Isnin, 7 Mei 2012

TUDIAA!! Menteri Besar Kuala Kedah Desak Kerajaan Pas Kedah?? #saveKedah



Dah lama MB Kuala Kedah ni dok diam, tiba-tiba boleh pulak dia bersuara. Ingatkan dah malu muka nak bercakap, tapi orang macam dia ni, mana tau malu. Pas kawasan Kuala Kedah mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah serentakjika Parlimen dibubarkan, selagi kerajaan tidak menunaikan tuntutan Bersih 3.0 terutama membabitkan daftar pemilih.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pas kawasan Kuala Kedah menyatakan pendirian itu setelah mendapat undian majoriti yang bersetuju dengan usul itu kerana berlaku pertambahan yang mendadak dalam senarai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012yang dibentangkan Rabu lalu.
“Kita ambil serius isu ini memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir.

“Jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kita mahu Kedah tidak bubarkan Dun serentak kerana kita mempunyai alasan yang kukuh menolak pilihan raya diadakan serentak dengan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya, selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Kedah ke-38, yang dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Hadir sama, Timbalan Yang Di Pertua, Datuk Ir Amiruddin Hamzah; Naib Yang Di Pertua, Mohd Nasir Mustafa; Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Azizi Abdullah serta Setiausaha, Aris Awang.

Menurutnya, pihaknya meragui kewujudan lebih 900 pengundi baru yang didaftarkan dalam kawasan Dun Kubang Rotan bawah Parlimen Kuala Kedah, kerana ianya melebihi peningkatan sebanyak 12 peratus.

“Pertambahan ini mendadak dan terlalu banyak dalam Dun Kubang Rotan, berdasarkan pengalaman lepas, tidak mungkin pertambahan melebihi 12 peratus. Ia amat diragui dan jentera parti akan membuat semakan, seterusnya membuat bantahan jika ada keperluan,” katanya.

Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya masih belum berpuas hati dengan daftar pemilih sedia ada kerana masih banyak timbul keraguan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui telah membuat pembersihan daftar pemilih.

“Usul ini yang juga pendirian Pas kawasan akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat. Kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas Kedah untuk membuat pertimbangan,” katanya, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Menurutnya, cadangan usul ini dikemukakan berikutan Pas Kedah belum menetapkan pendirian sama ada akan mengadakan PRU13 secara berasingan atau serentak, selepas Parlimen bubar. - SH

Sudah-sudah la Phahrolrazi weiii.. orang pun tahu apa yang hang buat kat kawasan hang. Orang pun boleh kira berapa kali hang turun padang tengok rakyat yang susah. Hangpa bubar pi la waktu mana pun, kalau rakyat tak suka, tetap juga rakyat dah tak pilih hangpa.

Macam mana nak pastikan pilihanraya tu adil mengikut acuan puak hangpa? Hangpa kena menang semua dulu, baru nak iktiraf pilihanraya tu adil? Nak kena buat sampai lagu tu ka?

Tak payah cakap banyak la Phahrolrazi, orang kenal sangatlah si gila kuasa macam hang tu. Hang tak cakap pun buruk, hang cakap lagi la teruk!



McTheory:
hang pegang MB Kuala Kedah cukup laa..

Tiada ulasan: