Rabu, 8 Ogos 2012

PANASS!! Azizan dan Sekutunya Patut Letak Jawatan KFA!! #TukarKedah



Empat kelab penyokong bola sepak Kedah pada Selasa mendesak semua pihak dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) termasuk Presidennya Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan dengan segera berikutan prestasi hambar pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Gesaan tersebut dibuat oleh Kenari Fans Skuad, Ultras Kedah, Kelab Peminat Bola Sepak Kedah dan Persatuan Setia Anak Rantau Kedah yang mendakwa mewakili 50,000 penyokong dan peminat bola sepak Kedah, berikutan prestasi buruk yang ditunjukkan pasukan negeri hingga terpaksa turun ke Liga Perdana dalam saingan tahun depan.

Jurucakap gabungan kelab penyokong Kedah itu, Mohd Sazali Mohd Sobri berkata selama empat tahun di bawah pengurusan Azizan, yang juga Menteri Besar Kedah, prestasi pasukan tersebut tidak konsisten sehingga gagal mengekalkan kedudukan dalam Liga Super musim depan.

Beliau berkata rata-rata jawatan tertinggi dalam KFA disandang oleh ahli politik yang menjadikan persatuan sebagai platfom untuk meraih undi pada pilihan raya umum akan datang tanpa memikirkan cara untuk membangunkan bola sepak negeri.

"Kita patut ketepikan isu politik dalam bola sepak. Kita perlu jadikan Kelantan sebagai 'role model' yang kini menjadi antara pasukan yang digeruni pihak lawan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini pada Selasa.- BERNAMA


McTheory:
Pas mana reti buat keja..

Tiada ulasan: