Khamis, 28 Jun 2012
PANASS!! Laporan POLIS Kepada KUIN dan Azizan Razak!! #TukarKedah
Akhirnya akibat tidak tahan dengan kegagalan pengurusan KUIN menyelesaikan tunggakkan bayaran mereka. Staff KUIN membuat laporan polis bagi tindakan susulan.
ALOR SETAR Jun - Kira-kira 15 kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini membuat lima laporan polis terhadap pengurusan kolej itu yang didakwa tidak amanah menguruskan bayaran wang pekerja kepada institusi kewangan selaku pihak ketiga, meskipun gaji mereka dipotong setiap bulan.
Kesemua mereka yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan pangkat, membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kota Setar pada pukul 1 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Adzaman Mohd. Jan ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima lima laporan berhubung perkara berkenaan.
Difahamkan, kesemua kakitangan yang berkhidmat antara empat dan 15 tahun itu membuat pemotongan gaji untuk tujuan pembiayaan antaranya pinjaman kepada bank, Lembaga Tabung Haji dan zakat. - Utusan
Bayangkanlah.. gaji di potong, tetapi ianya tidak disalurkan kepada bank. Kalau disalurkan pun, ianya lambat dan mendatangkan masalah.
Hingga ada diantara staff KUIN yang mendapat surat amaran dari bank yang menyatakan bahawa mereka akan di BLACKLIST oleh bank kerana tidak melangsaikan hutang bank. Sedangkan gaji mereka tiap-tiap bulan dicarum oleh KUIN sendiri.
Kalau perkara ini terjadi pada anda.. apakah mampu anda berdiam diri?
McTheory:
Kenapa pada zaman UMNO/BN tak jadi macam ni ek? hmm..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan