Rabu, 3 Oktober 2012

PANASS!! PKR Pahang Cakap Lain, PKR Selangor Cakap Lain, Mana Satu Betul Ni?


Bagaikan drama swasta berepisod kisah air Selangor. Kali ni Adnan Yaakub Menteri Besar Pahang bersuara keras untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah diantara Selangor dan Pahang, jika projek Langat 2 tidak diteruskan.

Kenyataan ini memberikan tamparan hebat kepada Kerajaan Negeri Selangor yang selama ini berkeras untuk tidak meneruskan Projek Langat 2.

Keengganan Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Khalid 'Gagap' Ibrahim meneruskan Projek Langat 2, akan menyebabkan bencana besar kepada rakyat negeri Selangor. Mungkin Kerajaan Negeri Selangor fikir Projek Langat 2 ini lebih kepentingan kepada politik, dari kepentingan rakyatnya.

Atau mereka sengaja tidak mahu ambil tahu, betapa bahayanya keputusan yang diambil oleh mereka. Walaupun ada diantara mereka tahu, jika Projek Langat 2 ini tidak diteruskan, pada 2016 nanti, akan ada krisis bekalan air bersih kembali melanda negeri Selangor seperti mana yang pernah terjadi dahulu.

Ataupun Khalid “Gagap” dah tahu tahun 2016 nanti musuhnya Azmin bakal menduduki tempat beliau. Biarlah Azmin jawab nanti..

Disebabkan itu MP Kuantan si Fuziah Salleh, atau yang lebih dikenali sebagai Fuziah Toron bangkit menjelaskan bahawa, kerajaan Pahang akan kerugian RM60 Juta jika membatalkan perjanjian bekalan air mentah diantara Selangor dan Pahang. Malah kemungkinan besar Selangor akan mengalami krisis bekalan air bersih.

Jika kita melihat secara terperinci mengenai kenyataan Fuziah itu sebenarnya, bukan ditujukan kepada Adnan Yaakub, namun lebih kepada pentadbiran kerajaan Selangor yang tidak mahu memikirkan nasib rakyatnya.

Kenyataan Fuziah amat berbeza dengan pendapat Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar. Beliau sangat gembira dengan cadangan Menteri Besar Pahang yang mahu membatalkan perjanjian air tersebut. Bagi beliau, kedua-duanya tidak diperlukan malah beliau sendiri tidak fikir langsung nasib rakyat jika krisis air benar-benar berlaku.

Ternyata, memang terdapat percanggahan pendapat yang serius dalam kerajaan Pakatan Haram. Biar pun ianya hanya isu pembangunan atau infrastuktur, namun mereka sering melihat perkara yang dibawa oleh Kerajaan Pusat sebagai isu politik.

Bagi Pakatan Haram, Projek Langat 2 itu projek kroni dan bersifat lebih kepada keuntungan peribadi. Sedangkan pada hakikatnya Projek Langat 2 memang dalam perancangan asal kerajaan Selangor terdahulu, malah jika tidak dilaksanakan musibah akan melanda kelak.

Mc tak faham apa yang difikirkan oleh Khalid' Gagap' Ibrahim.

Kalau nak katakan sumber kewangan tak ada, pembinaan Langat 2 dibiayai oleh kerajaan pusat. Atau sememangnya beliau yakin bekalan air Selangor sangat cukup untuk masa depan Selangor kelak.

Jika begini la cara Pakatan Haram menjaga negeri dan mengambil semua hal dalam keadaan mudah dan tidak berdasarkan kajian terperinci terlebih dahulu. Rasanya kalau puak ni jaga Malaysia, keadaan akan jadi lebih teruk dan haru biru.

Sudah la Selangor semakin gawat ekonominya hasil daripada penasihat ekonomi 1 ringgit, tambah pula dengan Menteri Besarnya yang entah apa-apa entah tu lagi la teruk.

Kita lihat dan tunggu apakah penasihat ekonomi ni mampu menasihatkan Khalid “Gagap”. DPM awal minggu ni sudah mintak tolong Anwar nasihatkan.

Ekonomi bermasalah, politik masalah, sosial bermasalah, rumah urut bersepah, pelacur berlambak dan tak lama lagi air juga akan turut bermasalah. aduh laa.. kesian rakyat Selangor.


McTheory:
Kalau tak serik juga, takpa lain kali undilah lagi Pakatan Haram. Kasi hancur teruk negeri Selangor, baru betul!

Tiada ulasan: