ALOR SETAR – Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) membenarkan khatib membaca khutbah Jumaat berunsur politik selagi ia tidak lari dari landasan ajaran Islam.
Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya berkata, khatib dibenarkan berbuat demikian selagi ia tidak tersasar dari agama Islam.
“Kalau politik itu untuk kebaikan dan mempunyai unsur-unsur keagamaan tidak mengapa. Tetapi sekiranya ia bertujuan untuk mengata seseorang memang tidak dibenarkan kerana boleh menimbulkan kekacauan,” kata kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang khatib yang membaca khutbah Jumaat berunsur politik baru-baru ini.
“Difahamkan, khatib yang berbuat demikian adalah bukan daripada imam yang mendapat pentauliahan daripada Jaik. Sebaliknya dia hanyalah seorang imam atau khatib jemputan.
“Bagaimanapun, Jaik masih belum menerima laporan penuh berhubung perkara itu,” katanya.
Noh berkata, sekiranya imam yang dilantik Jaik membuat kesalahan atau membaca teks khutbah berunsur politik melampau, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib. Bagaimanapun, masih belum ada rekod kesalahan itu di negeri ini.
Berhubung insiden yang berlaku, Jaik akan menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil kepada khatib tersebut kerana masih belum mendapat laporan penuh.
“Lagi pun, belum ada mana-mana anak kariah yang datang berjumpa saya untuk melaporkan kejadian yang berlaku dalam masjid berkenaan,” jelasnya. Menurutnya, kes yang sering berlaku ini adalah kes yang terpinggir berikutan kelewatan buku khutbah dihantar.
“Walaupun begitu, khatib dibolehkan membaca teks khutbah yang lama sementara menunggu buku yang baru diterima kerana isi kandungan teks adalah lebih kurang sama.
“Lagi pun, sekarang ini adalah musim haji. Khatib boleh baca teks yang lama dahulu,” katanya.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan, salah seorang jemaah kesal dengan tindakan khatib jemputan yang mengaitkan isu politik sewaktu menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, baru-baru ini.
Menurut laporan itu, bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, beliau khuatir disebabkan tindakan berkenaan akan menimbulkan pecah belah di kalangan jemaah masjid.
“Ada juga kalangan jemaah masjid yang hadir mengeluh, menggelengkan kepala kerana tidak menyangka khatib akan berceramah mengenai isu politik termasuk kejadian baling kasut di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, di sini, " katanya. - Sinar
Tak melebih-lebih lagi ke kalau Khatib tu mengunakan nama Rasulullah SAW sebagai sokongan politik kepada Ketua Pembangkang!
Patut la Masjid kat Kedah ni di godam teruk oleh Pas. Rupanya Jabatan Agama Islam negeri sendiri pun lemah. Seolah-olah memberikan lesen khas dalam diam untuk berkhutbah politik.
Apa la nasib rakyat Kedah dapat Jabatan Agama Islam Negeri macam ni?
2 ulasan:
Ish2 kalau penguasa agama pun tk reti bahasa macam mana rakyat nk jd beriman. Kita tknk biarkan masjid pecah belah kerana alasan cakap poltiik itu akan jd bias pd PARTI!
Zaman Nabi mana ada parti2.. semua bersekutu di bawah kasih sayang dan keadilan Rasulullah. Zaman skrg fitnah dan biah nya lain. Takkan lah bodoh sgt puak2 mengaji Azhar dlm MAIK. Harap serban je besar tp BODOH dan biarkan agama di pemainkan untuk tujuan dunia.
Kalau ikhlas nk tegakkan Islam MAIK dr dulu lagi boleh buat mcm2 progarm untuk masyarakat.ini kerja perhabih duit kehulu ke hilir melancong bawa ank bini.. MUNAFIQ besar dlm agama di mana2.!
Syok lah puak PAS sbb mereka mmg geram lama dh dgn mimbar dan mihrab masjid utk jd gelanggang markaz PAS. Sbb org UMNO xde pakar jd penceramah. xpandai main ayat lidah utk belit org.
Apapun kita doakan semoga Allah pelihara masjid2 dan kemuliannya. Doa semoga PAS tumbang di Kedah., kembalikan kerajaan BN UMNO yg sederhana dan berhemah. Islam itu sederhana bukan mememik2 dlm masjid memaki hamun manusia.
Arab Badwi yg kencing dlm Masjid Nabi pun Nabi tk maki.. ini pula org2 UMNO kena maki. Siapa PAS disisi Tuhan nk lebih2 dlm bab yg tidak disuruh??
PAS LAKNATULLAH!
Catat Ulasan