Ahad, 8 April 2012
TERPANASS!! Mahfuz Omar, Pulut Kuning dan RM19,000 nya!! Jawab @MahfuzOmar jawab!! #saveKedah
6 hb April 2012 lalu berlangsungnya satu program ceramah anjuran sebuah badan NGO iaitu BERSIH 3.0 di mana program tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi bersama A samad Said sasauwan negara, Mahfuz Omar MP (bangang) Pokok Sena, Tian Chua MP (kepala) Batu dan ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat. Program tersebut yang berlangsung di Komplek hijau kuning Alor Setar menyeru rakyat agar bersama-sama menyertai BERSIH 3.0 yang bakal diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur nanti.
Namun apa yang menarik adalah pendedahan Mahfuz Omar mengenai satu program anjuran UMNO dan Barisan Nasional 3,4 hari lepas (hari ni dah 6, 7 hari lepas la). Katanya UMNO buat program ada pulut kuning tiga lapis saja, tapi harga sampai RM19 ribu. Hmm.. betui ka Mahfuz? Kalau betul kenapa tak nyatakan program apa dan dimana. Kalau benar UMNO buat macam tu, tak payah pembangkang, kami yang dalam UMNO ni pun nak balun jugak.
Mc minta Mahfuz jangan buat baling batu sembunyi tangan. Macam kes Hasan Ali dibayar KBS, lepas tu dia tuduh kes ada petugas khas bagi kerakyatan pada pekerja asing, nak baca boleh klik SINI. Semua tuduhan yang Mahfuz buat, langsung tak disertakan dengan bukti. Kalau takdak bukti, cuma tuduhan, itu dah kira jadi fitnah. Apakah Mahfuz ni jenis manusia kebal tak takut mati?
Kali ni Mc berjanji, akan mengikuti semua tohmahan yang Mahfuz buat dan mahu Mahfuz jawab semua itu!! jangan hanya pandai tuduh dan lari. Itu maknanya Mahfuz ahli parlimen bebal, kaki fitnah dan kaki pembohong!! Andainya semua itu tak dijawab, tunggulah habuan hang nanti. Kami akan penuhkan Pokok Sena dan alam maya dengan perbuatan memfitnah hang tu, Mahfuz!!
McTheory:
Kesabaran dah memuncak, meluat tengok perangai BODOH Mahfuz ni!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan