Selasa, 7 Ogos 2012
TUDIAA!! Pasar Pekan Rabu Lingkup Akibat Kebodohan Pas Kedah!! #TukarKedah
Sekiranya anda berkunjung ke negeri Kedah, jangan terkejut sekiranya anda dapati keadaan bazar dan gerai-gerai yang berada di kawasan perniagaan orang Melayu di Pekan Rabu yang terkenal dahulu bagaikan hambar tidak bermaya.
Pekan Rabu dan gerai-gerai yang berada di sekitarnya sememangnya menjadi lokasi menarik dan menjadi tumpuan orang ramai, sama ada dari Kedah atau luar, lokasi itu adalah “lokasi wajib” untuk dilawati sekiranya berkunjung ke negeri Jelapang Padi itu.
Ketika di zaman pentadbiran Barisan Nasional, gerai-gerai di situ begitu ramai pengunjungnya dan sangat meriah, semeriah pendapatan yang dapat diraih oleh golongan penjaja di situ yang rata-ratanya Melayu dan beragama Islam.
Maka tidak hairanlah jika para peniaga di sekitar Alor Setar sanggup berbaris panjang dan berebut-rebut untuk mendapatkan tapak niaga di kawasan strategik yang berada di tengah-tengah bandaraya Alor Setar itu.
Namun, setelah PAS mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada Mac 2008, keadaannya bertukar wajah, semakin hambar dan tidak bermaya.
Misalnya, PAS sebelum ini telah melancarkan Bazar Sinar Sejahtera di kawasan tersebut dan ketika itu bilangan penjaja dan peniaga yang mengambil bahagian di Bazar itu adalah sekitar 80 orang, mewakili 80 gerai.
Namun menurut tinjauan saya yang terkini, gerai dan premis yang masih beroperasi di situ hanya tinggal separuh dari jumlah asalnya.
Menurut jawapan dari Exco PAS di Sidang DUN Kedah tempohari, hanya tinggal sekitar 36 penjaja saja yang masih bertahan di Bazar tersebut, manakala selebihnya memilih untuk “tutup kedai” dan mungkin mencari rezeki di tempat lain!
Apa sudah jadi dengan lokasi yang dulunya terkenal itu? Semakin malap setelah ditadbir “bulan purnama”?
Ada cakap-cakap dari para pemimpin PAS yang menyatakan bahawa keadaan itu normal kerana sudah menjadi kebiasaan turun naik perniagaan bagi menjustifikasikan Bazar yang tidak mendapat sambutan rakyat.
Kononnya, keadaan tersebut disebabkan oleh beberapa pusat membeli belah dan pasar malam yang terdapat di Kedah di mana para pengunjung lebih berminat ke sana berbanding Bazar Sinar Sejahtera.
Tapi, mengapa pula lain pula kenyataan dari beberapa peniaga yang masih bertahan di Bazar tersebut?
Menurut mereka, antara sebab jualan mereka tidak laris dan ada yang terpaksa “bungkus” adalah disebabkan oleh kadar sewa yang dinaikkan begitu tinggi yang menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang jualan.
Selain itu, mereka juga merungut mengenai kekurangan tempat letak kereta berdekatan dengan Bazar tersebut bagi kemudahan para pengunjung di situ selain dari penguatkuasa yang tidak boleh “berlebih kurang” dengan para penjaja.
Akibatnya, ramai yang menarik diri dari terus berniaga di situ dan para pengunjung tidak lagi menjadikan kawasan tersebut sebagai tumpuan utama mereka berbanding dahulu.
Itu belum lagi disebut mengenai lesen dan permit perniagaan yang dikeluarkan itu hanya diberikan kepada mereka-mereka yang “sahih” menyokong PAS sahaja berbanding sebelum ini ia diberikan keada mana-mana penjaja yang layak tanpa mengikut parti di zaman BN.
Sepatutnya, Kerajaan PAS Kedah memberikan kelonggaran dan menyokong penuh para penjaja di situ memandangkan ia secara tradisinya merupakan pusat kegiatan ekonomi utama umat Islam di sekitar ibu negeri Kedah.
Cuba lihat di Johor bagaimana Kerajaan Negerinya begitu bijak menarik orang ramai untuk bertumpu di Pasar Malam Johor. Dari tarikan berbeca di sana, hinggalah perniagaan “Pasar Karat” yang menjadi tumpuan pada sesiapa saja yang berkunjung di negeri paling selatan itu.
Dijangka sekiranya tiada sebarang drastik yang diambil oleh pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah berkenaan Bazar Sinar Sejahtera itu, maka ia akan bertukar menjadi seolah-olah “hidup segan mati tak mahu”.
Saya berpendapat bahawa sekiranya Kerajaan PAS Kedah diberi mandat sepenggal lagi untuk mentadbir Kedah, rasanya Pekan Rabu dan para penjaja di sekitarnya akan terus malap malah mungkin lebih teruk lagi terpaksa ditutup kerana dasar “syok sendiri” Azizan dan para Exconya…
SUMBER MYKMU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Baru balik dari Pekan Rabu keadaan lengang sekali pengunjung boleh dikira dengan jari kalu dulu nak berjalan pun bersesak2 hinggakan timbul tandatanya bila baca berita diatas baru tau kesian peniaga disana yang menjadi mangsa.
macamana nak sokong PAS ni ..semua pun lembab semacam saja ni ..nampaknya setakat sepenggal saja la ...
kalau peniaganya hanya dari kalangan orang pas saja begitu juga pembelinya.macamana nak ramai.pas juga yang membunuh peniaga pengikut pas,
ceq dok selalu pi...sesak jer ceq tgk...kui kui kui ..
cuba hangpa pi hari ni tgk...
sesak wooo... hangpa dok rumah ja dok pc pc ja...bleh la gebang besaq.... hahaha
Takyah dok gebang la ni bajet nak kata kat PAS la ni, haih apa nak jadi dengan orang zaman la, dok taboq fitnah tak tahwan hala, orang la ni tak pi pekan rabu sebab la ni kedah dah maju, bukan pekan rabu ja juai baju raya, dodoi bahulu, kuih karaih pa suma, tempat len pun ada, ish pelik sungguh org yg tulih ni, akai ada? bila nak maju cek oiii?
Pekan Rabu tu dulu memang ramai orang sebab masa tu belum wujud Hypermarket seperti Tesco dan Giant... Bandar-2 lain yang berdekatan seperti Jitra, Pendang, Gurun dan sebagainya juga masih kecil jika nak dibandingkan dengan keadaaan sekarang. Manakala pembeli tempatan pula merasakan tidak perlu nak bersusah payah dan bersesak-sesak nak ke sana hanya sekadar nak dapatkan benda-benda yang boleh mereka dapatkan dari penjual yang berhampiran dengan kediaman mereka atau yang datang menjual terus kerumah.... ada yang sudah membeli melalui on-line... kebanyakan pungunjung ke Pekan Rabu nie merupakan pelancong luar atau orang-2 tempatan yang jarang-jarang datang ke Alor Setar, jadi tempat nie dah jadi macam eksklusif sikit lah.... Masalah tempat letak kereta memang menjadi isu semenjak dari dulu lagi, sejak saya sekolah rendah tahun 70-an dulu sampai lah umur dah 40-an nie, masalah nie tak pernah berkesudahan.... kereta semakin banyak, parker pulak masih jumlah yang sama macam dulu, sebab apa? sebab kawasan tu memang kecik sangat.... so, kepada yang tak pernah dok dalam Alog Setag sejak kecik lagi macam saya nie, rasanya tok sah la nak buat komen lebih-2...
Satu lagi pasai peniaga makin kurang, sebab apa? sebab yang dok ada tu dah Nampak pasaran luar/lain.... depa nak hidup dan nak senang kan? so, kena cargas lah... tak kan nak dok melangut kat situ saja kot.... buat apa saya nak sewa kedai kalau saya boleh berniaga dari rumah sendiri atau berniaga dari rumah ke rumah....
so, pikiag sendiri lah... tok sah lah nak dok buat mengarut sangat... Sapa perintah pun orang meniaga tak akan terjejas kalau akai panjang.... betoi dak?
Wasalam...
Catat Ulasan