Rabu, 31 Oktober 2012
PANASS!! #AirSelangor Azmin Ali Punca Air Selangor Tak Cukup!
Lawak Mc tengok video Azmin Ali yang menyalahkan Syabas 100% mengenai masalah air di Selangor. Apa dia kata, Syabas tak cekap mengendali air, sebab tu akan wujud masalah air di Selangor. Betul ke? Azmin ada fikir ke apa yang dia cakap tu?
Sedarkah Azmin jika Syabas tak cekap, bermakna, Kerajaan Negeri Selangor juga terlibat dalam 'ketidakcekapan' Syabas tu. Kenapa Mc kata macam tu?
Tahukah anda Kerajaan Negeri Selangor mempunyai pegangan 30% dalam Syabas, melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad 15%, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad 15%, dan mempunyai board seat yang mewakili kepentingan Kerajaan Negeri Selangor, dalam Syabas.
Itu bermakna apa saja keputusan yang Syabas buat, Kerajaan Negeri Selangor juga terlibat. Setiap perkara teknikal atau tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat lembaga pengarah, yang ada wakil Kerajaan Negeri. Jadi jika Syabas kononnya melakukan kesalahan, itu bermakna Kerajaan Negeri Selangor pun turut sama buat salah.
Sama juga, kalau Syabas dikatakan mengambil kesempatan untuk mengaut untung atas rakyat. Setiap keuntungan yang diperolehi oleh Syabas, akan diberikan 30% kepada Kerajaan Negeri Selangor dari keuntungan tersebut.
Selama ini pun, Kerajaan Negeri Selangor tidak pula pernah menolak keuntungan yang diperolehi dari hasil Syabas. Jadi ini bermakna, apa saja tindak tanduk Syabas, ianya diatas restu Kerajaan Negeri, bukannya syok sendiri. Ada faham ka Azmin?
Kerajaan Negeri Selangor, tak kisah la MB Selangor sekarang atau bakal MB Selangor yang akan datang (kalau PR Menang la) Khalid atau Azmin, sering kali mempromosi teknologi membran, walaupun mereka tahu teknologi tu bukanlah bagus sangat pun.
Dalam artikel yang lepas Mc ada menjelaskan sistem teknologi membran ini lebih membazir dari menguntungkan. Dari segi kos dan juga jangka masa panjang.
Memang atas kertas, ia nampak seperti tidak mengeluarkan modal yang banyak, tetapi jika untuk melaksanakannya, kita perlu ada tekanan yang air yang tinggi untuk memaksa air masuk kedalam membran.
Mc merujuk kata-kata Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Prof. Datuk Ir. Keizrul Abdullah,
"Sekiranya ada pihak mahu menggunakan kaedah membran, mereka perlu memastikan wujudnya tekanan air yang amat tinggi supaya bekalan itu boleh dipaksa masuk ke dalam membran. Tekanan ini akan memakan kos yang tinggi dari segi penggunaan pam.
Kos permulaan bagi teknologi membran memang tidak mahal tetapi setiap kali digunakan harus ada tenaga iaitu menggunakan pam bagi menjadikan tekanan lebih tinggi. Pam ini memerlukan tenaga elektrik dan diesel” katanya lagi.
Mc nak tambah, apakah pengunaan tenaga elektrik dan diesel itu percuma? Perlu di ingat, ianya setiap kali pengunaan, kalau sepuluh kali guna sebulan, tentu kosnya melambung tinggi. Ini bermakna, jika kita guna teknologi membran, kita akan bergantung harap pula pada harga pasaran minyak antarabangsa (kerana diesel). Bukankah itu menambah satu lagi beban yang ada kepada kita?
Begitu juga dengan pendapat, Ketua pusat teknologi keseimbangan proses Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Abdul Wahab Mohammad, yang menganggap, kos operasi teknologi merawat air adalah mahal kerana ia memerlukan penyelenggaraan yang kerap.
Beliau menyatakan bahawa teknologi ini hanya untuk merawat dan tidak mampu menambah bekalan air.
“Saya terkejut apabila Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) berkata ia (teknologi) ini boleh menambah bekalan air. Saya rasa tidak begitu.
“Selangor masih memerlukan sumber air mentah daripada sesuatu tempat. Teknologi ini hanya merawat air,” beliau mengulas kenyataan Khalid tentang perancangan Selangor menggunakan teknologi membran untuk memperbaiki empangan Langat 2 bagi mengatasi kemungkinan kekurangan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Tapi saya tak rasa di Malaysia ia akan berjaya. Beberapa tahun lepas terdapat perancangan untuk mendapatkan air daripada bawah tanah di Perak. Tetapi ini isu yang sensitive. Ia mungkin mendatangkan masalah pada struktur tanah pada masa akan datang.”
Jika pakar dan ahli akademik pun tak berani nak menyokong teknologi membran ini, bagaimana Kerajaan Negeri Selangor, senang-senang nak melaksanakan satu sistem yang belum terjamin keberhasilannya? Orang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tu pakai otak ke tak? Atau main bedal saja!
Daripada bersusah payah bergelut memikir sistem dan teknologi lain untuk Air Selangor, Mc rasa adalah lebih baik Kerajaan Negeri Selangor setuju saja dengan Langat 2. Buat apa nak buang duit buat perkara sia-sia, sedangkan Langat 2 terbukti relevan untuk kini dan masa depan.
Apakah Kerajaan Negeri Selangor lebih utamakan ego politik dari nasib rakyat? Kalau begitu, memang benarlah para pentadbir Kerajaan Negeri Selangor, memang takdak otak!
McTheory:
bab ni pun nak politik, memang bangang la!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan