Jumaat, 19 Oktober 2012
PANASS!! #AirSelangor Khalid Dapat Wahyu Dari Anwar Untuk Tentang Langat 2!!
Bersungguh-sungguh Kerajaan Selangor mencari idea sebab dan musabab untuk menangguh atau membatalkan terus projek Loji Langat 2. Mc pun pelik dengan sebuah kerajaan negeri yang bertungkus lumus menolak satu projek yang benar-benar, mendatangkan kebaikan kepada rakyat di negeri tersebut.
Apakah membantah segala yang boleh ini, merupakan salah satu idea si tukang penasihat ekonomi Selangor yang berupah 1 Ringgit tu?
Mungkin katanya "Jika kita benarkan mereka teruskan Projek Langat 2, bermakna kita kalah pada BN"
Atas sebab itu, Khalid Gagap bersilat bagai nak rak untuk menepis segala cadangan dan cubaan kerajaan Pusat untuk membantu rakyat Selangor bagi membina Loji air Langat 2.
Terbaru, Khalid Gagap, entah baru baca dari mana, atau baru bangun tidur, dapat wahyu Anwar dari dalam mimpi kot, memberi cadangan untuk mengunakan kaedah alternatif daripada sebuah syarikat Kanada dengan menggunakan teknologi membran bagi menambah kapasiti pengeluaran air daripada loji sedia ada.
Tak faham lagi? Kejap, sambung baca dibawah pulak.
Khalid Gagap, menjelaskan bahawa teknologi syarikat Kanada terlibat rawat diletakkan bersebelahan setiap loji bagi merawat air tambahan secara berasingan untuk menghasilkan tambahan satu billion liter air setiap hari, bukannya melakukan semua kerja-kerja dari satu loji utama, seperti Langat 2.
“Tetapi anda mempunyai beberapa loji rawatan supaya anda menambah 50 juta liter sehari dan lagi 3 juta dari tempat lain, 100 juta dan semua itu anda tambahkan, anda akan mendapat 1 bilion liter sehari.
“Jadi, kesimpulannya ialah, kita boleh mempunyai sumber air yang lebih murah pada harga yang sangat-sangat rendah,” kata Khalid Gagap lagi. Ohh.. bagus cadangan Khalid Gagap tu.
Ok kita lihat satu per satu. Teknologi membran yang diletakkan bersebelahan setiap loji untuk menambahkan pengeluaran air terawat, sumber air mentahnya adalah dari sungai yang sama. Kalau air sungai kering, air di empangan akan dilepaskan. Kalau empangan pun parasnya menyusut akibat kemarau berpanjangan seperti sekarang, mana Khalid nak korek air untuk dirawat oleh loji dan di ‘membran’ kan?
Selepas dirawat dan di ‘membran’ kan, adakah rangkaian paip-paip air yang sedia ada bagi bekalan air kepada pengguna boleh menampung peningkatan air terawat ini for distribution? Perlu diingat Kerajaan Selangor tidak membenarkan Syabas meneruskan capexnya yang termasuk penambahbaikan paip-paip lama. Penambahan kapasiti ini sudah tentu meningkatkan pressure dan paip-paip lama ini boleh pecah.
Yang tak cukup bekalan air adalah disebelah selatan Selangor, takkanlah membrane teknologi pun nak diletakkan di loji-loji yang terletak di utara Selangor. Air terawat berlebihan tu nak diangkut guna lori ke selatan pulak... ataupun nak kena bina paip sambung ke selatan.
Dulu selepas loji Sg Labu, yang pembinaannya dibiayai oleh kerajaan pusat, siap dibina, Khalid enggan memberikan kebenaran untuk mengeluarkan air dari sungai untuk dirawat walaupun penduduk Sepang memerlukan bekalan air. Kebenaran hanya diberi selepas kerajaan pusat bersetuju memberikan hak operasi and pengendalian kepada anak syarikat kerajaan Selangor.
Ini menunjukkan, demi rakyat Selangor, Kerajaan Pusat sanggup membiarkan Kerajaan Negeri mengambil nama daripada usahanya, Kerajaan negeri pula sebenarnya sanggup mempertaruhkan kesejahteraan rakyat demi kepentingan politik sempit mereka.
Kini bila bekalan air tidak dapat menampung permintaan yang meningkat, kerajaan pusat telah sarankan 8 projek mitigasi yang menelan belanja RM600 juta.
Projek mitigasi ini bersifat jangka pendek, hanya cukup untuk bekalan air sehingga 2015. Kalau ikut perancangan asal, Langat 2 sepatutnya siap pertengahan tahun 2014. Tak pasal-pasal kerajaan pusat terpaksa belanja RM600 juta untuk projek mitigasi ni.
Kerajaan Selangor sebenarnya mengambil kredit 5 projek tebatan kononnya mereka yang melaksanakan. Tetapi sebenarnya, pembiayaan projek itu sebanyak RM345 juta adalah daripada Kerajaan Pusat.
Walaupun dengan tender terbuka, Khalid mengatakan yang Langat 2 menguntungkan kroni. Tapi Khalid kini telah dua kali memperkenalkan membran teknologi sebagai alternatif kepada Langat 2. Adakah ini wahyu dari atas? Siapakah di kalangan puak-puak Khalid yang merupakan pembekalnya?
Sebenarnya, mereka langsung tak kisah tentang Loji Langat 2 tu penting atau tidak, air cukup ke tak, apa nasib rakyat Selangor nanti, mereka tak peduli. Apa yang mereka tahu, janji mereka jangan kalah dengan Kerajaan Pusat. Mungkin itu pesanan keramat Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor.
"Biar rakyat merana tak ada air, janji kita jangan kalah dengan Kerajaan Pusat!"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
masalah air di selangor sebenarnya cukup meruncing..Bukan saja masalah takungan air malah sistem paip yg sudah lama amat2 perlu diganti dan usaha bagi menggantikan paip dan segala kemudahan lainnya dijadikan bahan politik oleh puak PKR di selangor sehinggakan nasib rakyat selangor sendiri diabaikan..Pemimpin puak2 pembangkang mandi dalam bath tab siap dgn buih lagi tapi rakyat kena mandi dgn air yg dah semacam kopi oo..salam perjuangan mohon dilinkkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.
Catat Ulasan