Isnin, 13 Ogos 2012

TUDIAA!! Mahfuz Buat Lawak Nak Bukak Posa!!


Sepanjang bulan Ramadan, Dato Mahfuz Omar banyak buat tazkirah di masjid dan surau. Pilihanraya nak dekat tapi tak tahu bila.

Ramai orang PAS dan PKR dah letih berkempen. Orang UMNO yang kurang berkempen pun letih dan tak sabar nak "get the election over." Kerja malas, nanti "over" kang?

Orang sekarang tak mai ceramah politik. Ramai yang di masjid dan surau. Kena Mahfuz masuk surau dan masjid dan pakai taktik tazkirah untuk selitkan kempen politik.

Dalam keletihan puasa, Mahfuz tetap ke sana kemari. Ketika perjalanan ke majlis sambil mendengar radio kereta, Mahfuz rasa terlalu lapar. Disuruh makan saja pasal lebih dua marhalah, dia tak mau.

Tiba-tiba dia talipon DJ radio FM yang sedang didengarinya menggunakan talipon bimbitnya.

Mahfuz: Assamualakum ... radio FM ke tu?

Penyiar: Iye ye... betul. Dengan siapa saya bercakap ni?

Mahfuz: Saya Mahfuz Omar, wakil rakyat Pokok Sena, boleh saya buat permintaan lagu tak?

Penyiar: Aa YB ... Boleh ... Boleh ... Dato Mahfuz nak lagu apa ?

Mahfuz: Boleh tak hang tolong putaq Azan Maghrib sekarang! Saya dah lapaq sangat nih ....

Penyiar: .... (tak terkata apa)

Satira dari Husin Lempoyang

Tiada ulasan: