Memaparkan catatan dengan label pas kedah maksiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas kedah maksiat. Papar semua catatan
Jumaat, 30 November 2012
PANASS!! Anak Orang Pas Berpeluk Kat Shopping Kompleks!
Gambar ni bukan diambik kat negara jiran tapi kat SUNGAI PETANI bandar kedua terbesar di Kedah..
Kalau nak ikutkan apa yang puak pas duk sembang dalam ceramah, depa duk kata Pas Kedah berjaya menubuhkan kem bina insan dan segala macam kem untuk membendung masalah sosial anak anak muda di Kedah..
Tapi adakah program yang dianjurkan oleh Kerajaan Pas Kedah itu berhasil ?? Isu ini sudah lama dibangkitkan oleh para peniaga di Komplek berkenaan tetapi tiada penguatkuasaan dijalankan oleh pihak berkuasa..
Jika Kerajaan Pas benar benar mengamalkan pemerintahan cara Islam, mereka perlu lakukan sesuatu..
Tindakan melampau sesetengah remaja melakukan aksi panas di sebuah pusat membeli-belah di pusat bandar Sungai Petani bukan sahaja dianggap keterlaluan, malah kelihatan bersahaja walaupun ditegur di hadapan khalayak.
Remaja termasuk mereka di bawah umur dikatakan berkunjung ke pusat membeli-belah itu kerana turut dilengkapi dengan kemudahan pusat karaoke, pusat permainan video dan permainan boling di tingkat atas premis berkenaan.
Ada sesetengahnya pula dikenal pasti sengaja ke ruang terpencil dekat tingkat atas terbabit semata-mata untuk melakukan perbuatan tidak bermoral bersama pasangan.
Penyewa premis, Rashid Amin, 40, berkata, kebanyakan pasangan remaja masih di bawah umur berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan, ada yang duduk meriba antara satu sama lain dan bersentuhan antara satu sama lain di bahagian anggota badan.
“Pernah juga dilihat berpelukan dan bercumbuan tetapi apabila ditegur mereka tidak menghiraukan orang di sekeliling,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, lokasi pusat membeli-belah berkenaan sudah menjadi sasaran sesetengah remaja untuk melakukan maksiat.
Sementara itu, Roslan Md Ani, 37, berkata, pergaulan bebas di kawasan itu turut terjadi kepada pasangan sejenis yang tanpa segan silu melakukan aksi kurang sopan bersama pasangan masing-masing.
“Tidak terkecuali mereka yang membawa teman ketika berasmara tujuannya memastikan keadaan terkawal.
“Apabila pasangan sedang berdua-duaan, seorang lagi rakan mereka berada tidak jauh dari lokasi pertemuan, dengan tujuan memberi laporan sekiranya kawasan didatangi pengawal keselamatan atau penguat kuasa,” katanya.
Malik Mohd, 35, berkata, tindakan remaja yang berpelesiran di premis itu mencerminkan pergaulan bebas yang semakin membimbangkan. - Medan Tempur
Rabu, 21 November 2012
PANASS!! Pas Kedah Sambut Maal Hijrah Dengan Tarian Separuh Bogel? #TukarKedah

Sekali lagi blogger Medan Tempur Kedah mengegarkan Kedah dengan kisah kelab maksiatnya!
Kita sebagai rakyat Kedah memang tak boleh terima tentang perkara ini, di saat umat Islam menyambut Maal Hijrah, Pas pula membiarkan sebuah PUB terkemuka dan terkenal diseluruh negara mengadakan pertunjukkan fesyen separuh bogel diadakan di Kedah..
Bukankah Pas yang berjuang menegakkan pentadbiran bercirikan Islam? Sanggup Pas membutakan mata dan membiarkan premis premis hiburan yang diberi LESEN BESAR untuk menganjurkan apa saja aktiviti yang mencemarkan pemerintahan cara Islam Pas ??
Gambar dibawah ini diambil pada malam 15 November yang lalu semasa umat Islam sedang menyambut Maal Hijrah.. Pas tidak malukah dengan apa yang terjadi di Kedah sekarang ?



Adakah rakyat Kedah mahukan hiburan terlampau seperti ini ??
Sepatutnya Kerajaan Pas Kedah melalui EXCO atau PBT memantau segala aktiviti di situ, bukannya membiarkan pemilik premis melakukan apa saja..
Isu pusat hiburan di Kedah ini pernah dibangkitkan oleh Mc dan rakan rakan TMK tetapi kerajaan Pas Kedah tidak berani menjawab segala apa yang dibongkarkan oleh kami..
Dengan bukti yang kami berikan sebelum ini, segerombolan beloger pencacai Pas Kedah yang menerima gaji terus dari MB terpaksa bekerja keras menafikan hal ini walaupun pusat hiburan ini hanya 1km dari pejabat EXCO Pas Kedah..
Selepas itu timbul pula beberapa bukti surat sokongan yang diarahkan oleh exco sendiri untuk PBT berikan lesen..
Jadi inikah pemerintahan cara Isle Pas yang dilaungkan oleh MB ?? Adakah dengan mengkafirkan dan memurtadkan UMNO, Pas boleh menghalalkan apa saja yang berlaku dalam pentadbiran mereka ??
McTheory:
Islam kepala ATOK puak Pas la macam ni!
Ahad, 18 November 2012
PANASS!! Ustaz Azizan dan Phahrolrazi Bergaduh Sebab Amoi Seksi? #TukarKedah
![]() |
| Apa kaitan gambar amoi seksi ni? |
Tengok video kat bawah dulu!
Tak percaya benda ni ada kat Kedah? Video kat bawah ni adalah video DJ jemputan yang berpakaian seksi ya amat. House Bar ni, kat jalan Alor Mengkudu, sebelah Caltex. Pi la cari kalau tak percaya.
P/s: Mc dan rakan TMK dah main isu ni dulu. Tapi sekali sekala, kena perangat balik. Kalau dak orang Kedah ni lupa!
McTheory:
Yeahh.. ini salah satu kejayaan Pas Kedah.. memang hebat!!
Selasa, 16 Oktober 2012
EKSKLUSIF DAN PANASS!! Kerajaan Negeri Pas Kedah Cadang Kulim Jadi HUB Pelacuran?? #TukarKedah
Saban hari, kita membaca cerita mengenai pelacuran di Kulim, Kedah. Cerita budak sekolah jual diri la, budak terbiar jual badan sebab topup, mat rempit perdagangkan aweknya dalam perlumbaan, budak IPT jual diri sebab cari duit poket, budak kampung buat kerja parti time melacur dan pelbagai lagi cerita mengenai remaja Kulim yang semuanya berkaitan dengan pelacuran.
Malah semua cerita yang kita baca tu dilaporkan oleh Sinar Harian. Kiranya Sinar Harian Kulim ni memang hebat dalam mengesan aktiviti melacur.
Mc taknak sentuh bagaimana Sinar mencari beritanya mengenai pelacuran, tapi Mc nak pertikaikan kerajaan Negeri yang masih tidak ada sebarang usaha mencegah atau mencari solution lain bagi mengelakkan gejala pelacuran ini terus berlaku.
Sebagai kerajaan Negeri yang berteraskan Islam dan berkepimpinan Ulamak (KONONNYA) Pas Kedah harus berusaha mencegah perkara mungkar ini dari terus berlaku. Bukannya sibuk memberi ceramah politik tak kira siang, malam, pagi, petang malah diatas mimbar pun masih nak berceramah politik.
Patutnya banyakkan ceramah, tazkirah dan kerja amal dalam masyarakat Islam bersosial, ini tidak. Semua ceramah, tazkirah hatta apa pun yang berkaitan dengan kerajaan Negeri semuanya politik. Tak ada satu pun usaha dari kerajaan Negeri yang mahu mengajak rakyat Kedah jadi muslim yang baik.
Jadi, apa relevannya Pas Kedah yang kononnya lebih ISLAM dari UMNO, berkepimpinan ULAMAK yang tersohor (bagi orang Pas la) menjadi kerajaan negeri? Sedangkan pada hakikatnya pentadbiran lebih teruk dari UMNO?
Malas Mc nak ulang keburukkan Pas ni. Penat tangan nak menaip pasal benda yang sama, dari ekonomi, infrasturktur, pentadbiran, sosial, pertanian dan pendidikan semuanya GAGAL. Malah menjaga untuk menjaga Syiar Islam dan akidah rakyat Kedah pun Pas Kedah GAGAL TERUKK!!
Apa yang berjayanya Pas Kedah hanyalah menternak kelab-kelab malam di sekitar Alor Setar dan Sungai Petani. Itulah kejayaan Pas Kedah yang paling maksimum disamping membalak sesukahati di Kedah, umpama mak bapak depa yang punya, hingga habis gondol gunung dan bukit.
Sekali lagi Mc nak tanya, apa relevannya Pas Kedah terus menjadi Kerajaan Negeri? Sahabat-sahabat Mc dalam Pas tolong jawab sat!
Buktikan Pas lebih baik dari UMNO, dari terus menghina UMNO dalam setiap ceramah!!
McTheory:
Cakap saja pandai, kerja habuk pun taktau!!
Isnin, 8 Oktober 2012
KASI PANAS!! Gadis DJ Separuh Bogel Buktikan Pas Kedah Hebat!! #TukarKedah
Tajaan terbaru Pas Kedah. Saja nak kasi panas balik.. mana tau kot ada orang yang tak pernah tengok video ni. Jangan terkejut, semua ini berlaku di Alor Setar, Kedah Darulaman. House Bar ni kelab paling top kat Alor Setar. Lokasinya sebelah caltex Alor Mengkudu.
Kalau tak percaya pi la masuk tengok sendiri apa yang ada dalam tu. Kalau zaman dulu, Kedah tak berapa nak maju sangat, semasa pemerintahan UMNO/BN. Kini Pas ambil alih, Kedah terus maju malah advance lagi dengan segala mak nenek maksiat di Alor Setar sekarang ni.
