Khamis, 22 November 2012

HOT! #IsuAirSgor: Penstrukturan Air Menyebabkan Langat 2 di Tangguh? Khalid Masih Lagi Buta Atau Bebal?


Baru beberapa hari lepas Mc keluarkan artikel mengenai Khalid nak cari alasan untuk tangguhkan projek Langat 2. Semalam Khalid keluarkan lagi kenyataan mengenai penstrukturan air dan kononnya Kerajaan Persekutuan enggan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli syarikat konsesi air.

Enggan bekerjasama tidak bermaksud 'tidak menyokong'. Sebenarnya Kerajaan Persekutuan tidak mahu masuk campur dalam hal pembelian syarikat konsesi terbabit. Kerajaan Persekutuan tidak pernah menghalang Khalid jika beli syarikat konsesi air tu. Tapi belilah sendiri.

Mengapa 'enggan kerjasama' dijadikan alasan, kalau dah hebat belilah sendiri. Siapa yang halang? Takdak siapa pun nak halang, malah Kerajaan Persekutuan dah berikan 'green light' untuk Kerajaan Negeri Selangor beli syarikat konsesi terbabit.

Mungkin Khalid marah apabila Kerajaan Persekutuan tidak mahu mengunakan kuasa 'saham emas' dalam syarikat konsesi air untuk mengawal harga pembelian kot. Tapi Khalid perlu ingat, penstrukturan air adalah satu aktiviti jual beli yang melibatkan Kerajaan negeri dan pemegang-pemegang konsesi atas dasar “willing buyer willing seller”. Bukan kuasa Kerajaan Persekutuan.

Sebab tu, Khalid kalau berkemampuan, belilah, Ini tidak, nak beli dengan harga yang dia sendiri tetapkan, malah terma dan syarat pun nak ikut suka hati Kerajaan Negeri Selangor, mana ada orang nak ikut. Pernah tak dengar orang buat urusan jual beli macam ni? Hanya terjadi kepada Pakatan Selangor.

Soal penstrukturan, Parlimen dah luluskan undang-undang dalam penyusunan semula industri air. Untuk laksanakannya, ikut lah proses, jangan nak main redah jer.. Lagipun Pusat dah bagi 'jalan', buat je lah, kalau mampu.

Penting ke penstrukturan air di Selangor ni?

Sebenarnya, apa yang Mc nampak, Khalid tak berminat sangat pun dengan penstrukturan air ni. Isu penstrukturan air timbul apabila Khalid nak alihkan perhatian. Khalid nak berselindung antara isu penstrukturan dan projek Langat 2.

Patutnya Khalid Gagap tumpukan perhatian pada projek Langat 2. Bincang dengan Adnan Yaakub MB Pahang mengenai perjanjian air diantara Selangor dan Pahang, supaya simpanan air cukup untuk rakyat Selangor. Bukannya dengan sibuk nak beli syarikat konsesi, yang takdak kena mengena tu.

Andaikata beliau dah beli syarikat terbabit pun, apakah masalah air Selangor akan selesai? Boleh bertambahkah kuantiti air di empangan jika Khalid beli syarikat konsesi berkenaan. Mungkin beliau rasa, ada sudut yang boleh beliau jaga dan jimatkan, tapi apakah ia mampu menyelesaikan masalah air di Selangor?

Walaupun penstrukturan dibuat, loji lama dibuka, teknologi membran dilaksanakan. Air Selangor tetap akan ada masalah pada 2016 nanti. Kajian telah dibuat, ini perkara bukan main-main. Percayalahh..

Semua cadangan diatas, hanyalah untuk mengaburkan mata rakyat Selangor. Kononnya dengan membuat semua cadangan yang dikemukakan itu, air Selangor akan cukup. Mc percaya, Khalid sendiri tidak yakin dengan apa yang dia kata. Kalau yakin, kenapa asyik berubah jalan penyelesaiannya?

Sebabnya, apa saja cadangan yang dia bawa tu, bermotifkan politik. Sedangkan pada hakikat sebenar, Khalid sendiri pernah akui bahawa negeri Selangor memerlukan Langat 2.

Langat 2 penting, kerana Khalid tahu akan kebenarannya. Cuma, demi politik sempit tahap gampang tu, Khalid terpaksa menafikan projek Langat 2. Menafikan Langat 2 seperti menafikan kehendak rakyat!!

Khalid bukan MB untuk rakyat Selangor, kerana dia sanggup perjudikan hak rakyatnya. Tapi dia hanya MB kepada Pakatan Selangor, sanggup jadi boneka membantah, walaupun tahu kebenaran yang sebenar.


McTheory:
MB mangkuk macam ni rakyat Selangor nak pilih? adeh..

Tiada ulasan: