Isnin, 19 November 2012
HOT! #IsuAirSgor: Woi @KhalidIbrahim! Bila Tahun Nak Buat Projek #Langat2? Nak Tunggu Kiamat?
Jam demi jam, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, tangguh punya tangguh, dah masuk 2 tahun. Sampai bila? Sampai bila, Kerajaan Negeri Selangor mahu menangguhkan Projek Loji Air Langat 2?
Pelbagai alasan digunakan untuk menangguh Loji Langat 2. Mula-mula dulu, nak buat penstrukturan semula, lepas tu pembenihan, kemudian teknologi membran dan terbaru nak buka loji lama gabung dengan teknologi membran. Kalau tu pun tak jadi, lepas ni apa pulak alasan Khalid nak bagi.
Semua langkah ini diambil dengan tujuan menambahkan kapasiti air terawat. Khalid cakap Selangor cukup air tapi langkah yang diambil pula menunjukkan sebaliknya. Kalau tak ada krisis, langkah ni suka-suka ke?
Semakin lama semakin mengarut idea-idea yang muncul dari Khalid dan exco-exco bengapnya. Dari Menteri Besar sampailah ke exco, semuanya tak boleh pakai. Masing-masing hanya pentingkan diri dan politik. Rakyat pula, hanya dibuat sebagai bahan untuk pancing undi.
Memang benar sekarang ini Selangor tidak mengalami masalah air, air mentah pun berlambak lagi, kononnya seperti yang dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Gagap, tetapi masalah sekarang, ialah bekalan air terawat yang semakin berkurangan.
Air terawat inilah yang akan digunakan untuk keperluan harian seperti minum, mandi, pertanian, perkilangan dan untuk perusahaan lain. Nak dapatkan air terawat kena ada air mentah bukan?
Sebab itu kita perlukan Langat 2. Kita taknak bekalan air terawat nanti tidak mencukupi.
Fungsi Loji Langat 2, ianya dibekalkan air mentah dari Pahang, air disalurkan melalui terowong adalah paling efektif kerana jarak yang tidak jauh, malah air terawat yang dibekalkan juga bukan sedikit. Langat 2 mampu membekalkan air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari.
Memang dalam situasi sekarang tidak ada apa yang perlu dirisaukan seperti kata Khalid Gagap, bahawa paras air di empangan dan sungai yang masih penuh. Maklumlah musim hujan, itu sekarang..
Namun bayangkan jika berlaku kemarau panjang akibat perubahan cuaca menyebabkan krisis air sama seperti pada tahun 1991, akibat fenomena El-Nino yang mungkin boleh berulang kembali. Mampukah 34 loji air di Selangor menampung kadar permintaan air pada masa tersebut? Jangan cakap loji, sungai pun boleh kering.. nak proses apa masa tu?
Sehingga kini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjangkakan jumlah bekalan air sedia ada di Selangor tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014.
Untuk maklumat tambahan, 5 daripada 34 loji air di Selangor ni sudah mengunakan 120% upaya mengeluarkan air.
Sebab itu kita perlukan loji Langat 2. Langat 2 membantu loji yang sedia ada dengan menampung jumlah pengeluaran air yang sangat besar.
Kita tak perlukan loji lama yang putarkan air dari sumber yang sama. Apa yang rakyat Selangor perlukan ialah sebuah loji baru dengan sumber air mentah tambahan untuk menampung kadar permintaan air rakyat Selangor pada masa akan datang.
Rakyat Selangor mahukan satu langkah yang memang terjamin untuk masa depan. Bukannya bahan ujikaji yang baru untuk dicuba seperti mana Kerajaan Negeri Selangor buat sekarang ni. Andaikata ujikaji mereka gagal (sememangnya gagal) ianya sudah terlambat untuk membuat Langat 2.
Khalid memang sedia maklum yang Selangor bakal berdepan krisis air. Dia tahu yang kerajaan pusat bertegas akan membina Langat 2 demi kepentingan rakyat. Tugas dia hanya menentang usaha kerajaan pusat demi kepentingan parti.
Macam loji Sg Labu dulu, bila siap dibina oleh kerajaan pusat bagi kepentingan rakyat di kawasan Sepang, Khalid tak berikan kebenaran untuk ambil air dari sungai. Kebenaran diberi hanya selepas hak untuk mengendalikan loji tersebut diberikan kepada anak syarikat kerajaan negeri. Terang-terang rakyat Selangor dijadikan pajakan.
Rakyat Selangor perlu bersuara, Langat 2 bukan projek politik. Langat 2 untuk kepentingan masa depan. Selangor sudah pernah menghadapi krisis air yang kritikal pada masa dulu. Mahukah anda mengalaminya sekali lagi?
Bangkitlah rakyat Selangor, bangkit dan sepak si Khalid suruh dia bangun dan sedar. Rakyat taknak main politik, apa yang rakyat Selangor nak ialah, projek Langat 2 diteruskan, semuanya demi masa depan negeri dan anak Selangor itu sendiri.
McTheory:
Tunggu apa lagi! Pergi la kejut si Gagap tu!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam.Blog yg hebat ini telah dipautkan.mohon kesudian utk pautkan blog saya apple-biru.blogspot.com.tq
Catat Ulasan