Ahad, 1 April 2012

PANASS!! Petanda Bila PRU Sudah Makin Hampir!! #BnKedahBagus


Kesemua 15 bahagian UMNO di Kedah diarahkan menyenaraikan nama calon peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan beberapa bulan lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Haniph berkata setiap kawasan Parlimen dan DUN boleh menyenaraikan minimum tiga nama.
Senarai itu akan dihantar terus kepada Ibu Pejabat UMNO Pusat dengan satu salinan dihantar kepada UMNO Negeri Kedah.

“Ini adalah prosedur biasa dalam menghadapi pilihan raya. Kali ini kita tekankan bahawa nama calon berkenaan adalah orang yang mempunyai prestasi kerja cemerlang, tiada rekod buruk. Calon itu juga tidak semestinya mempunyai jawatan di peringkat bahagian,” katanya pada seidang media selepas mesyuarat perhubungan UMNO Kedah di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata ada bahagian yang telah menghantar senarai berkenaan.

“Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat keputusan siapa yang akan dipilih mewakili Barisan Nasional kelak,” katanya sambil menegaskan bahawa satu mesyuarat khas perlu diadakan di peringkat bahagian bagi memilih orang yang hendak dicalonkan itu.

“Setiap bahagian perlu buat mesyuarat dengar pandangan dari pelbagai pihak mengenai orang yang hendak mereka calonkan, Apabila calon itu sudah disepakati oleh pemimpin peringkat bahagian, maka tanggungjawab mereka juga untuk menyokong calon berkenaan,” katanya. - UMNO Kedah

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau gitu prosidurnya, lepas ni jangan ada orang yang tidak tercalon, buat hal macam-macam nak sabotaj parti.
Tak serik lagi satu penggal kena jajah dengan kuncu-kuncu kafir harbi?
Kalau kalah kali ni jangan mimpi nak jadi kerajaan lagi
Fikir-fikirkan.......

Unknown berkata...

Betul, berjuang utk agama, bangsa & negara. Bkn utk kepentingan peribadi. Kalau x menang sorak, kg tergadai.

NURUL IZZAH TAKUT DITELANJANGKAN RAJA NONG CHIK? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/