Rabu, 17 Oktober 2012

PANASS!! Pergaduhan Di antara Ketua Cawangan Pas dan Bekas Ketua Cawangan!! #TukarKedah

Lama kita meninggalkan cerita Baling. Tak kisah la cerita Pas atau cerita UMNO. Namun Blogger tersohor Baling si Kamera Kupang, ada cerita terbaru mengenai ahli Pas yang berebut jawatan.

Semasa berlaku pertandingan pemilihan PAS peringkat Cawangan, di Kampung yang teletak di laluan lebuh raya Kulim Grik, Penyandang ketua Cawangan tersebut cuba mempertahan Jawatan, tetapi dicabar oleh Ketua Pemuda PAS cawangan iaitu seorang guru di sekolah Agama. Ketua Pemuda PAS itu adalah orang kuat YB Johari (ADUN Kupang) sering dilihat bersama serta mengiringi YB Johari di Majlis Anjurah PAS, Kupang, manakala ketua cawangan merupakan seorang pesara merupakan orang lama serta penyokong kuat Ustaz Taib Azzamuddin.

Pada pemilihan yang lepas, berlaku pertandingan sengit di antara keduanya. Sehinggalah keputusannya memihak kepada orang kuat YB johari dengan kemenangan hanya 1 undi.

Gambar di kaburkan,Ketua Cawangan PAS
yang baru hanya menang 1 undi jer.

Selepas daripada kejadian itu, perpecahan PAS di Kampung tersebut, menjadi 3 puak, penyokong Ustaz Taib di ketuai oleh bekas ketua Cawangan. Puak cikgu Joe pula diketuai ketua Cawangan yang baru iaitu guru sekolah agama tebabit, dan satu puak lagi atas pagar, kira dok makan untung la, yang mana mai semua depa sapu. Kiranya Pas Baling ni tak pernah bersatu, dari pemilihan tempohari hinggalah sekarang ni.

Kekalahan Bekas Ketua Cawangan tersebut di tangan seorang ketua pemuda PAS, amat sukar di terima dan menjatuhkan reputasi beliau, mungkin selama ini beliau berasa amat selesa dengan jawatan yang di sandang di Cawangan tersebut, menyebabkan selepas kekalahan tersebut, beliau jarang menghadirkan diri serta mendirikan solat di Markaz Pas.

Orang Pas ni pelik sikit, untuk pengetahuan semua pembaca, kat kampung tu.. orang PAS lebih suka solat kat Markaz dari masjid, walaupun jarak Masjid dengan Markaz dalam 200 meter je. Selepas beliau kalah, beliau lebih selesa mendirikan solat berjemaah di Masjid, walaupun di pujuk oleh ahli yang lain untuk hadir ke Markaz.

Mungkin itu kebaikkan yang beliau dapat setelah beliau kalah, dapat bermasyarakat dengan orang kampung balik.

Sambung baca cerita ni kat SINI

Tiada ulasan: