Khamis, 11 Oktober 2012

PANASS!! Kamera AES JPJ Akan Jadi Punca Rakyat Bencikan Kerajaan Malaysia!!


Mc tak tahu nak mulakan cerita ni dari sudut mana. Nak rasa bangga atau rasa sedih dengan pencapaian JPJ yang berjaya dengan kamera barunya AES (kamera Automated Enforcement System). Canggih memang canggih, hebat memang hebat, hinggakan dalam masa dua hari 2900 saman dapat JPJ keluarkan. wow!!

Tapi apa untungnya kamera AES kepada rakyat Malaysia? Benarkah dengan menyediakan kamera saman had laju sebegitu, rakyat Malaysia akan memandu dengan lebih berhati-hati? Dengan adanya kamera canggih sebegini, peratusan kemalangan di negara kita akan kurang?

Mc percaya, pemandu di Malaysia ni tidak berminat untuk mengetahui apa kelebihan AES. Bagaimana ia berfungsi untuk menghantar gambar, bagaimana ia digunakan untuk saman pemandu yang langgar had laju dan bla bla bla bla.. Semuanya hanya menyakitkan hati.

Mc tak memandang perkara ini dari sudut mata kerajaan, tetapi Mc memandang perlaksanaan kamera AES ini sebagai salah satu perkara yang membebankan rakyat. Kalau dalam masa dua hari, kamera AES sudah menyakitkan hati 2900 orang rakyat Malaysia, dalam masa seminggu rasanya berapa puluh ribu orang yang akan menyumpah saranah, kamera baru AES JPJ yang canggih ni?

Cuba fikir pula dalam masa sebulan? Dua Bulan? Setahun? Berapa juta orang yang akan memaki JPJ dan kerajaan Persekutuan kerana membenarkan perlaksanaan kamera ini.

Apa yang Mc nampak, kesan kamera AES untuk mengurangkan kemalangan, belum lagi kelihatan, tetapi kesan kamera AES ni mengurangkan sokongan rakyat Malaysia kepada kerajaan Pusat, rasanya lebih jelas dari sepatutnya.

Entah siapa punya idea bodoh, diwaktu Datuk Seri Najib bertungkus lumus mengambil hati rakyat Malaysia dan menyakinkan bahawa kerajaan Malaysia sekarang berjiwa rakyat. Tiba-tiba muncul satu idea bodoh dari celah mana tah, yang boleh melingkupkan segala usaha Datuk Seri Najib.

Bukan idea Kamera AES ni tak bagus, tapi tak kena masa. Wrong time broo..

Mc minta, dengan segala kebijaksanaan Pengarah JPJ dan Menteri yang berkaitan, tolong fikirkan tentang kamera AES ini betul-betul. Jangan hanya pandang perkara ini dari sebelah sudut sahaja, kita perlu pertimbangkan perkara ni dalam segala sudut yang berkaitan. Jika perlu ditangguh perlaksanaannya, tangguhkan dulu. Tolong cari masa yang sesuai. Letih la bro nak menjawab

Pembangkang dah pandang perkara ini sebagai 'point' besar mereka untuk kempen PRU ke 13. Jika isu ini dimainkan, jenuh berbuih mulut kita nak jawab nanti.

Mc tahu Datuk Solah, tengah bangga dengan kamera barunya ni, tetapi Datuk Solah perlu fikirkan orang lain juga. Apa kesan kamera barunya ni pada kerajaan, pada rakyat Malaysia yang lain, pada orang sekeliling. Apakah tujuan sebenarnya dicapai, atau kamera AES ni hanya untuk menambah pendapatan JPJ sahaja?

 Apa pun tujuannya, bagi Mc sebagai rakyat Malaysia, ia amat tidak relevan pada masa sekarang. Perlu difikirkan habis-habis, sebelum kita rugi kerana kesilapan kita sendiri.


McTheory:
Sapa punya idea gamaknya tu.. tak cerdik langsung!

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong AES nie.. Mungkin sekarang tak nampak faedahnya tapi saya yakin kemudian hari hasilnya akan kelihatan nanti.. Tak nak kena saman, jangan bawa laju.. Bawa laju, bersedia untuk dapat saman.. hehe..

amir berkata...

AES ni ok je..bukan idea bodoh pun sebaliknya yang langgar undang-undang la bodoh. Ini adalah untuk kebaikan rakyat. Lebih baik kena sama dari terlibat dalam kemalangan. Bayar sama RM 300 , kalau kemalangan ..? Kalau taknak kena saman bawak la ikut peraturan ...setuju dgn tanpanama

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih kepada Kerajaan yang memahami kesusahan rakyat.Kalau sebelum nie,kami tak tau nak salurkan kat mana duit BR1M...Sekarang nie,kami tak perlu beratur lagi.AES sedia membantu.

