Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad |
Akhirnya ramai tokoh agama telah bersuara mengenai suara sumbang kritikan Karpal Singh terhadap hukum Hudud. Kali ni Mufti Kedah yang telah kita ketahui sememangnya Pro Pas, telah mengeluarkan kenyataan keras kepada Karpal.
SHAH ALAM - Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, Karpal harus menghentikan segala kritikan yang berkaitan dengan agama Islam.
Katanya, tindakan Karpal menentang pelaksanaan hukum hudud dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana telah mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.
“Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan Islam adalah agama rasmi di Malaysia,” katanya.
Muhamad Baderudin berkata, Raja-raja Melayu juga merupakan seorang yang beragama Islam dan oleh demikian, tidak wajar bagi Karpal berbuat demikian.
“Karpal harus menghormati agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia,” katanya. - Sinar

McTheory:
Masih ada orang Islam nak sokong Dap??
1 ulasan:
Elok Mufti PAS ni teguq juga puak-puak dia yang masih dok kata UMNO kapiq tak nak negara Islam sedangkan parti dia sendiri kata negara Islam tak dak dalam Al-Quran. Dia kena teguq juga puak-puak dia yang dok pulau masjid yang imamnya orang UMNO. Orang UMNO pun sembahyang dan mengucap tiap-tiap kali solat. Dia kena teguq juga kawan-kawan PAS dia yang dok tarah bukit dan gunung tanpa rasa malu pada Allah. Dulu dok kata tang gunung dan bukit tu pasak bumi. La ni awat senyap. Dia kena pi serbu Housebar yang ketua-ketua dia luluskan. Dia kena kutuk MB dia yang beli kereta mewah tapi KUIN nak hancuq. Dia kena teguq puak-puak PAS yang dok kata UMNO BN perompak dan rasuah sedangkan puak PAS ni lagi kemaruk dan lebih lanun dari UMNO. Dia kena peringat MB dia supaya laksana Islam dan Hudud kat Kedah. Dia kena suruh UNit Amal PAS pi tangkap pembuat maksiat kat taman-taman rekreasi kat Kedah. Jangan dok kata kat Karpal saja. Dia kena kata kat YB PAS yang dok sauk duit pilihanraya dari tokeh yang depa tolong bagi projek. Dia kena teguq juga MB dia pasai apa bagi projek swasta Aman Sentral kat puak DAP Kristian Cina. Pasai apa tak bagi kat Syed Mokhtar kalau projek tu projek swasta. Saya dah meluat nak dengaq Mufti ni cakap. Tuan Mufti, janganlah jadi syaitan bisu seperti mana kata Ustaz Nasaruddin. Jangan sibuk dok kata orang saja. Suluh juga perangai hodoh puak-puak YB PAS tu. Habaq kat depa, jangan dok mengaku projek UMNO BN tu projek depa. Malulah sikit. Teguq jugak puak-puak PAS yang dok hina orang tak bertudung tapi dalam masa yang sama dok sanjung peliwat dan penzina dengan pelacor. Nak tanya dato' Mufti, mana besar dosa. tak bertudung ka atau buat fitnah dan berzina dengan pelacor serta peliwat. Tolong ajaq agama sikit kat puak-puak PAS ni. Minta maaf la Dato' Mufti, bodo-bodo kami pun masih tau beza antara yang betui dan yang tak betui. Baik jadi orang fasik dari jadi puak munafik dan syaitan bisu bertopengkan agama. Maaf Zahir dan batin kerana kasaq sikit. Sebab dah meluat tak sanga dah.
Catat Ulasan