Posting ni ulang tayang pada rakyat Kedah yang sayangkan negerinya, dan juga pada pengikut tegar Pas yang sayangkan Islam. Posting dulu kat SINI
Terbaik la Pas Kedah.. memang hebat! Memang dahsyat!!
McTheory:
Jangan terkejut, kalau nanti ada 'Show Bogel' pula kat Alor Setar ni!!
EKSKLUSIF!! Pas Kedah Promosi Kedai DVD Lucah Terbuka 24jam!! #TukarKedah
![]() |
| depan kedai |
![]() |
| tokey baik punya |
![]() |
| lambakan dvd |
Kali ni Mc nak berterima kasih kepada Kamera Kupang yang memberikan info tentang kedai DVD lucah yang beroperasi secara terbuka di bandar Kulim. Kedai DVD ni, di buka 24 jam, ia sangat terkenal di bandar Kulim ni, malah sangat terkenal di kalangan pengemar DVD lucah sebagai kedai "24 jam". Bak kata orang, nak DVD lucah apa pun boleh cari kat sini.
Lokasinya, di area simpang 4, Taman Selasih, Kulim. Untuk rujukan, kedai tu terletak, di belakang KFC (dulu kat situ ada bank RHB bank). Malah kedai DVD tu berdekatan dengan Pusat Karaoke Gemilang. Kedudukannya agak terbuka, dan bukan tersembunyi. Malah penggemar DVD lucah, boleh masuk pilih diruang khas hampir 500 jenis DVD/VCD di pamerkan. Banyak tuu.. 500 jenis DVD lucah wooii!!
Kedai DVD ni juga menjual DVD/VCD cetak rompak yang lain. Melayu ada, omputih ada, jepun ada, cina ada dan pelbagai DVD lain. Kiranya penjualan kedai DVD ni seolah-olah berlesen. Kedai DVD original pun tak berani jual DVD lucah. Tapi kedai ni jual DVD lucah secara terang-terangan. Apakah kedai DVD ni ada 'lesen besar' untuk menghalalkan perniagaannya?
Sebuah kedai DVD cetak rompak yang beroperasi 24jam, dan menjual DVD lucah secara terbuka. Boleh beroperasi tanpa gangguan dari pihak berkuasa. Pelik kan? Berapa banyak 'wang' yang disedekahkan kepada 'kepala' penguatkuasa untuk mendapat 'lesen besar' berkenaan?
MDK (Majlis Daerah Kulim) tidur ka? tak buat kerja ka? atau dah kenyang makan duit?
Ahli Majlis penuh dengan puak Pas. Puak ni yang dok komplain pasal UMNO/BN dulu, tapi bila duduk atas kerusi empuk ahli majlis, puak ni lagi teruk dari UMNO dulu. Haram apa satu kerja pun tak buat. Sampaikan kedai DVD lucah pun boleh buka sesuka hati serupa ada lesen lagi.
Lepas Pas Kedah jahanamkan Sungai Petani dan Alor Setar, kini mereka nak bawa maksiat datang ke Kulim pulak.. ohh.. jahanamlah negeriku yang tercinta ni.
Oitt!! Rakyat Kedah, sampai bila nak tengok benda ni berterusan? Takkan nak biar puak Pas ni buat suka hati mak bapak depa saja? Tak reti-reti nak kaleh kerajaan negeri?
Inilah malaikat yang tak dikenali, depan malaikat, belakang rupanya syaitan besar!!
McTheory:
Undi Pas, bertambah maksiat, rosak akhlak!!
PANASS!! Pas Kedah Sediakan Lesen 'MENCRETT' Bini Orang!! #TukarKedah
![]() |
| hiasan semata |
Masih ingat cerita skandal Ahli Majlis Daerah Kulim di bahagian perlesenan, yang berskandal dengan bini orang? Pada yang belum membacanya, Mc pernah posting mengenai perkara itu kat SINI. Akibat nak mendaftar lesen perniagaan cendol, akhirnya cinta berputik dan membawa ke hubungan songsang.
Menyedihkan, apabila hubungan songsang mereka itu, turut diketahui oleh Pas Kulim Bandar Baharu. Yang Di-Pertua Pas Kulim Bandar Baharu, Hasan Razak, turut bersubahat bersama dalam kes ini. Apabila cuba menutup aib pasangan songsang ini dari pengetahuan pihak atasan.
Sehingga sekarang, perkara ini masih lagi menjadi rahsia umum di Kulim Bandar Baharu. Sepatutnya sebagai orang yang kuat pegangan Agama, Hasan Razak, perlu mengambil tindakan, perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan. Masalah moral 'bersama' isteri orang ini adalah perkara berat. Jika sekali kita bantu, rasanya akan ada kali kedua, atau kali ketiga.
