Jumaat, 28 September 2012

PANASS!! Krisis Air Selangor! Khalid Gagap Nak Apa Sebenarnya Daripada Kerajaan Pusat?


 Selangor sebuah negeri maju yang mempunyai pelbagai masalah bila Pakatan Haram mula memerintah. Kalau dulu masalah kutipan sampah sampaikan sampah merata-rata, kini masalah air lah pulak. Air sebagaimana yang kita sedia maklum adalah keperluan asas dalam kehidupan manusia.

Terbaru Khalid 'Gagap' Ibrahim mengeluarkan 'perintah' kepada Kerajaan Pusat supaya menyokongnya membeli syarikat konsesi yang menguruskan air di Selangor.

Kenapa Mc kata 'perintah'? Kalau permohonan atau rayuan dah tentu dia tak bising kalau ditolak kerana peluangnya 50-50, ini tidak, bila kemahuannya tidak dipenuhi, mulalah merapu meraban mengatakan kerajaan pusat tidak membantu kerajaan Selangor.

Mc difahamkan Kerajaan Negeri Selangor sudah dua kali memasukkan tawarannya untuk menguasai kepentingan dalam syarikat-syarikat tersebut, malangnya dua kali juga ditolak oleh syarikat-syarikat konsesi terbabit.

Bila masuk kali ketiga selepas dua kali ditolak, maka Khalid 'Gagap' Ibrahim hendak menyuruh pula Kerajaan Pusat masuk campur tangan. Dengan hasrat dapat 'memaksa' dua syarikat konsesi berkenaan bersetuju.

Sebenarnya, Khalid 'Gagap' Ibrahim mahu Kerajaan Pusat 'memaksa' syarikat-syarikat konsesi ini menyatakan persetujuan mereka dengan harga yang telah Khalid tetapkan. Agak tidak waras nampaknya Khalid 'Gagap' Ibrahim ni.

Bagaimana Kerajaan Pusat mahu memaksa syarikat-syarikat konsesi yang berstatus sdn bhd menjual syarikatnya kepada Kerajaan Negeri Selangor? Dua entiti yang berbeza, langsung tiada kena mengena!!

Kerajaan Pusat dah beri “lampu hijau” kepada penstrukturan air holistic yang mahu dilakukan oleh Kerajaan Selangor. Namun Kerajaan Negeri Selangor, perlu uruskan sendiri dengan syarikat konsesi terbabit, Kerajaan Pusat tidak perlu terlibat secara langsung dalam pembelian itu. Ada duit belilah sendiri.

Khalid ‘Gagap’ mungkin terlepas pandang yang kerajaan negeri sudah ada kontrak yang sah dengan syarikat konsesi tersebut. Walaupun “lampu hijau” telah diberi, Khalid hari ni masih jemput TPM nak bincang penyusunan semula isu air.

Khalid 'Gagap' Ibrahim kononnya mahu menyelesaikan perstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor seperti yang dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA).Tetapi sebenarnya Khalid 'Gagap' ada maksud lain disebalik jemputan tersebut.

Khalid 'Gagap' Ibrahim dah terang-terang, nak guna kuasa menteri suruh batalkan perjanjian sah yang sedia ada. Beginikah cara Pakatan mentadbir negeri? Kontrak dengan Jana Niaga untuk asrama pelajar Unisel pun boleh diketepikan begitu saja, ni dia pulak mintak kerajaan pusat ikut sama, menolak kontrak yang sedia ada?

Rasanya rakyat Selangor mana yang ada kontrak dengan Kerajaan Selangor patut lebih berhati-hati, bila-bila masa jer kontrak boleh diketepikan. Tambah lagi manifesto PRU12 bukan satu perjanjian.. Apa sebenarnya definasi kontrak tu wahai Khalid 'Gagap' bukankah ia satu perjanjian yang sah?


McTheory:
Bahaya sungguh bila yang pandai tiba jadi buta undang-undang ni..

Tiada ulasan: