sumbangan KWSP Insaniah kepada mereka dinaikan, tetapi ditolak. Mereka mencadangkan potongan 15% sahaja kepada staf kontrak dan digunakan perbezaan 2% untuk manfaat mereka, ini juga ditolak.

Insaniah mempunyai lebih 8,000 penuntut berbayar, tetapi kesempitan wang. Universiti swasta lain sekiranya mempunyai sekitar 5,000 penuntut dapat berkembang pesat. Ini bermakna, ada masalah dalam sistem kewangan Insaniah. Mungkinkah ada 'leaking' yang tidak disedari?



Insaniah seperti mempunyai 2 polisi yang berbeza

- Sekiranya Pelajar tempatan tidak membayar yuran, mereka tidak dibenarkan mengambil ujian.
- tetapi pelajar luar negara dibolehkan.

Malah Mc diberitahu prasarana dan kelengkapan Asrama Insaniah di Stargate tidak sesuai untuk pelajar Universiti. Lebih sesuai untuk budak sekolah menengah. Sedangkan perbelanjaan untuk pembinaannya menelan belanja berjuta-juta ringgit.. kenapa begitu? Baca Insaniah mempunyai hutang tertunggak!




Insaniah kini mempunyai banyak hutang tertunggak:

  • Klinik
  • Pembekal alatulis
  • Mekanik kenderaan - menyebabkan bas Insaniah tidak diselenggarakan dengan baik, dan hanya beberapa buah saja yg boleh digunakan
  • Asrama di Stargate

Ramai staf dari kalangan anak Kedah yang ingin berkhidmat untuk negeri, tetapi tidak dihargai dan dipedulikan kebajikan mereka. Dengan masalah-masalah kewangan yang tidak menentu yang ada, mereka merasa buntu, tertekan dan keadaan yang medukacitakan

Polosi pengurusan yang kabur

Dengan masalah kewangan yang ada, ia akan dibeban lagi dengan pembayaran balik RM44 juta atas pembiayaan pembinaan kampus baru. Tidak nampak penyelesaian.
- persoalan : dimana perginya hasil jualan kelapa sawit semasa pembinaan kampus baru? Apakah ada tangan-tangan ghaib yang menyapu bersih kewangan Insaniah dari dalam?

Apakah Insaniah (KUIN) telah menjadi pembekal sumber utamakewangan kerajaan negeri? Atau kewangan KUIN sudah disalah guna oleh pentadbiran tertingginya untuk membuat perkara lain? Apakah Ustaz Azizan selaku pengerusi KUIN tidak menyedari masalah yang dihadapi oleh KUIN sekarang ini?

Sebagai Pengerusi apa tindakan Azizan untuk menyelamatkan maruah KUIN dari tercemar dengan pelbagai masalah? Sudahla KUIN disaman oleh pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini, malah setiap saman keatas KUIN  dimenangi oleh penyamannya! Nampak sangat KUIN memang menghadapi masalah dalaman yang teruk.

Jika KUIN pun Azizan gagal mentadbir dengan baik. Macam mana beliau nak jaga Kedah lagi? Tentunya negeri Kedah bertambah celaru dibawah pemerintahan Azizan. Mc minta, Azizan jagalah nama baik KUIN elok-elok. Kerana jika KUIN terpalit masalah, ianya juga akan menyentuh kepada Censalornya sekali. Nak tahu siapa Censalornya? KDYMM Yang Dipertuan Agong kita sekarang.


McTheory:
Dulu rakyat Kedah boleh bangga dengan KUIN. Sekarang?? 

2 ulasan:

Unknown berkata...

macam mana ni Azizan?

BUKTI JELAS AMBIGA & BERSIH SENGAJA NAK CETUSKAN KEKACAUAN! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

"Tak tau, depa tak bagi tau apa-apa pon kat saya. tak pa, nanti saya tanya depa." Itu jawapan standard DSA.