Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pas baling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas baling. Papar semua catatan

Ahad, 19 April 2015

Tokoh Maal Hijrah Gagal Pertahan Jawatan YDP Pas Baling!


Ustaz Abdul Rahman Bin Yahaya
Bekas YDP PAS Kaw. Baling. 

Seorang guru agama di sebuah Sekolah Kebangsaan berjaya menewaskan penyandang YDP PAS kawasan Baling, Ustaz Abdul Rahman Bin Yahaya. YDP Lama hanya memperolehi sebanyak 307 undi manakala Guru agama tersebut Ustaz Hasan Bin Saad (YDP baru) memperolehi undi sebanyak (373) undi. Ustaz Abdul Rahman merupakan penyandang YDP PAS sebelum ini merupakan Pengetua Sekolah Men. Agama Yayasan Khariah Kg Pisang serta Tokoh Maal Hijjarh peringkat Negeri Kedah.

Ustaz Abdul Rahman Bin Yahaya
Bekas YDP PAS Kaw. Baling. 

Ustaz Hasan yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Setiausaha PAS kawasan Baling. Beliau juga merupakan seorang Imam di sebuah Kampung di Mukim Kupang. Pada Pru 13 yang lepas nama beliau juga di sebut-sebut menjadi calon bagi DUN Kupang.

Boleh rujuk disini

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa PAS Kawasan Baling sesi 2015-2017


Ucapan sulung Ustaz Hasan Bin Saad. 


Organisasi Baru Pas Baling


YDP - Ust Hasan Saad


TYDP - Dato' Hj Najmi Hj Ahmad


NYDP - YB Hj. Md Zuki bin Yusof


Ketua Urusan Ulamak -Ust Hamdan Dziauddin Bin Hj. Abd Wahab



AJK:
Abd Nasir Bin Idris


Ust Marzuki Bin Yusof


Ahmad Bin Zakaria


Zelani Nik Chik


Ust Helmi Bin Yaakob


Nawawi Bin Ahmad


Badri Bin Abd Rahman


Ust Zawawi Bin Ibrahim


Md Rafil Bin Hassan


Asmah Majid


Ust Abdullah Isa


Amran Bin Ayob


Zulkifli Bin Jusoh


Ahmad Bin Abd Rahman


Abd Razak Bin Wahab


Zolkifli Bin Abu Osman


P/S : Semoga kepimpinan PAS kali ini lebih padu serta dapat membentuk sebuah perpaduan kearah Islam yang sebenar.

Jumaat, 7 Disember 2012

TUDIAA!! Puluh Ribu Rakyat Baling Turun Sambut MB Kedah!! #TukarKedah


Bukan senang nak tunggu MB Kedah ni turun padang. Baru-baru ni, Azizan Razak ada turun ke Baling untuk buat Zon Jeruk kawasan Baling kot. Mc tak kisah la apa dia nak buat, tapi sambutan terhadap MB Kedah ni amatlah menyedihkan, kalau tak percaya boleh tengok gambar.






Nampak tak? Banyak kerusi dari orang, he he.. kesian sungguh la kat Ustaz Azizan ni.. nama kata MB Kedah, tapi tak popular kat negeri sendiri.

Nak tau cerita sebenar, dan apa cerita disebalik gambar ni, boleh klik SINI

McTheory:
Dengar cerita geng satu lagi tak turun langsung, betul ka? heh..

Rabu, 17 Oktober 2012

PANASS!! Pergaduhan Di antara Ketua Cawangan Pas dan Bekas Ketua Cawangan!! #TukarKedah

Lama kita meninggalkan cerita Baling. Tak kisah la cerita Pas atau cerita UMNO. Namun Blogger tersohor Baling si Kamera Kupang, ada cerita terbaru mengenai ahli Pas yang berebut jawatan.

Semasa berlaku pertandingan pemilihan PAS peringkat Cawangan, di Kampung yang teletak di laluan lebuh raya Kulim Grik, Penyandang ketua Cawangan tersebut cuba mempertahan Jawatan, tetapi dicabar oleh Ketua Pemuda PAS cawangan iaitu seorang guru di sekolah Agama. Ketua Pemuda PAS itu adalah orang kuat YB Johari (ADUN Kupang) sering dilihat bersama serta mengiringi YB Johari di Majlis Anjurah PAS, Kupang, manakala ketua cawangan merupakan seorang pesara merupakan orang lama serta penyokong kuat Ustaz Taib Azzamuddin.

Pada pemilihan yang lepas, berlaku pertandingan sengit di antara keduanya. Sehinggalah keputusannya memihak kepada orang kuat YB johari dengan kemenangan hanya 1 undi.

Gambar di kaburkan,Ketua Cawangan PAS
yang baru hanya menang 1 undi jer.

Selepas daripada kejadian itu, perpecahan PAS di Kampung tersebut, menjadi 3 puak, penyokong Ustaz Taib di ketuai oleh bekas ketua Cawangan. Puak cikgu Joe pula diketuai ketua Cawangan yang baru iaitu guru sekolah agama tebabit, dan satu puak lagi atas pagar, kira dok makan untung la, yang mana mai semua depa sapu. Kiranya Pas Baling ni tak pernah bersatu, dari pemilihan tempohari hinggalah sekarang ni.

Kekalahan Bekas Ketua Cawangan tersebut di tangan seorang ketua pemuda PAS, amat sukar di terima dan menjatuhkan reputasi beliau, mungkin selama ini beliau berasa amat selesa dengan jawatan yang di sandang di Cawangan tersebut, menyebabkan selepas kekalahan tersebut, beliau jarang menghadirkan diri serta mendirikan solat di Markaz Pas.

