Terbaca kami di Harakahdaily sini.
Ya Allah, sejak bila ada kuota untuk negeri-negeri ini? Mana pulak anugerah haji kepada 400 imam dan pengerusi JKKK menyebabkan kuota haji Srawak diturunkan dari 800 ke 633.
Ini tidak lain dan tidak bukan hanya PAS mencari ruang untuk mereka-reka isu dari pemberiaan hadiah haji kepada imam-imam dan pengerusi JKKK.
Sebenarnya tiada langsung amalan yang dinamakan kuota haji kepada mana-mana negeri.
Kedua, giliran haji hanya berasaskan 'first come first serve' (siapa cepat dia dulu). Tabung Haji ada sistem dan peralatan berperisian untuk menentukan queue (aturan) seseorang itu akan ke haji.
Kuota yang ada hanya kuota Arab Saudi beri kepada sesebuah negara. Setahun ada kuota 28,000. Dari 28,000, ada sebahagian kecil diberi kepada petugas, sukarelawan, media, dan lain-lain peruntukan tertentu termasuk anugerah pada Imam dan JKKK.
Kalau rezeki kita baik, adalah kuota tambahan dari Arab Saudi. Tetapi ini tidak pernah diketahui oleh sesiapa kerana Arab Saudi tidak mahu ianya diketahui dan orang Tabung Haji pun tak akan cerita.
Entah macam mana Majlis Islam Sarawak boleh membuat andaian sedemikian. Namun ketidak fahaman MIS tidak menajdi isu kerana mereka tidak tahu.
Yang PAS sibuk-sibuk nak gembar gemburkan isu ini yang salah dan kami pasti rang Harakah bukan tak faham isu ini.
Ini saja nak cari kesalahan dengan harapan akan timbul rasa benci terhadap kerajaan persekutuan oleh rakyat Islam Sarawak yang biasanya kuat menyokong ketika pilihanraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan