Isnin, 6 Ogos 2012

TUDIAA!! Lepas Kuala Kedah, Pendang Kini Pas Baling Pulak Bergaduh!! #Pasrabut

Dulu kita susah nak dengar orang Pas berebut kawasan atau jawatan. Namun sejak Pas dah jadi kerajaan negeri, dah pernah ada kuasa. Barulah kita lihat, lebai-lebai malang ni bergaduh sesama sendiri untuk rebutkan jawatan. Contohnya di Kedah, dari peringkat negeri, hinggalah membawa ke kawasan, semuanya ada pergaduhan.

Pepecahan diantara kumpulan Azizan Razak (MB Kedah) dan Phahrolrazi (Exco) membuktikan bahawa Pas Kedah sememangnya bermasalah. Namun masalah diantara mereka berdua menular di kawasan-kawasan. Paling teruk terkena di kawasan Parlimen Kuala Kedah. Siapa tak tahu perselisihan diantara Amirudin dan Phahrolrazi? Bagaimana pula dengan Parlimen Pendang, cubaan membawa masuk Mat Sabu ditentang hebat oleh beberapa tokoh Pas Pendang.

Hari ni kita membongkar pula masalah yang dihadapi oleh Pas Baling. Nampak gaya boleh tahan juga hebatnya. Penyokong Pro Taib Azamudin (MP Pendang) kini bergaduh teruk dengan Pro Cikgu Johari (Adun Kupang). Sememangnya untuk membawa bukti pergaduhan tu agak susah, namun beberapa screen shot dari FB membuktikan dakwaan itu.


Di fahamkan Mohd Hilmi Abd Wahab (bakal calon dun Kupang) meupakan tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling dan Mohd Ashri Abd Rahman juga merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah Kerajaan. Bekerja dengan kerajaan, tapi penyokong Pas tegar!


Manakala pemilik FB Rijalluddin Saffwan merupakan penyokong PAS yang pro kepada Taib Azamuddin, (MP Baling Pas) juga merupakan bekas Imam Masjid Negara telah berbalah dengan Hilmi Abd Wahab dan Mohd Ashri Abd Rahman yang merupakan penyokong PAS yang pro YB Johari Abdullah, Adun (PAS) Kupang, Baling.






Di Baling, Taib Azamuddin memang sudah tidak ada harapan untuk menjadi calon. Namun para penyokongnya masih berharap Taib kekal disana. Mc diberitahu Cikgu Joe yang akan ganti tempat Taib.

Bagi memudahkan perjalanan Cikgu Joe merebut kerusi Parlimen Baling, kedua-dua penyokong PAS pro Cikgu Joe telah melancarkan serangan terhadap penyokong PAS pro Taib Azamuddin dan mendedahkan segala keburukan Taib Azamuddin.

Penyokong Cikgu Joe yang melancarkan serangan terhadap Taib Azamuddin merupakan orang yang ada kepentingan di dalam sayap pemuda PAS Baling dan salah seorang dari penyokong Cikgu Joe itu di khabarkan bakal menjadi calon dikawasan dun Cikgu Joe (Dun Kupang, Baling) bagi mengantikan Cikgu Joe yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Baling



Perbalahan yang berlaku bukan setakat di dalam alam maya sahaja. Malahan berlaku juga disetiap program PAS di Baling. Apabila program ceramah yang di lakukan oleh Taib Azamuddin di Baling, ia telah di pulaukan oleh pengikut Cikgu Joe dan begitu juga yang terjadi kepada Cikgu Joe, ia akan dipulaukan oleh pengikut Taib Azamuddin.

Untuk pengetahuan pembaca semua perbalahan di antara penyokong PAS pro Taib Azamuddin dan penyokong PAS pro Cikgu Joe memang sukar di bendungkan lagi. Namun dapatkah UMNO Baling mengunakan peluang ini untuk menghancurkan terus Pas Baling dari dalam?


McTheory:
Sama-sama kita tengok apa Dato' Azeez Rahim buat?

1 ulasan:

Dak Ketegaq berkata...

Moha dok bahong penama la... bengong tak thu arah...