Isnin, 6 Ogos 2012
PANASS!! Pas Restu Karaoke di Bulan Puasa dari Solat Terawih!! #TukarKedah
Gambar diatas diambil di restoran terbuka ditepi jalan berhampiran dengan sebuah Surau di Gurun Kedah baru baru ini. Sungguh menghairankan pemilik restoran ini berbangsa melayu beragama Islam langsung tidak menghormati bulan ramadan. Namun apa yang lebih hairan dan peliknya, karaoke terbuka ini seolah-olah mendapat restu dari pihak berkuasa kerana sehingga sekarang langsung tiada tindakan yang diambil keatas premis tersebut.
Sudahla berkaraoke terlalak terlolong di bulan Puasa, gangguan suara katak tu, menganggu jemaah di surau sebelah ketika orang lain sedang berterawih. Apakah premis berkaraoke ni mendapat restu dari pihak PBT? Atau premis ini dipunyai oleh individu dalam kerajaan negeri? Sebab itu tiada tindakan yang diambil?
Kenapa agaknya semua benda pelik ini terjadi ketika Pas memerintah negeri Kedah? Pusat hiburan tumbuh bercambah, pusat urut berlambak-lambak, pusat karaoke pun bertimbun. Di mana janji melaksanakan Islam di dalam pentadbiran negeri? Di mana janji untuk kurangkan masalah sosial, dan kembangkan syiar Islam? Mc pelik betul la, makin lama makin teruk pula masalah sosial di Kedah.
Sepatutnya bila dah parti Islam perintah, masalah makin kurang. Bukan makin bertambah.. ini tidak, terbalik la pulak.
P/s: Parti Islam ke, atau Parti yang bertopengkan Islam? heh..
McTheory:
Brand ISLAM, tapi intinya lain..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Biasa lah bro..pakat nak cari duit raya sama adil sama rata.
Bukan di gurun saja.....Di sungai petani pun ada Karaoke di taja oleh PAS cua pi tengok kat premis B138 sebelah klinik tawakal Taman Ria Indah Jalan Kelab Cinta sayang..."Promosi Ramadhan" Lima lagu Melayu percuma...hebat juga PAS Kedah memerintah...tukar dari solat taraweh kepada "Karaoke Ramadhan"..Islam Cara PAS yang di terajui Ostat Artis......
Catat Ulasan