Mungkin Hasan Razak mahu menjaga nama parti, atau sebab itu beliau masih belum mahu mengambil tindakan. Satu saja pesanan Mc pada Hasan, nak jaga Islam ka, nak jaga parti ka? Kalau jaga nama Pas boleh masuk syurga, Hasan boleh teruskanlah.. tapi sebagai pemimpin beragama Islam, melindungi ahli yang berbuat maksiat tu, dikira subahat.
Apa Hasan nak tanggung separuh dari dosa si Sulaiman tu ka? Dia yang bersedap-sedap dengan Isteri orang, hang juga yang nak kena tanggung dosa wahai Hasan Razak oii.. tak berbaloi laa..
Tapi tak tahu la pulak, jika 'bersama' dengan isteri orang tu, orang Pas anggap perkara tu bukan satu dosa. Sebab dah ramai pemimpin Pas yang 'bersama' dengan bini orang. Tapi kepimpinan Pas, anggap itu perkara biasa. Tiada tindakan pun, malah Nik Aziz boleh mengampunkan dosa. he he.. lawak sungguh puak Pas ni.
Bagi Mc la, pada sesiapa yang rasa nak 'bersama' dengan isteri orang, atau bahasa kasarnya nak 'mencret' bini orang, boleh la masuk Pas. Sebab Pas akan bagi lesen khas pada ahlinya untuk berbuat demikian.
P/s: Masuk Pas 'mencret' dunia lepas, akhirat pun Pas kira lepass.. he he..
McTheory:
Jangan risau, pengampun dosa, si Pok Nik Aziz kan ada..
Khamis, 4 Oktober 2012
PANASS!! DJ Club Separuh Bogel Mendapat Restu Pas Kedah? #TukarKedah
![]() |
| ini yang orang Pas suka nih.. |
Walaupun dah beberapa kali didedahkan kegiatan maksiat di sebuah pusat hiburan terbesar di Alor Star, namun tiada langsung tindakan yang diambil oleh kerajaan Pas Kedah bagi memerangi gejala sosial yang makin meningkat dikalangan remaja melayu di Kedah.
Sebelum ini Azizan Razak berkata tidak mengetahui tentang aktiviti yang dijalankan premis pusat hiburan di Kedah kerana tidak pernah meninjau pusat pusat terbabit..
Tetapi bila Team Media Kedah mendedahkan gambar gambar yang diambil sendiri dari pusat hiburan terseebut, namun mereka pula berkata pihak media sengaja mensabotaj dan mengunakan teknik pertindihan atau superimpose.
Pelbagai pihak juga mendesak Kerajaan Negeri memantau aktiviti kurang sihat ini tetapi sampai sekarang Pas Kedah masih tidak melakukan apa apa tindakan terhadap pusat hiburan terbabit..
Malang bagi rakyat Kedah apabila mengundi parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi pemimpin Pas sendiri bersekongkol dengan pengusaha pengusaha premis hiburan untuk dapatkan lesen.. Sebagai contoh pemimpin Pas kat bawah ni.
Pada 28/09/2012 baru baru ini Pusat hiburan terkemuka di Alor Star telah mengadakan satu parti dimana seorang DJ perempuan seksi didatangkan khas dari Hong Kong beraksi di pusat hiburan terbabit..
Lebih memeranjatkan DJ dari Hong Kong itu hanya mengenakan Bikini pada tubuhnya..Amat memalukan perkara ini terjadi di negeri yang ditadbir oleh Parti Islam...
Cerita pasal DJ seksi Sambung Baca Sini
Siapa sangka, Alor Setar boleh ada perkara yang sebegini? Siapa juga sangka, bila parti yang kononnya memperjuangkan Islam memerintah, akan wujud perkara-perkara mungkar yang tak pernah wujud diwaktu pemerintahan UMNO/BN dahulu.. pelik kan?
McTheory:
Menjerit memperjuangkan Islam, tapi perlaksanaan, jahillilah!
Rabu, 22 Ogos 2012
PANASS!! Apabila Maksiat Menjadi Satu Ibadat Kepada Pas Kedah!!
Perghhhh..!!! Panassss dan hangatttttt dari House Bar Of PAS Kedah..!!! Video ni di upload pada 15 Ogos lalu oleh "v2link" yang dipercayai bekerja di premis hiburan tu sebagai promosi sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak!
Pelik tapi benar! Ini yang berlaku di Kedah pada bulan Ramadhan ni. Aku tak pi pun ke House Bar tu aaaaa...jangan main tuduh-tuduh! Heh!
Sebenarnya, pusat hiburan di Kedah memang dibenarkan beroperasi di bulan Ramadhan sejak di zaman BN lagi. Memang undang-undang benarkan depa beroperasi...
Tapi masa BN dulu, pengusaha pusat-pusat hiburan ni tutup kedai di bulan Ramadhan sebagai menghormati umat Islam. Kerajaan BN tak payah suruh pun depa tutup, tapi depa tutup sendiri pasal depa respect kat kerajaan BN...
