Jumaat, 20 April 2012

TERPANASS!! Pas Menghalalkan ARAK di KEDAH? #saveKedah



Satu cabaran telah di buat oleh geng blogger Kedah Times terhadap kerajaan negeri Kedah, malah Mc juga ingin mencabar kerajaan negeri untuk menafikan dakwaan ini. Apakah PAS yang selama ini megah diri dengan mengatakan mereka memperjuangkan Islam tidak akan buat perniagaan haram di sisi agama Islam?

Namun kini selepas mereka menjadi kerajaan negeri, keadaan telah berubah, mereka pula yang semakin galak melakukan perkara haram berbanding dengan kerajaan BN Kedah yang lepas.


Cabaran PAS Untuk Nafikan Jualan Arak!!

Setelah dicabar untuk mengemukakan bukti dakwaan kami bahawa sebuah GLC Kedah menjual arak, disini kami telah menyatakan dengan jelas dari syarikat mana, siapa pengurusannya dan siapa pemegang sahamnya dalam GLC Kedah tersebut, dan kali ini kami ulangi lagi sekali, Syarikat milik kerajaan negeri yang menjual arak adalah:

Kulim Golf and Country Resort di Kulim Hi-Tech, Kedah.

Pengurusannya

Ketua Pegawai Eksekutif : Bakry Abu Seman

Pengerusi : Saifudin Nasution

Milik Penuh PKNK 100%

Pengerusi PKNK : YAB Ustaz Azizan Abdul Razak.

Aktiviti : Menjual arak jenis Carlsberg kepada pelanggan.

Tukang Hidang : Pekerja Melayu Islam.

Tukang Beli : Pekerja Melayu Islam

Peratus Pekerja Islam: 90%

Kami mencabar kerajaan negeri Kedah menafikan dakwaan kami tentang penjualan arak seperti di atas. Jika tidak dinafikan maka:

1 Undi untuk PAS = 1 Undi untuk arak.



Sekian Terima Kasih..

McTheory:
Pelbagai cabaran telah dilontarkan terhadap Pas Kedah, berkenaan isu hutang KUIN, pulut kuning dan kini arak. Apakah Pas Kedah mempunyai TELOQ untuk menjawab tentang dakwaan ini?

Tiada ulasan: