Jumaat, 15 Jun 2012

EKSKLUSIF!! MB Kedah Berjanji Akan Terus Menzalimi Rakyat Kedah Tanpa Henti!! #TukarKedah #JijanBalak

Nampaknya kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pas Kedah terus-menerus menafikan bahawa pembalakkan di Gunung Inas telah mencemarkan sumber air penduduk. Malah MB Kedah, Setpol dan CEO PMBked telah membuat kenyataan akhbar dengan mengatakan bahawa isu ini telah dipolitikkan.

Terkilan sungguh Mc, dengan jawapan yang MB Kedah dan konco-konconya berikan. Serupa orang yang tak bertanggung jawab langsung. Apakah ini jawapan daripada sebuah kerajaan negeri? Mereka langsung tidak pedulikan nasib rakyat.

Alhamdullilah.. akhirnya Allah dah tunjukkan kepada kita siapa MB Kedah yang sebenarnya.. dibawah ni Mc sertakan lagi bukti gambar dan video yang menunjukkan pembalakkan di Gunung Inas memang tidak mengamalkan langsung aspek untuk menjaga alam sekitar.

Lihatlah pembalakkan yang tidak mengikut spek yang ditetapkan.






Pembalakkan dilakukan di sebelah sungai..









Apabila hujan air tanah menjadi selut terus mengalir kedalam lata chelak..
Akibatnya apabila air dari Lata Chelak tercemar, hingga menganggu sumber air bersih penduduk Kampung Iboi, mukim Kupang, Baling, Kedah.

Ini adalah contoh air yang disalurkan kepada penduduk kampung

Meskipun air keperluan penduduk keruh teruk dan dicemari dengan pelbagai penyakit. MB Kedah yang kejam dan zalim tu tetap tidak mahu menghentikan projek pembalakkan di Gunung Inas. Bagi beliau, duit lebih penting dari rakyat!!

MB disoal mengenai pembalakan Gunung Inas.. lihat jawapan yang diberi oleh MB Kedah..

Kerajaan Pas Kedah tidak akan menghentikan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Inas, Baling dekat sini, meskipun diminta berbuat demikian bagi memulihara alam sekitar dan menjaga kepentingan penduduk di situ.


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kelulusan dan permit sudah dikeluarkan dan kontraktor membayar semua premium kepada Jabatan Perhutanan sebelum mereka dibenarkan memulakan kerja pembalakan.


"Nak berhenti pasal apa, kita dah lulus dan beri permit. Kita tidak benar mereka tebang balak melainkan setelah bayar semua premium kepada Jabatan Perhutanan dan selepas pokok ditanda, baru boleh tebang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif kepada atlet dan pegawai Sukan Malaysia (Sukma) Kedah 2011 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. - Utara News

Mungkin bukti bergambar belum cukup untuk tatapan pembaca.


Video diatas menunjukkan dua keadaan. Satu bagaimana aliran air sungai Lata Chelak disekat, dibuat laluan jentera dan lori. Satu lagi keadaan juga di Gunung Inas, aliran air sungai yang belum lagi dicerobohi oleh pembalak. Lihatlah perbezaannya.. malah air dari puncak Gunung Inas kelihatan jernih dan bersih berbanding dengan gambar dibawah..



Mc meminta supaya Jabatan Alam Sekitar datang membuat siasatan keatas projek Pembalakan Hutan Simpan Gunung Inas. Banyak perkara-perkara yang mencemarkan alam sekitar dan sungai telah dilakukan semata-mata untuk memperolehi balak. Akibatnya, penduduk kampung yang mengunakan air dari Lata Chelak, menanggung sengsara.

Sekali lagi Mc siarkan video rintihan penduduk dan penjelasan dari Pegawai dari Jabatan Hutan..



Pasal EIA dan keluasan 500 hektar semua ada dalam video ini. Bagaimana kerajaan negeri mengunakan helah dengan mengasingkan kelompok-kelompok pembalakan untuk mengelakkan dari menebang balak lebih dari 500 hektar dan memohon EIA.

Pada hakikatnya EIA perlu dipohon terlebih dahulu sebelum projek pembalakan dimulakan, malah jika mahu menukar status tanah dari Hutan simpan kepada Hutan simpan perusahaan pun perlu dipohon EIA.


Jadi kesimpulan yang dapat kita buat.. memang kerajaan negeri Kedah berniat jahat dalam pembalakan Hutan Simpan Gunung Inas. Jika tidak berniat jahat, masakan mereka mempunyai rancangan dengan menebang balak mengikut kelompok. Sedangkan pada hakikatnya, jika digabung semua kelompok, lebih 5400 hektar balak telah ditebang.

Kerajaan negeri tahu, jika mereka memohon EIA dari Jabatan Alam Sekitar, ianya tidak akan lulus. Jadi sebelum apa-apa yang berlaku, baik mereka tebang dan bawa lari balak seberapa banyak yang mereka sempat untuk dibuat duit.

Kalau Pas kalah PRU ke 13 kali ni pun tak apa, sebab dah banyak duit balak yang mereka pegang.


Mungkin kerajaan negeri akan teruskan pembalakan di Gunung Inas, tanpa mengambil kira kesusahan orang kampung disana. Mc harap, jadikan kisah perkampungan Iboi di Gunung Inas, Baling ni sebagai satu pengajaran.

Mungkin ada diantara kita yang fikir, kita tak terlibat dalam kesusahan mereka. Mana tahu, andaikata  kita biarkan Pas terus menjadi kerajaan negeri, periuk nasi kita pula yang akan diganggu. Sebelum itu berlaku, kita gunakan peluang ini untuk mengubah kerajaan negeri.

Fikir sebelum terlambat.. untuk rakyat Kedah yang membaca artikel ini.. sebarkan pada semua untuk dijadikan teladan.


McTheory:
Beringat sebelum kena, kalau dah kena tiada gunanya..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jijan ni patut kena doa pecah perut saja. baru padan dengan muka!

Tanpa Nama berkata...

dulu, dok kata orang sana makan benda ,duit haram, semua nx boleh... tap bab balak ni, biarlah dia makan, sebab benda tu bukan haram, bukan makan babi, hahaahahahahaahahahahahah