Tapi sekarang ni, bila PAS memerintah, para pengusaha pusat-pusat hiburan tu tak heran pun! Depa bukak saja pusat-pusat hiburan tu. Dan lebih menarik, pengusaha-pengusaha yang dipercayai datang dari DAP Penang ni selamba buat promosi macam ni..! Heh!
Amacam PAS Kedah? Azizan? Sanusi Setpol? Amacam? Ada teloq ke nak tegur perkara ni? Heh! "Sebangsa, Sejiwa, Senegara"? Di Kedah ni PAS dah jadi "Sebangsat" macam ni pun dikerjakan DAP masih lagi takut nak bersuara? Heh!
P/s: Dey Sanusi Setpol...lu simpan la lu punya teloq tu dalam almari..!!! Kasi kunci dengan pedal ayam banyak-banyak..heh! Lu nak jadikan Kedah ni jadi "mini Danoq" kaaaa..???
DUKEOFUMNO
Isnin, 13 Ogos 2012
TUDIAA!! Ghairah Manifesto Terbaru Kerajaan Pas Kedah!! Projek Terhebat!! #TukarKedah
Pas Kedah patut menmasang poster kejayaan House Bar ini diseluruh Kedah. Kerana House Bar juga merupakan satu kejayaan yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan negeri terdahulu. Tarian separa bogel dan ghairah sebegini tidak pernah di'halal'kan oleh kerajaan BN terdahulu untuk berada di Kedah.
Namun kerajaan ISLE Pas Kedah dengan bangganya membuat semua ini untuk menunjukkan pentadbiran Pas sememangnya lebih ISLE dari UMNO.
McTheory:
Tahniah diucapkan kepada Pas Kedah kerana kejayaan ini!!
Isnin, 6 Ogos 2012
PANASS!! Pas Restu Karaoke di Bulan Puasa dari Solat Terawih!! #TukarKedah
Gambar diatas diambil di restoran terbuka ditepi jalan berhampiran dengan sebuah Surau di Gurun Kedah baru baru ini. Sungguh menghairankan pemilik restoran ini berbangsa melayu beragama Islam langsung tidak menghormati bulan ramadan. Namun apa yang lebih hairan dan peliknya, karaoke terbuka ini seolah-olah mendapat restu dari pihak berkuasa kerana sehingga sekarang langsung tiada tindakan yang diambil keatas premis tersebut.
Sudahla berkaraoke terlalak terlolong di bulan Puasa, gangguan suara katak tu, menganggu jemaah di surau sebelah ketika orang lain sedang berterawih. Apakah premis berkaraoke ni mendapat restu dari pihak PBT? Atau premis ini dipunyai oleh individu dalam kerajaan negeri? Sebab itu tiada tindakan yang diambil?
Kenapa agaknya semua benda pelik ini terjadi ketika Pas memerintah negeri Kedah? Pusat hiburan tumbuh bercambah, pusat urut berlambak-lambak, pusat karaoke pun bertimbun. Di mana janji melaksanakan Islam di dalam pentadbiran negeri? Di mana janji untuk kurangkan masalah sosial, dan kembangkan syiar Islam? Mc pelik betul la, makin lama makin teruk pula masalah sosial di Kedah.
Sepatutnya bila dah parti Islam perintah, masalah makin kurang. Bukan makin bertambah.. ini tidak, terbalik la pulak.
P/s: Parti Islam ke, atau Parti yang bertopengkan Islam? heh..
McTheory:
Brand ISLAM, tapi intinya lain..
Khamis, 19 Julai 2012
PANASS!! Akibat Kelab Malam dan Tarian Separuh Bogel, Phahrolrazi Meroyan Teruk!! #TukarKedah
Akibat pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Team Media Kedah. Mc diberitahu oleh orang Pas sendiri yang mengatakan Phahrolrazi sekarang sedang meroyan teruk akibat namanya dikaitkan dengan limpahan kelab malam di sekitar bandaraya Alor Setar dan Sungai Petani.
Hinggakan beliau mengarahkan orang-orangnya menyiasat siapa yang telah mengkhianatinya seingga surat sokongan beliau keatas sebuah kelab malam tersebar meluas di alam maya. Phahrol juga mengamuk mengelupur kemarahan apabila tembelangnya selama ini telah dipecahkan oleh Mc dan rakan TMK yang lainnya.
Beliau juga telah mengarahkan taukeh-taukeh kelab malam di sekitar Kedah (yang terpilih) untuk tidak membenarkan orang Islam masuk ke dalam kelab malam. Namun arahan itu hanya bersifat sementara. Mungkin selepas keadaan panas kembali reda, arahan itu juga akan ditarik balik.
Ada sumber yang mengatakan beliau rapat dengan taukeh-taukeh kelab malam, malah disebabkan beliaulah kelab malam di sekitar bandar Alor Setar tumbuh bagai cendawan lepas hujan.
Hinggakan ada sebuah cafe yang menayangkan tarian seksi dan penyanyi separuh bogel yang berhampiran dengan rumah beliau. Tak percaya boleh baca kat SINI.
