Ahad, 1 April 2012

GEMPAR!! Akibat Ghairah Penyokong Pas Mati Sebab Bendera Dap!!



Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera parti PAS dan DAP , dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.


Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera PAS dan DAP pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi Sabtu.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri- SungaiRapat Online.

Tudiaa.. memula Al-fatihah pada kedua-dua orang tu. Tapi selama ni tak pernah dengar pulak ada orang mati kerana pasang bendera. Tiba-tiba bagi orang ISLAM PAS pasang bendera KAFIR DAP. Ada pulak yang mati kena letrik. Paling pelik pakai buluh pun letrik boleh sangkut juga. Betul la orang kata, jodoh dan maut di tangan tuhan.

Tapi sedihkan bila ada orang Melayu Islam kita, mati sebab pasang bendera DAP?


McTheory:
Apa agaknya kita nak bagitau, bila ada orang tanya nanti?

3 ulasan:

sahabat gunung berkata...

sape yang suruh jadi angkasawan naik ke bulan menaiki roket yang rosak....

Amir JB berkata...

Kalau tak suka pun, jgnlah sampai memfitnah orang lain. Bukannya bendera yang awk maksudkan. Tunjukkanlah bukti mereka pasang bendera DAP. Buat dosa je... bila nak minta maaf pada mereka? Setahu kami dia pasang bendera sebelah sana.... :-P

Tanpa Nama berkata...

Jangan Fitnah kawan,yang gantung bendera tak pasti penyokong mana, tapi bendera yang nak digantung adalah bendera dacing, dengan cerita satu bendera akan dapat RM25.00.

Jika isu ini tuan bloggers menipu, maknanya isu-isu lain yang terdapat dalam blog ini adalah bohong belaka