Isnin, 7 Mei 2012

EKSKLUSIF!! Peneroka FELDA Akan Di Beri DURIAN RUNTUH Secara Berulang?? #Felda



Pelik dan menghairankan apabila ada pihak yang berdengki dengan durian runtuh yang bakal diperolehi oleh peneroka Felda. Apakah salah, kerajaan memberi 'ganjaran' kepada peneroka Felda, setelah mendapat keuntungan yang berlipat ganda daripada hasil pelaburan selama ini?

Adakah mereka tahu sejarah Felda bermula? Bagaimana daifnya kehidupan peneroka diwaktu mereka berusaha dari bawah. Kawasan FELDA juga tidak mempunyai kemudahan yang lengkap. Malah air dan juga letrik pun tidak semua yang dapat.

Namun segalanya berubah apabila keluarga FELDA berubah menjadi lebih besar. Bukan hanya di Jengka, malah ia tersebar luas dimerata tempat di Malaysia. Bagaimana kejayaan FELDA bermula?

Semuanya bermula dari kejayaan FELDA dalam membawa kemajuan melalui penerokaan tanah yang diiktiraf di seluruh dunia. Hasil perancangan yang betul membuatkan jumlah peneroka dan penempatan juga bertambah. Sehingga mencapat 112,635 orang peneroka dan 317 penempatan. Sedangkan dulu, Felda hanya mempunyai aset RM10juta. Namun dengan kegigihan peneroka dan kebijaksanaan pentadbiran, membuatkan aset FELDA sudah bertambah.

Hari ini, terima kasih keluarga peneroka yang bersatu dan setia bersama FELDA. Kini FELDA, bukan lagi syarikat kecil, malah FELDA kini syarikat yang mempunyai aset berbillion ringgit. Malah penempatan FELDA yang dulu daif, kini diberkati dengan kemudahan, malah keluarga peneroka juga mempunyai pendapatan yang tinggi dan mampu hidup mewah.

Keuntungan luar biasa yang dibuat oleh FELDA dalam tempoh dua tahun yang lepas kerana harga minyak sawit yang tinggi di pasaran dunia dari US $ 775 pada bulan Mei 2010 kepada US $ 1105 setiap nada metrik pada masa ini. Atas keuntungan inilah, kerajaan memberi durian runtuh sedikit demi sedikit kepada peneroka.

Mc difahamkan, ini bukanlah durian runtuh yang terakhir dari kerajaan. Hasil keuntungan pelaburan akan di kumpul dan diberi secara berperingkat. Gambaran ini menunjukkan FELDA akan terus berkhidmat kepada orang-orang yang bertanggungjawab untuk membawa FELDA di mana ia terletak pada hari ini, iaitu peneroka.

Walaupun nanti FELDA akan disenaraikan kedalam Bursa Saham. Namun ia sebenarnya tidak menjejaskan langsung tanah peneroka. Peneroka akan terus memiliki tanah sekarang dan tidak akan disentuh walau seinci pun tanah yang dimiliki oleh peneroka yang akan terlibat dalam penyenaraian FGVH.

Penyenaraian ke Bursa Saham adalah pelaburan FELDA untuk masa depan bagi melipat gandakan keuntungan. Ia misi dan visi masa depan FGVH untuk membangunkan keluarga FELDA menjadi lebih besar dan lebih maju.

Insyallah, bila FELDA menjadi satu syarikat yang kuat dan maju, nescaya peneroka akan diberi dengan kurniaan 'durian runtuh' yang lebih besar.

Oleh disebabkan demikian, kita harus mengucapkan syukur (berterima kasih) setelah sejauh ini dalam mencapai syahdu (kecemerlangan) dan kami berharap untuk terus kekal dan kuat dan bersatu sebagai sebuah keluarga dan hidup dengan aman dan damai (sejahtera)

Bersyukurlah dengan limpah dan kurnia olehNYA. Bukanmya dengan membuat fitnah dan pembohongan untuk menjatuhkan perkara yang baik atas dasar hasad dengki.


McTheory:
Bersyukur dengan rezeki yang diberi..

Tiada ulasan: