7hb April 2010..tarikh yang menggembirakan kebanyakkan penduduk di Pulau Tuba dan kawasan sekitarnya. Ini adalah kerana pada tarikh ini Kerajaan PAS Kedah yang terkenal dengan negeri 'berkebajikan'nya telah mengeluarkan satu belanja untuk membaiki jabatan yang menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting.
Hebat bukan?..Tetapi itu hanya didalam mimpi sahaja. Kerana Kerajaan PAS Kedah tidak pernah ambil berat dengan keadaan jalan perhubungan yang ada di dalam negeri Kedah ni.
Hebat bukan?..Tetapi itu hanya didalam mimpi sahaja. Kerana Kerajaan PAS Kedah tidak pernah ambil berat dengan keadaan jalan perhubungan yang ada di dalam negeri Kedah ni.
Cerita sebenarnya adalah begini :
Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid bin Ramli dengan sukacitanya telah meluluskan sejumlah peruntukkan untuk membaiki jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dengan Pulau Dayang Bunting.
Perkara ini telah disahkan oleh YB Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad, ADUN Kawasan Kuah kepada MKT pada pagi ini. Difahamkan juga peruntukkan sebanyak RM500,000 akan digunakan untuk kerja-kerja pembaikian dan penyelenggaraan jambatan tersebut dan ianya akan dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya daerah Langkawi.
Dengan pembaikian jambatan ini maka akan memudahkan penduduk kedua-dua buah pulau yang seramai 4,000 orang berulang-alik dan membantu menarik kembali sektor pelancongan yang semakin muram akibat kerosakan jambatan tersebut.
Itu berita yang sebenarnya. Hendak harapkan kepada Kerajaan Negeri PAS? Alamat roboh dulu jambatan itu, barulah terketaq-ketaq hendak tunjukkan kononnya ambil berat.
Kesimpulannya, kes jambatan Pulau Tuba yang rosak pun tidak boleh diberi perhatian dan tindakan, bagaimana pula dengan janji kononnya hendak bina kabel elektrik dasar laut tu? Alamatnya sampai kiamat la jika rakyat Pulau Tuba terpengaruh dengan janji-janji mereka.
P/S dari MKT : Pemimpin Pakatan Rakyat hanya pandai buat janji sedangkan meeka tahu mereka tidak mampu hendak melunaskan segala janji mereka. Itulah cara pentadbiran Islam ala-ala Pakatan Haram.
Melayu Kedah Terakhir
1 ulasan:
itu sebabnya aku pangkah BN.nak tengok langkawi terus terbaek di mata org eropah
Catat Ulasan