Terima Kasih PM ...Janji Di Tepati.
Kami akan tepati janji kami pulak dalam Pilihan Raya kan datang

Tanpa Nama berkata...

2 hari 2900 kena saman.... Berapa pula kenderaan melalui jalan tersebut... Adakah 3000 buah dan yg disaman 2900. Adakah 96% kenderaan disaman.. Adakah 96% rakyat malaysia jenis tak ikug peraturan... Jika dinegara jiran. .peraturan jalan raya rakyatnya takut nak langgar tapi di Malaysia ianya tak apa... Kerana apa.... Ramai yg membela mrk yg melanggar peraturan jalan raya... Tapi bila berlaku kemalangan... Siapa yg disalahkan... Kesimpulan.. Jika taknak kena saman... Sila ikut prraturan jalan raya..... Kpd JPJ n POLIS mohon bagi statistik pamandu berhemah yg tidak disaman semasa melalui jalan raya tersebut. Harus bagi mereka bermegah dgn jumlah kenderaan yg tidak disaman kerana tidak melanggar peraturan drp angka ribu..ribu yang hanya % kecil drp yg suka langgR peraturan.. Dengan hujah ini... Kita akan dapat nilaikan... Siapa yg betul.... Siapa yang yang teraniaya bila berlaku kemalangan jalan raya disebabkan pemandu yg tak ikut peraturan... Kepada media2... Mohon buat kajian berkenaan statistik negara jiran atau negara luar yg menangi masalah ini... SEMOGA SEMUA WARGA DAPAT DIDIDIK DAN MENJADI PEMANDU BERHEMAH....

Tanpa Nama berkata...

laaa....itupun nak mengeluh? Berani langgar undang2 jalanraya, berani la byr saman. Awat? nak pikiaq lepaih saja ka? Tak terfikirkah anda (org2 yg mengkritik) bahawa AES adalah salah satu cara utk selamatkan nyawa, mendisiplinkan rakyat dan yg penting yg pandu laju itu, takkan menyusahkan org lain yg patuhi undang2. Jgn pentingkan diri.

umno totok 98 berkata...

kita ikut UK la bekas penjajah kita, sistem perundangan pon byk kita tiru dari Britain, di sana tanda amaran bersepah sbg amaran kpd pemandu, jgn dok kira nak menghukum rakyat yg sedia terhimpit, nak memerintah kena menang PRU tuan...... kalau nak kalah buat la benda2 tak popular ni, inilah luahan dan keluhan majoriti rakyat tak kira ideologi politik. Lagipon lokasi AES tu telah dikenalpasti sebagai KAWASAN HITAM oleh mereka yg dikatakan AHLI dalam bidang mereka, jadi logiknya lain2 kaw PUTIH boleh la pecut.... pembesar2 kat negara ni pon ikut ke had laju yg ditetapkan dan ada tak statistik mereka2 yg besar2 tu serta anggota trafik dan JPJ yg bayar saman trafik sepertimana RAKYAT biasa dok bayar tu???? to be fair, kabinet hendaklah menetapkan tetapan hadlaju semua kenderaan di negara ni ditetapkan had maksima kelajuannya pada 110km/j sejak dari kilang lagi(SEMUA), tak perlu beli AES camera banyak sangat, cukup sekadar ditempatkan di kawasan had laju di bawah 110km/j je. priority setting penting utk kebaikan rakyat....

Tanpa Nama berkata...

biasela tu...nk cover balik duit bajet 2013....

Tanpa Nama berkata...

Stju dngan aes tpi undang2 perlu digunapakai oleh smua lapisan masyarakat tnpa kira pangkat,darjat&kedudukan..jngan hanya rakyat malaysia yg kais pagi mkan pagi,kais ptang mkan malam je dok beratur pnjang bayar saman...

Tanpa Nama berkata...

errr kalian tahu ke yang meluluskan beria2 nak AES ni dilaksanakan adalah Chan Kong Choy..orang yang terlibat dalam kes PKFZ bernilai billion..perjanjian AES dgn Govt adalah pada tahun 2005..pada zaman PakLah..jadi bila time najib..dia nak tak nak kena terima tahi yang ditinggalkan pentadbiran paklah yang banyak korupsi takde coverline tu..chan kong choy sampai saat ini mati2 tak nak tangguh or naikkan speedlimit kat malaysia..dan dua kampeni yang dapat projek ni adalah tanpa tender..direct nego..ini berlaku korupsi kat sini..kerana rm16 akan dapat kat kampeni yang manage AES..bulan 1st operasi 64k saman..bayangkan klau ko jadi menteri pengangkutan ko nak rm2 dari setiap saman dan ko akan pastikan AES ni terpasang dgn banyak gila babi kat malaysia …dan ko tidak akan sesekali izinkan had laju dinaikkan..dan pemasangan AES akan dilakukan kat lokasi2 speedlimit rendah..contoh highway 3lane SKVE had laju 70km/j..3lane!!!

Tanpa Nama berkata...

Memang kesian kepada sesiapa yang kampung nye jauh.. elok2 balik kampung 8 jam, terus jadi 24Jam.. memang penat la driver, alamatnya banyak la berlaku accident..kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

sape yg kate kurg had laju bole kemalangan tu memang xpernah bwk kete.. nk gelak aku.. korg bg statistik kemalangan disebabkan bwk melebihi had laju bole? lagi byk accident kalau lembab.. pikir dlu sblm bckp.. renung2kn slmt beramal

digitek berkata...

kereta aku tak ade auto cruise yang boleh set speed .
akubukan jenis yg pandu kereta tengok speed meter setiap masa..sebab aku tengok jalan kat depan .( aku rasa , itu yang biasa orang yg normal buat )

jalan 3 lorong putrajaya menuju plcc.pukul 930 malam. masa tu tiada kereta lain.tiada orang melintas jalan (tak pernah lagi aku tengok orang melintas jalan kat situ ).
aku berada di lorong paling kiri.dapat aku rasakan yg aku pandu perlahan.santai dengan keluarga.tiba2 SNAP terang benderang macam cahaya kilat atas muka aku.laa..aku dah kena.aku tengok speed meter .80km/h..
nasib..nasib..
nak cerita apa lagi.dah kena tembak.dapat saman.bayar.tak mampu nak bayar..tunggu masuk mahkamah.tak mampu jugak.. blacklist , tak mampu jugak ,muflis .kalu dah blacklist/muflis , nak hidup memang susah...sebab kos hidup tak sesuai dengan pendapatan (bagi kebanyakkan orang kot sperti aku ni )..terpaksa berhutang dengan bank utk guna kereta atau beli rumah atau sambung belajar atau nak kawin dan seangkatan dengannya).. takpun pegi duk dalam hutan..

bukan aku nak merapu .. tapi hanya kerana nasib.aku tak kisah jika aku sengaja bawa laju. jika masa tu aku 140km/j .jika aku sengaja nak langgar undang2..jika masa kereta banyak bersusun-susun aku tekan minyak sampai habis. kelajuan yg boleh membunuh.yang boleh akibatkan kemalangan.
kereta direka makin canggih,brek makin melekat sesuai dengan pembangunan teknologi.. tapi undang2 jalanraya masih di takuk lama.masih kaedah lama..
kaedah MENGHUKUM..bukan mendidik..
semua kerana DUIT ..dan POLITIK.

hanya kerana nasib .. kena bayar saman RM300.sebab ada manusia/ mesin yg tak berhati perut kata kamu salah.cerita macamanapun kamu tetap salah.hanya kerana lebih 10-20km/j.hanya kerana nasib..yang tak disengajakan.yang tak xtreme langsung.tapi dihukum salah.dan didenda RM300.

RM300? mungkin ibarat RM30 bagi yg pakai Merc ,BMW,Jaguar dan seangkatan dengannya.
bayangkan yang cuma pakai kancil.RM300 tu amat besar nilainya. sebulan duit dapur kot.duit sekolah anak2.
tapi hanya kerana nasib. dia dihukum RM300.

bagi aku sistem undang2 jalanraya yang ada sekarang hanya memberatkan MENGHUKUM semata.yang memegang kuasa ibarat DIKTATOR.

salahkah aku ????



Tanpa Nama berkata...

Mmg betul bro, aku baru kena kat sg besi, tiba2 kena flashed lampu biru, gua ingat highway standard 110kmh, tapi rupanya 80kmh, mmg sengaja mengelirukan rakyat, aku x lena tido beberapa hari, bagi majoriti rakyatRm300 mmg besar, tapi tape, tgklah PRU 13, 110peratus ku undi Pakatan

Pun Sama Terkena berkata...

Samalah dengan aku.. tak pasal-pasal kene flash dengan AES ni. Time nak maghrib, nak cari masjid, bawak dalam 86km/j, jalan kosong takde kereta, had limit 70kmj.. surat saman dah sampai.. apa tindakan selanjutnya?