Kalau tanya Phahrol, tentunya beliau kata tidak tahu dan tidak akan bertanggung jawab.. namun..
Bak kata orang, kalau kita tak salah, buat apa nak takut. Betui tak?
Tapi takkan kita nak salahkan Phahrol saja kot? Siapa yang lantik Phahrol kalau bukan kerajaan negeri.. Jadi tentunya kerajaan negeri Pas Kedah yang perlu bertanggung jawab keatas semua ini.
Kalau dibiarkan Pas terus di Kedah, Mc takut.. anak muda kita akan rosak. Sudah la gelaja moral semakin meningkat di Kedah. Kalau diteruskan lagi.. rasanya lingkup semua anak muda Kedah macam ni.
Apa yang perlu kita buat, ialah tolak kemungkaran yang telah dibawa oleh kerajaan negeri sekarang.
Macam nak buat?
Tak reti-reti nak bagi kat BN balik Kedah ni? Insyallah kerajaan BN Kedah yang sudah belajar dari kesilapan akan terus memakmurkan keharmonian rakyat di Kedah dan akan lakukan sehabis baik untuk rakyatnya.
McTheory:
Bagi kat Pas pun, nama saja ISLAM, tapi kelab malam bercambah-cambah jugak.
Sabtu, 14 Julai 2012
TUDIAA!! Video HOT! ni Sahih Buat Puak Pas Bukak Lebai!! #TukarKedah #KedahMaksiat
Video dibawah berjaya dirakam di Bali Bali Hai Kafe yang terletak hanya 1 KM dari rumah Phahrolrazi.Sekarang Pusat hiburan di Kedah di merata rata tempat..Sebelum ini kita telah mendedahkan House Bar yang terletak dalam Dun Alor Mengkudu dimana pusat hiburan terbabit juga terletak hanya 1km dari pusat khidmat Exco Dr Ismail Salleh..
Kali ini kita tengok video perempuan gelek gelek dalam kawasan Phahrolrazi pulak..Kalau hampa masih tak percaya boleh buka akaun FB Bali Bali Hai ni..
McTheory:
Phahrol pun dok pi layan sama kot? hahahaha...
HANGAT AIHH!! Rupanya Kelab Hiburan, Termasuk Dalam Manifesto Pas Kedah?? #TukarKedah #KedahMaksiat
Nampaknya pakar pusat hiburan si Medan Tempur terus menyerang Pas Kedah berkaitan dengan pusat hiburan!! Kali ni dikaitkan pula dengan manifesto kerajaan negeri Kedah yang lepas.. memang bestt.. terbaik dari ladang.. Jom kita baca apa jadi!!
Kalau kita tengok manifesto Pas Kedah pada PRU yang lalu Pas berjanji untuk mengawal semua punca yang boleh menyumbangkan kepada gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, melepak, pergaulan bebas dan hiburan yang melampau..
Adakah Pas berjaya mengawal semua yang dijanjikan pada manifestu PRU yang lalu atau Pas berjaya menambah pusat pusat hiburan di Kedah ?? Bagi MTK dengan kewujudan pusat pusat sebegini Pas berjaya merosakkan akhlak anak anak muda ..
Memang benar kata pemimpin pemimpin Pas lesen pusat hiburan ini diberikan untuk tempat berhibur bagi orang bukan melayu TETAPI Pas boleh pasti kah orang melayu tak masuk ?? Malah ada anak berbangsa melayu bekerja dalam pusat hiburan di Alor Star..Pas tak malu kah ??
Kini pusat hiburan di Kedah menjadi satu kebiasaan untuk remaja remaja melepak..Contoh gambar dibawah ini kelihatan beberapa anak muda bangsa melayu datang ke pusat hiburan
![]() |
| anak melayu depan pusat hiburan |
![]() |
| tunggu masa nak masuk dalam |
![]() |
| depan pintu masuk |
Perkara begini sepatutnya boleh dielak jika Pas betul betul menunaikan apa yang janjikan pada manifesto PRU yang lalu..Sekarang ini Pas mentadbir Kedah, pas boleh melakukan apa saja kalau rasa apa yang kerajaan BN sebelum ini buat tak betul..Tak perlu berdolak dalih menyalahkan pihak lain sedangkan kelulusan premis hiburan di Kedah dibawah kuasa kerajaan negeri..
Tapi nampaknya Pas sekarang dah lari dari perjuangan sebenar..Pas dah mula terikut ikut kehendak DAP sehingga memenuhi segala permintaan mereka..Contohnya apa yang terjadi pada tahun lalu di bulan ramadhan MB terpaksa menarik balik larangan penutupan pusat hiburan kerana di desak oleh DAP..
Ramadhan: Kedah gugur larangan atas pusat hiburanAdakah disebabkan kemaruk undi bukan Melayu, Pas terpaksa memberikan apa saja yang mereka minta ?MTK difahamkan kebanyakkan ahli pas sendiri makin bosan dengan sikap pemimpin mereka yang terlalu banyak mengikut kehendak kaum lain..
Kerajaan PAS Kedah telah menarik balik cadangan larangan ke atas pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, lapor AFP.
Kerajaan negeri itu membuat keputusan tersebut Mei lalu tetapi mendapat bantahan daripada operator pusat hiburan, serta parti dalam Pakatan Rakyat, yang bimbang ia akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.
Agensi berita itu memetik seorang pegawai negeri sebagai berkata kontroversi tersebut selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan pada hari Sabtu dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.
"Hiburan pada bulan Ramadan hanya untuk bukan Islam," katanya kepada AFP
McTheory:
Baru jadi kerajaan negeri dah kelam kabut!! ha ha ha ha..
PANASS!! Video HOT Tahap Maksima di Aloq Mengkudu, Danok, Thailand!! ha ha ha.. bangang! #TukarKedah #KedahMaksiat
Lagi video yang buat Pas Kedah sakit dan boleh terus masuk hospital!! Gambar diatas adalah bukti yang menunjukkan House Bar terletak di Caltex Petrol Station at Jalan Alor Mengkudu, Danok, Thailand.. bak kata blogger bangang Pas!! ha ha ha.. Alor Mengkudu kat Thai ka?? ha ha ha.. apa punya bangang depa ni.
McTheory:
Lepas Selangor dan Penang, Kedah akan muncul HUB Hiburan Terbesar Utara!!
Jumaat, 13 Julai 2012
TUDIAA!! Blogger UMNO Kaki Danok? Blogger Pas Main Belakang? #PasGila #TukarKedah
Kesian dekat Pencacai Pas yang masih tak dapat terima kenyataan tentang pusat hiburan yang MTK dedahkan semalam kat SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI adalah dari usaha kerajaan Pas Kedah untuk memajukan aktiviti So Sial rakyat di Kedah..
Sungguh menyedihkan bila MTK dapat tahu Exco Pas terlibat dalam meluluskan pusat ini..Malah seperti yang sedia maklum pusat hiburan ini hanya terletak lebih kurang 1KM saja dari pusat khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah..
Tapi ramai penyokong Pakatan Rakyat masih tidak percaya dengan pendedahan ini contohnya artikel di bawah yang MTK petik dari blog pro Pas..Menurut apa yang ditulis olehnya, blogger UMNO ni diupah untuk mengambil gambar di sebuah pusat hiburan di selatan Thai (Danok)..
Untuk Pengetahuan Blogger pro Pas, Gambar gambar itu semuanya diambil dalam akaun rasmi facebook HOUSE BAR. MTK dan beberapa rakan Team Media Kedah tak pernah jejak kaki pun dalam pusat hiburan baik di Danok mahupun di Kedah..MTK pun nak tau jugak siapa dia kawan blogger pas tu kata blogger umno diupah untuk mengambil gambar di Danok tu ?? atau blogger tu saja karang cerita nak bagi nampak kami ni semua kaki danok ?? Kat bawah ni MTK bagi bukti yang gambar gambar yang MTK dedahkan semalam semuanya diambil dari House Bar..
![]() |
| pekerja house bar |
![]() |
| akaun FB rasmi House Bar |
![]() |
| peta lokasi |
![]() |
| gambar yang terdapat dalam album house bar |
Tak dak faedahnya kami nak tipu atau fitnah dalam hal ini..Aksi aksi gadis china doll itu memang dari dalam pusat hiburan terbabit..Belajar lah terima kenyataan yang semua ini membangun sejak Pas memerintah..MTK cabar blogger blogger pas dan tukang komen dalam Facebook pergi sendiri lihat dengan mata kasar anda..
Jangan bila orang dah bongkar lepas tu spin balik tuduh Umno punya kerja..Umno tak ada kena mengena dengan isu ini, yang terbabit hanyalah EXCO PAS.
Itu kata MTK..
Kawan Mc sendiri yang berbangsa cina pernah mengunjungi ke kelab terbabit. Memang benar bagai dikata, sememangnya hiburan di kelab tersebut setaraf dengan kelab di selatan Thai. Dia sendiri pun terkejut, melihat perkembangan itu, bagaimana kelab malam di Kedah, boleh menghidangkan tarian separuh bogel kepada pelanggan. Malah tarian itu berterusan walaupun malam Jumaat atau hari Jumaat.
Lihatlah betapa teruknya masalah pentadbiran Pas Kedah sekarang ni. Kelab malam yang sebegitu teruk pun dibenarkan beroperasi secara halal!
Mengenai blogger UMNO yang menceritakan kisah kononnya kami pergi ke Danok untuk membuat fitnah. Mc nak beritahu pada semua.. mana ada blogger UMNO yang kenal akan kami TMK tinggal di Perumahan awam Mergong dan sekitarnya? Cukup-cukup la menipu tuu.. kalau ada tunjukkan kami orangnya.. bawa keluar dan kami akan tarik balik semua posting kami mengenai kelab malam di Kedah ini. heh..
McTheory:
Pas tak sudah-sudah dengan fitnah.. Islam celah mana pun taktau laaa..
Khamis, 12 Julai 2012
PANASS AIHH!! Tarian Separa Bogel Di Restui Pas Kedah?? #TukarKedah #KedahMaksiat
Semalam ada cyertroopers Pas mencabar Mc untuk menunjukkan lagi gambar kelab malam yang dikatakan dibuka di Alor Setar, Kedah. Kat bawah ni Mc harap, cybertroopers Pas tu berpuas hati dengan gambar pintu gerbang dan nama kelab yang terpapar dibawah. Malah untuk pengetahuannya, kelab malam ini berada tidak jauh daripada Pusat Khidmat ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh, seorang ADUN PAS..!!! kurang dari 1KM!!
Siapa percaya kelab malam yang menghidangkan tarian perempuan separuh bogel boleh berada di Bandaraya Alor Setar, yang sepatutnya diiktiraf Bandaraya Islam oleh Pas Kedah. Namun apa jadi? Pendedahan semalam dan hari ini membuktikan bahawa Pas Kedah hanya cakap saja lebih, tapi perlaksanaannya GAGAL!!
Apakah kerajaan Pas Kedah mahu mengatakan bahawa mereka tidak tahu mengenai perkara ini? Sedangkan kelab malam ini diluluskan oleh Exco kerajaan negeri sendiri!! Apa lagi yang boleh kita harapkan kepada kerajaan Pas Kedah?
Pembangunan Infrastruktur? GAGAL!!
Pembangunan rumah kos rendah? GAGAL!!
Pembangunan pendapatan negeri? GAGAL!!
Pembangunan Akidah Ummah? GAGAL!!
Meningkatkan moral rakyat? GAGAL!!
Meningkatkan peluang pekerjaan? GAGAL!!
Malah Pas Kedah GAGAL disetiap bidang keutamaan penting sebagai kerajaan negeri. Apa lagi yang boleh kita harapkan kepada kerajaan negeri seperti ini?
Tak reti-reti nak tukar? Tunggu apa lagi.. mehh la kita KALEH kerajaan Pas Kedah!! Ada Pas tak menambah, takdak Pas lagi bagus!! heh..
McTheory:
Tambah kelab malam dan china doll pandai la depa..
Rabu, 11 Julai 2012
MAKK AII LAGI PANASS NIHH!! Lagi Pendedahan Berani Mati Kelab Maksiat Di Kedah!! #KedahMaksiat #TukarKedah
Hullamakk.. pendedahan berani mati ni akan membuatkan Pas Kedahh melompat-lompat kepanasann.. Duke Of UMNO.. sudah membuka pekung puak lebai Pas yang menghalalkan maksiat di Kedah!
Kali ni paling panasss..!!! House Bar OF PAS KEDAH full house malam tu..!!! Gambar-gambar ni dirakam pada malam bertarikh 6 Julai baru-baru ni. Dalam bulan ni jugak..masih panasss..!!!
Kali ni paling panasss..!!! House Bar OF PAS KEDAH full house malam tu..!!! Gambar-gambar ni dirakam pada malam bertarikh 6 Julai baru-baru ni. Dalam bulan ni jugak..masih panasss..!!!
Aku tak tau la macamana PAS Kedah nak jawab isu ni. Tapi, aku rasa depa kalau boleh nak menyorok dalam almari dapur kalau ditanya mengenai pusat-pusat hiburan semua ni...
Aku harap, dengan pendedahan panas seperti ini akan membuka mata rakyat Malaysia, khususnya umat Islam di Kedah, untuk melihat sendiri bukti kebobrokan PAS di Kedah, dan ke mana hala tuju "Kedah Sejahtera" yang depa laungkan selama ini...
Pusat hiburan tu hanya 1 km dari Pusat Khidmat ADUN PAS di Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh, kawan baik Phahrolrazi dan aku kira, Taulan Rasul sebagai Exco Agama bertanggungjawab untuk menjawab isu ini dengan segera...
Tak payah la susah-susahkan Ustaz Azizan. Dia MB Kedah. Banyak lagi kerja dia nak buat. Kita tanya Exco dan ADUN kawasan tu sudah la...Lagi satu, apa Ahli Majlis lantikan PAS buat? Buat bodoh saja kaaa??? Tak pantau pun? Reti ke tidak ni buat kerja?
Aku tak salahkan pusat-pusat hiburan tu. Depa cari makan saja. Aku salahkan PAS yang membenarkan semua ni berlaku sedangkan depa melaungkan konsep "membangun bersama Islam". Lagu ni ke "membangun bersama Islam"?
Aku mohon pencerahan. Jangan salahkan House Bar. Salahkan PAS Kedah yang memerintah..!!! Islamik kononnnn...piirrrrahhhhhhh..!!!!
McTheory:
Mari kita tengok depa nak jawab apa!!
Langgan:
Catatan (Atom)



















.jpg)

.jpg)
























