Isnin, 15 Oktober 2012

TUDIAA!! Berita Ni Khas Untuk Lembu-Lembu Pas Kedah!! #TukarKedah



JITRA - Sekumpulan ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) dari Pas yang mendesak Setiausaha Kerajaan Kedah (SUK) Datuk Rasli Basir meletak jawatan kerana memindahkan Yang DiPertua (YDP) majlis itu adalah perbuatan yang tidak menghormati Sultan Kedah.

Presiden Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), Ku Iskandar Ku Saad berkata pelantikan SUK hanya boleh dibuat dengan perkenan baginda dan desakan supaya SUK meletak jawatan dianggap tidak menghormati baginda.

"Kumpulan ini yang diketuai ahli majlis MDKP, Basir Ismail, tiada hak mendesak Rasli melepaskan jawatan," katanya kepada Bernama di sini, malam tadi.

Isu ini timbul setelah Rasli menukarkan beberapa YDP Majlis Daerah Tempatan termasuk Ahmad Fisol Mohd Nor yang juga Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda baru-baru ini tanpa kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Basir mendakwa Rasli menyalahguna kuasa kerana bertindak bertentangan peruntukan Seksyen 10(1)(a) dan (b) dan Seksyen 11 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu bukan kuasa SUK untuk menukar atau melantik YDP Pihak Berkuasa Tempatan.

Ku Iskandar yakin Rasli sebagai pegawai tadbir berpengalaman tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya sebelum mendapat nasihat perundangan dan memenuhi prosedur.

Katanya isu ini seharusnya tidak timbul kerana Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah menjelaskan pertukaran Ahmad Fisol atau lain-lain YDP mengikut prosedur.

"KCS (Pegawai Tadbir Negeri) sebagai sebuah badan yang telus dan bebas dari moral politik perlu diberi ruang seluas-luasnya menguruskan pentadbiran negeri.Dalam soal ini MBNK menyokong penuh Rasli sebagai SUK.

"Kumpulan ini macam hendak mengkambinghitamkan KCS dengan menyalahkan Rasli apabila agenda atau niat mereka tidak tercapai," kata Ku Iskandar.- Bernama.

Komen:
Harap ahli dan penyokong Pas Kedah faham situasi sebenar, gunakan otak dan akal yang Allah bagi untuk berfikir!


McTheory:
Susah cakap dengan orang yang taktau undang-undang ni

Tiada ulasan: