Memaparkan catatan dengan label pas kedah malas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas kedah malas. Papar semua catatan
Selasa, 18 September 2012
PANASS Ustaz Azizan Terjatuh di Konvo KUIN Semalam?
Kat bawah ni ada satu berita yang menyedihkan, mengenai MB Kedah yang semakin uzur. Mc ambil certa ni dari blog MTK.
Berita yang MTK dapat dari KUIN.. Ostad Azizan terjatuh ketika menghadiri majlis konvo KUIN semalam. Agak menyedihkan, beliau yang kelihatan cukup uzur, dinasihatkan supaya duduk dirumah..Tetapi kerana hendak menjaga nama baik kekasih hatinya didalam KUIN, beliau mengagahkan diri untuk hadir dalam majlis tersebut..
MTK difahamkan Ostad Azizan jatuh ketika berada di bilik santapan pada sesi pertama konvokesyen pagi tadi..MTK tak pasti sama ada Azizan dibawa ke ke KMC atau tidak..Selalunya jika apa apa berlaku kepada Azizan, KMC lah tempat yang dituju..
Apa apa pun MTK simpati dengan keadaan kesihatan Ostad Azizan yang semakin hari semakin merosot..Mungkin berita MB jatuh ini akan mengembirakan lagi parasit parasit yang akan menjatuhkan beliau...
Adalah lebih baik jika Azizan berundur dan pergi berehat..Lupakan terus hal hal berkaitan parti..Tak guna pegang jawatan tu lama lama kalau dah sakit teruk..Jangan berlakon depan rakyat Kedah nak tunjukkan diri tu sihat.. Kalau tak percaya dekat parasit parasit yang selalu mengacau, bubar saja Dun, boleh mengundi awal sikit.
McTheory:
Kalau bubar awal, boleh la kami menang awal sikit..!!
Isnin, 17 September 2012
PANASS!! Pas Kedah Takdak Calon Rakyat Tempatan??
Patut la sampai nak kena import Mat Sabu mai bertanding sini.. Dun pula dengar kata, ramai orang luar dah masuk booking. Awat Pas Kedah dah takdak orang boleh pakai ka?
Rabu, 8 Ogos 2012
PANASS!! Azizan dan Sekutunya Patut Letak Jawatan KFA!! #TukarKedah
Empat kelab penyokong bola sepak Kedah pada Selasa mendesak semua pihak dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) termasuk Presidennya Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan dengan segera berikutan prestasi hambar pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Gesaan tersebut dibuat oleh Kenari Fans Skuad, Ultras Kedah, Kelab Peminat Bola Sepak Kedah dan Persatuan Setia Anak Rantau Kedah yang mendakwa mewakili 50,000 penyokong dan peminat bola sepak Kedah, berikutan prestasi buruk yang ditunjukkan pasukan negeri hingga terpaksa turun ke Liga Perdana dalam saingan tahun depan.
Jurucakap gabungan kelab penyokong Kedah itu, Mohd Sazali Mohd Sobri berkata selama empat tahun di bawah pengurusan Azizan, yang juga Menteri Besar Kedah, prestasi pasukan tersebut tidak konsisten sehingga gagal mengekalkan kedudukan dalam Liga Super musim depan.
Beliau berkata rata-rata jawatan tertinggi dalam KFA disandang oleh ahli politik yang menjadikan persatuan sebagai platfom untuk meraih undi pada pilihan raya umum akan datang tanpa memikirkan cara untuk membangunkan bola sepak negeri.
"Kita patut ketepikan isu politik dalam bola sepak. Kita perlu jadikan Kelantan sebagai 'role model' yang kini menjadi antara pasukan yang digeruni pihak lawan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini pada Selasa.- BERNAMA
McTheory:
Pas mana reti buat keja..
Langgan:
Catatan (Atom)