Orang Pas ni pelik sikit, untuk pengetahuan semua pembaca, kat kampung tu.. orang PAS lebih suka solat kat Markaz dari masjid, walaupun jarak Masjid dengan Markaz dalam 200 meter je. Selepas beliau kalah, beliau lebih selesa mendirikan solat berjemaah di Masjid, walaupun di pujuk oleh ahli yang lain untuk hadir ke Markaz.

Mungkin itu kebaikkan yang beliau dapat setelah beliau kalah, dapat bermasyarakat dengan orang kampung balik.

Sambung baca cerita ni kat SINI

Isnin, 6 Ogos 2012

TUDIAA!! Lepas Kuala Kedah, Pendang Kini Pas Baling Pulak Bergaduh!! #Pasrabut

Dulu kita susah nak dengar orang Pas berebut kawasan atau jawatan. Namun sejak Pas dah jadi kerajaan negeri, dah pernah ada kuasa. Barulah kita lihat, lebai-lebai malang ni bergaduh sesama sendiri untuk rebutkan jawatan. Contohnya di Kedah, dari peringkat negeri, hinggalah membawa ke kawasan, semuanya ada pergaduhan.

Pepecahan diantara kumpulan Azizan Razak (MB Kedah) dan Phahrolrazi (Exco) membuktikan bahawa Pas Kedah sememangnya bermasalah. Namun masalah diantara mereka berdua menular di kawasan-kawasan. Paling teruk terkena di kawasan Parlimen Kuala Kedah. Siapa tak tahu perselisihan diantara Amirudin dan Phahrolrazi? Bagaimana pula dengan Parlimen Pendang, cubaan membawa masuk Mat Sabu ditentang hebat oleh beberapa tokoh Pas Pendang.

Hari ni kita membongkar pula masalah yang dihadapi oleh Pas Baling. Nampak gaya boleh tahan juga hebatnya. Penyokong Pro Taib Azamudin (MP Pendang) kini bergaduh teruk dengan Pro Cikgu Johari (Adun Kupang). Sememangnya untuk membawa bukti pergaduhan tu agak susah, namun beberapa screen shot dari FB membuktikan dakwaan itu.


Di fahamkan Mohd Hilmi Abd Wahab (bakal calon dun Kupang) meupakan tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling dan Mohd Ashri Abd Rahman juga merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah Kerajaan. Bekerja dengan kerajaan, tapi penyokong Pas tegar!


Manakala pemilik FB Rijalluddin Saffwan merupakan penyokong PAS yang pro kepada Taib Azamuddin, (MP Baling Pas) juga merupakan bekas Imam Masjid Negara telah berbalah dengan Hilmi Abd Wahab dan Mohd Ashri Abd Rahman yang merupakan penyokong PAS yang pro YB Johari Abdullah, Adun (PAS) Kupang, Baling.






Di Baling, Taib Azamuddin memang sudah tidak ada harapan untuk menjadi calon. Namun para penyokongnya masih berharap Taib kekal disana. Mc diberitahu Cikgu Joe yang akan ganti tempat Taib.

Bagi memudahkan perjalanan Cikgu Joe merebut kerusi Parlimen Baling, kedua-dua penyokong PAS pro Cikgu Joe telah melancarkan serangan terhadap penyokong PAS pro Taib Azamuddin dan mendedahkan segala keburukan Taib Azamuddin.

Penyokong Cikgu Joe yang melancarkan serangan terhadap Taib Azamuddin merupakan orang yang ada kepentingan di dalam sayap pemuda PAS Baling dan salah seorang dari penyokong Cikgu Joe itu di khabarkan bakal menjadi calon dikawasan dun Cikgu Joe (Dun Kupang, Baling) bagi mengantikan Cikgu Joe yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Baling



Perbalahan yang berlaku bukan setakat di dalam alam maya sahaja. Malahan berlaku juga disetiap program PAS di Baling. Apabila program ceramah yang di lakukan oleh Taib Azamuddin di Baling, ia telah di pulaukan oleh pengikut Cikgu Joe dan begitu juga yang terjadi kepada Cikgu Joe, ia akan dipulaukan oleh pengikut Taib Azamuddin.

Untuk pengetahuan pembaca semua perbalahan di antara penyokong PAS pro Taib Azamuddin dan penyokong PAS pro Cikgu Joe memang sukar di bendungkan lagi. Namun dapatkah UMNO Baling mengunakan peluang ini untuk menghancurkan terus Pas Baling dari dalam?


McTheory:
Sama-sama kita tengok apa Dato' Azeez Rahim buat?

Jumaat, 13 April 2012

TUDIAA!! Hadiah TERBAIKK!! Dari Kerajaan Negeri Kedah #saveKedah



Ha ha ha.. mula-mula Mc nak gelak saja dulu. Isu ni Mc pernah war-war kan dulu. Namun Berita Harian keluarkan lagi sekali. Mc siap keluarkan video bersama Datuk Azeez Rahim untuk komen mengenai Air teh Tarik di Baling ni. Nak baca boleh klik SINI




McTheory:
Teh tarik.. terbaik dari kerajaan negeri!!

Jumaat, 6 April 2012

TUDIAA!! UMNO Baling dan Pas Baling ada pakatan sulit?? #saveKedah



Betulkah akan ada pakatan sulit diantara UMNO Baling dan Pas Baling yang diketuai oleh Tok Azeez dan Ustaz Taib? Mengikut apa yang dimaklumkan oleh blog Kamera Kupang. Itulah yang terjadi di Baling sekarang.

Apakah Pas Baling sudah bosan dengan perpecahan diantara mereka, lalu mereka mahu bekerjasama dengan UMNO? Kita tengok apa akan jadi lepas ni..


McTheory:
Kita tunggu dan lihat saja..