User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Sabtu, 1 September 2012

PANASS!! Mat Sabu Pejuang Syiah Dalam Pas!!



Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Nasharuddin Mat Isa mendapat banyak sokongan dari serata pelusuk negeri antaranya Johor, Selangor dan Terengganu. Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Tantawi Nik Salleh juga bersetuju yang beliau masih relevan kepada perjuangan PAS serta banyak berjasa kepada parti. Rata-ratanya mengakui kewibawaan Nasharudin dan menganggap beliau sebagai pemimpin masa depan.

Nasharudin adalah antara ‘sisa-sisa’ pemimpin pro-Ulama yang masih ‘hidup’ di dalam PAS. Yang lainnya, kalau pun masih ada, telah pun diresapi parasit ataupun telah selamat ditendang keluar.

Kini, Nashrudin telah menjadi ‘hero’ baru apabila beliau dengan konsistennya membelasah Karpal Singh dalam memperkatakan permasalahan hudud antara PAS dan DAP.

‘Kebangkitan’ Nasharudin ini pastinya menggetarkan Mat Sabu yang berjaya mengambil tempatnya sebagai Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan yang lalu, dipercayai dengan bantuan dan sokongan DAP. Mat Sabu dan Nasharudin walaupun bersama di dalam satu parti tetapi kedua-duanya membawa aspirasi dan hala tuju yang berbeza. Mat Sabu mewakili golongan parasit manakala Nashrudin dari golongan ulama.

Dengan kelantangan Nashrudin serta sokongan yang diterima beliau dalam isu hudud, pastinya meletakkan kedudukan Mat Sabu dalam keadaan sedikit goyah. Mat Sabu pastinya enggan berkonfrontasi dengan DAP dan tindakan Nashrudin benar-benar menyusahkan hatinya.

Jika Nashrudin mendapat sokongan dari seluruh pelusuk negeri, sokongan terhadap Mat Sabu pula sangatlah terhad di negeri-negeri di mana bertapaknya Syiah dengan agak meluas antaranya ialah Kedah dan Pulau Pinang.

Seperti yang ramai telah maklum, Mat Sabu adalah pendokong dan pelopor Syiah di dalam PAS. Mat Sabu adalah seorang Syiah dari aliran Syiah Imamiah. Hadi Awang, walaupun bukan Syiah, tetapi adalah seorang yang simpati kepada Syiah, dan pernah mengeluarkan fatwa bahawa ada Syiah yang boleh di terima.

Mungkin ada yang masih kabur mengenai Syiah dan menganggap perbezaan pendapat antara Syiah dan Sunnah tidak sepatutnya menghalang penyatuan Umat Islam. Jika, ada, kita sarankan agar mereka memikirkan semula pendapat mereka.

Syiah adalah golongan yang menganggap Abu Bakar, Omar dan Osman, sahabat nabi sebagai kafir. Saidina Habsyah dan Habsah, isteri nabi di samakan dengan taraf pelacur. Di zaman ini, Syiah jugalah yang memberi laluan untuk tentera Amerika Syarikat masuk ke Iraq dan mereka jugalah yang melakukan kekacauan dan pembunuhan ke atas orang awam dari golongan sunnah. Sebenarnya, Syiah telah beberapa kali bekerjasama dengan kaum kafir memerangi orang Islam seperti Ibn al-Alqami yang membantu Mongol membunuh Khalifah Abbasiah.

Pada Februari 2009, puak Syiah bertindak mencemarkan perkuburan Baqi’ dan Masjid Nabawi dengan berdemo dan mencela Saidina Umar bin al-Khattab. Peristiwa ini dilaporkan media secara meluas dan mengundang kemarahan Umat Islam di seluruh dunia.

Antara kesesatan Syiah yang lain ialah, melebihkan ulama mereka tetapi membenci Sahabat Nabi s.a.w, merendah-rendahkan Sunnah yang sahih seperti Sahih al-Bukhari dan Muslim serta menghalalkan zina atas nama mutaah.

Jika ada yang masih ingat, ketika siri demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika dan Wisma Denmark suatu ketika dahulu, ada di antara peserta yang membawa sepanduk poster Imam Khomeini. Mereka ini adalah tajaan Mat Sabu dan beberapa orang daripada mereka adalah pemuda PAS Kuala Kedah. Mat Sabu juga tidak mungkin dapat menafikan yang beliau sering berkunjung ke Lubnan dan Tehran sejak dari dahulu lagi.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan seperti berikut mengenai Syiah:

Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut pada 5 mei 1996 :

“Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.

b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

d) Memperakukan pindaan kepada semua Undang-Undang Negeri yang Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-Undang Islam” seperti berikut: “Hukum Syarak atau “Undang-Undang Islam” ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.”

e) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dilarang.

f) Menetapkan bahawa semua umat Islam di Negara ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah sahaja.

g) Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem. Video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah diharamkan 5 mei 1996.

Dengan maklumat ini, mungkinkah masih ada ahli-ahli PAS yang akan terus menyokong Mat Sabu dan menolak Nashrudin?

0 Komen Pembaca:

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review