Khamis, 11 Oktober 2012

GEMPAR!! Isu Air Selangor! Khalid Gagap Ni Tak Reti Bahasa Ke Apa? #AirSelangor


Menteri Besar Selangor Khalid Gagap rasanya menghadapi masalah mental atau masalah jiwa, apabila beliau tidak faham, atau sengaja buat-buat tak faham mengenai masalah penstrukturan air yang beliau sendiri cadangkan. Masalah yang beliau sendiri buat, dan cuba campakkan kepada orang lain.

Beliau mahu melakukan penstrukturan air di Selangor. Tiada halangan dari kerajaan Pusat, malah TPM Muhyiddin Yasin dan Menteri KeTTHA Peter Chin pun tak kisah kerajaan Selangor ambil alih syarikat konsesi air di Selangor, cuma mahu MB Selangor itu perlu membeli syarikat konsesi berkenaan dengan upayanya sendiri, bukan campur tangan pusat.

Kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan, kerana kalau campur tangan, kesannya sudah tentu tidak baik untuk urusan perjanjian kontrak dan pelaburan semasa pada masa akan datang. Jika begini kaedahnya, pelabur asing bimbang trend campur tangan ini akan terus wujud, dan tidak berani untuk menjalankan bisnes di negara ini.

Yelah, serba-serbi boleh berubah dan ditukar mengikut suka hati Menteri Besar dan kerajaan Pusat. Apa gunanya perjanjian kontrak jika semuanya boleh ditukar? Dah serupa negara tiada undang-undang la pulak ya.

Sebab itu Mc kata, Khalid Gagap ni mengalami masalah mental, seorang yang pernah menjadi tokoh korporat besar dengan memimpin Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan Guthrie tak mungkin sudah lupa proses penggabungan dan pengambilalihan syarikat? Hilang ingatan ke? Atau dah kena sampuk hantu air!

Sebenarnya Mc sendiri tak faham atas sebab apa Khalid Gagap nak sangat beli syarikat konsesi air Selangor tu. Masalah air di Selangor bukannya disebabkan syarikat konsesi, masalah air di Selangor disebabkan tiada penambahan kepada infrastruktur air. Negeri yang maju ini memerlukan sumber air mentah dan loji rawatan air tambahan untuk menampung pertumbuhan populasi dan ekonominya.

Bermakna, apa yang ada sekarang tak cukup untuk tampung kegunaan rakyat Selangor kelak. Jadi apa perlu beliau sibuk sangat untuk membeli syarikat konsesi? Saja nak alihkan isu asal ke?

Soal penstrukturan, memanglah Parlimen dah luluskan undang-undang penyusunan semula industri air. Untuk laksanakannya, ikut lah proses, jangan nak main redah jer.. Lagipun Pusat dah bagi “restu” buatlah.

Patutnya Khalid Gagap tumpukan perhatian pada projek Langat 2. Bincang dengan Adnan Yaakub MB Pahang mengenai perjanjian air diantara Selangor dan Pahang, supaya simpanan air cukup untuk rakyat Selangor. Bukannya dengan sibuk nak beli syarikat konsesi.

Andaikata beliau dah beli syarikat terbabit pun, apakah masalah air Selangor akan selesai? Boleh bertambahkah kuantiti air di empangan jika Khalid beli syarikat konsesi berkenaan. Mungkin beliau rasa, ada sudut yang boleh beliau jaga dan jimatkan, tapi apakah ia mampu menyelesaikan masalah air di Selangor?

Kalau nak beli sangat, belilah sendiri, ini tidak, nak beli dengan harga yang beliau tetapkan, malah terma dan syarat pun nak ikut suka hati MB Selangor, mana ada orang nak ikut. Apakah beliau tidak tahu, Penstrukturan air adalah satu aktiviti jual beli yang melibatkan Kerajaan negeri dan pemegang-pemegang konsesi atas dasar “willing buyer willing seller”.

Jadi berundinglah dengan syarikat konsesi untuk mendapatkan persetujuan mereka kalau rasa pembelian syarikat konsesi air tu berbaloi dan perlu. Namun dari sudut pandangan Mc, usaha untuk penstrukturan air dan membeli syarikat konsesi ni hanyalah satu lagi drama politik Pakatan untuk mengalih usaha kerajaan pusat untuk selamatkan Selangor dari masalah air.

Puak Pakatan ni mana tahu apa pun, apa yang mereka tahu hanyalah berpolitik atas politik. Hinggakan masalah serius macam ni pun, masih lagi nak bersilat politik. Atau mungkin Khalid Gagap dah nampak beliau dan kerajaan Pakatan Selangor ni dah tak lama, sebab tu beliau hanya mencari alasan untuk tangguhkan projek Langat 2 tu. Khalid nak suruh kerajaan BN Selangor yang laksanakan kot.. mungkin itu yang beliau fikirkan. Agaknyalah ye..

Tiada ulasan: